Arkib » 2014

PAS Kemaman Ucap Terimakasih Presiden PAS Buat Lawatan Banjir

25-12-2014 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

pantai geligaDato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang masih punya masa melawat kawasan-kawasan banjir meskipun jadual dan aktivitinya padat. Dalam lawatannya ke daerah Kemaman pada 24 Dis 2014, beliau bersama rombongan keselamatan PAS negeri tiba sekitar jam 4 petang. Aturcara lawatan DSTG yang berlaku secara ringkas seperti berikut:

1. Taklimat operasi banjir oleh Pengarah Operasi Banjir PAS Kemaman, Hj Zulkifli Mat Yakim

2. Sidang media ringkas

3. Lawatan ke pantai Kg Geliga di mana beberapa buah rumah di tepi pantai dilanda ombak kuat yang menyebabkan kerosakan kepada rumah terbabit.

4. Lawatan ke tempat kejadian seorang guru sekolah bersama suami yang menaiki bot bomba, kemudiannya terbalik (sehingga artikel ini ditulis, mangsa belum ditemui)

5. Beri bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Surau Kampung Jaya, Cukai di mana kawasan sekitar surau ditenggelami air termasuk rumah berhampiran (ketika artikel ini ditulis, surau masih belum dinaiki air)

Bagi pihak PAS Kemaman, saya selaku TYDP mengucapkan jutaan terimakasih kepada Dato Seri Tuan Guru yang meluangkan masa melawat kami. ‘Sentiasa Di Belakang Tok Guru’

(more…)


Ucapan Presiden PAS Dalam Liqa Fikri 13 Dis 2014

17-12-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

liqa fikriSaya menghadiri Liqa Fikri anjuran Lajnah Tarbiah PAS Pusat di Stadium Tertutup MPSJ, Seri Kembangan pada 13 Dis 2014 baru-baru ini. Saya mencatat secara selari ucapan Presiden PAS dalam program tersebut. Di bawah adalah point yang sempat saya catat. Saya kongsikan dengan para pelayar portal saya. (Saya sertakan juga artikel penuh dari harakahdaily ucapan tersebut) :

Umno sepatutnya laksanakan amanah  selepas merdeka tapi tak berlaku.
Islam dlm perlembagaan Malaysia mesti diperluas.
Islam mesti ditafsirkan sebagai addin yg lengkap

Dlm Piagam Madinah diperuntukkan alQuran dan Sunnah sebagai hukum tertinggi.
Boleh pinda perlembagaan negara dgn letak alQuran, Sunnah sebagai hukum yg tertinggi.
Ini berbeza dgn konsep wilayatulfaqih, syiah
Kpd mereka yg baru tumbuh tanduk, gatal tanduk, nak sondol sana sini, jgn gopoh sgt nnti patah tanduk
Islam lebih awal sebenarnya dari Barat memahami konsep demokrasi.
Islam menentang dictatorship, beri hak kpd rakyat beri pandangan.
Sejarah wafat Nabi dgn urusan pemilihan khalifah sebagai cth.
Demokrasi paling dekat dgn Islam tetapi jgn bercanggah dgn syarak

Isu msyrkt majmuk-islam iktiraf perkara ini. Dlm sejarah tamadun Islam, keadilan Islam dpt disaksikan terhadap bukan Islam.

(more…)


DAP Perlu Lebih Berhemah Dalam Mengeluarkan Kenyataan Isu Hudud

17-12-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

islam-adil-4allKenyataan Media
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Selasa 16 Disember 2014 / 23 Safar 1436H

1. Persefahaman bersama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah untuk menentang polisi-polisi pincang dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat. Dasar-dasar bersama yang boleh dikompromi menjadi sebahagian manifesto bersama dalam PRU berasaskan konsep Negara Berkebajikan dan Negara Adil Untuk Semua. Dalam masa yang sama setiap parti menghormati perbezaan dasar dan perjuangan yang dipegang oleh setiap parti. Hal ini adalah asas kepada persefahaman PR.

2. Menegakkan Undang-undang jenayah Islam termasuk Hudud adalah sebahagian perjuangan PAS yang tidak boleh ditawar-menawar. Ia telah dikanunkan oleh PAS di Kelantan pada 1993 dan di Terengganu pada 2002 jauh sebelum wujudnya Pakatan Rakyat selepas 2008.

3. Menjadi hak PAS untuk terus memperjuangkan pelaksanaan undang-undang ini di dua negeri majoriti umat Islam Kelantan dan Terengganu dengan pelaksanaannya terhadap penjenayah di kalangan orang Islam sahaja menerusi Mahkamah Syariah melainkan jika penjenayah bukan Islam juga meminta untuk dilaksanakan ke atas mereka atas prinsip perundangan “mutatis mutandis”.

(more…)


Istiqamah Menggalas Perjuangan

15-12-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

istiqamahALHAMDULILLAH, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya PAS ‘terus beristiqamah’ menggalas per juangan Islam ini khususnya di bumi Malaysia. Walaupun berusia 63 tahun sejak secara rasmi didaftarkan sebagai sebuah harakah siyasah pada tanggal 24 November 1951, hakikatnya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyambung perjuangan Islam yang dirintis lebih awal di Tanah Melayu demi cita-cita mendaulatkan syariat Allah di muka bumi ini.

Maka, sebagaimana jauh berliku serta penuh gelombang mencabar lagi menggugat perjalanan tersebut dalam rakaman perjuangan para Anbiya, solehin, siddiqin dan syuhada di sepanjang zaman, seperti itulah ditempuh PAS dalam memenuhi peranan dan tanggung jawabnya dengan mengimani firman Allah: “Kalau perkara engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah lagi mudah didapati, dan satu perjalanan sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (kaum munafik) akan mengikutmu; tetapi tempat hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah atas nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamuî. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).” (at- Taubah: 42)

(more…)


Tajdid Tanpa Ulama

12-12-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

tajdidSatu artikel yang menarik daripada Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengenai topik di atas. Saya kongsikan tulisan itu di bawah:

Dulu, Umno menghentam ulama dan kepimpinan ulama dalam PAS sebagai kolot, keras dan kuat menghukum.

Akhirnya usaha itu gagal apabila rakyat semakin memahami bahawa kemajuan tanpa ugama adalah kerosakan dan kerugian buat bangsa dan negara.

Kini, bukan hanya Umno, kalangan ‘ahli’ gerakan Islam pun mula menghentam dan mengutuk ulama dan kepimpinan ulamak dalam PAS sebagai lambat, keras, gemar menghukum dan ketinggalan untuk memahami waqie, maqasid syariah, tidak mesra reformasi demokrasi dan macam-macam lagi.

(more…)


Segera Buat Baik, Tinggalkan Yang Keliru, Belas Kasihan Kpd Yg Berdosa

01-12-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

kebaikan‘Apabila engkau digerakkan ke arah suatu kebaikan, bersegeralah. Apa yang kamu rasa keliru, tinggalkanlah. Sentiasalah merasa kasihan belas kepada orang yang melakukan dosa. Jangan abaikan nasihat kepada orang beriman. Bertuturlah dengan benar di mana pun engkau berada.’ Al-Imam al-Muhasibi, RisalatulMustarsyidin ms 53. Kuliah audio 29 Nov 14

Nota ringkas:

Ulama tidak bercakap dari hawanafsu. Ada sandarannya dari al-Quran dan hadis Nabi SAW.

1. Firman Allah bermaksud: “Maka hendaklah kamu bersegera mengerjakan kebaikan”.

2. Sabda Nabi SAW bermaksud: ‘Tinggalkan perkara yang meragukan mu kepada perkara yang tidak meragukan mu.’

3. Firman Allah menceritakan mengenai Nabi Nuh as berkata kepada anaknya: “Wahai anak kesayanganku! Marilah naik ke bahtera bersama kami.”

4. Firman Allah bermaksud: “Berilah peringatan! Sesungguhnya peringatan itu bermanfaat buat orang mukmin.”

5. Sabda Nabi SAW bermaksud: ‘Katakanlah yang benar walaupun pahit’


Baiki Amal, Jaga Kualiti Ibadah, Tunai Hak Manusia

22-11-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

thabatAl-Imam Al-Muhasibi meansihatkan kita dengan beberapa nasihat penting:
‘Jangan kamu rasa redha dalam dirimu dengan amalanmu kepada Allah, berdirilah di hadapan Allah dalam solatmu dengan seluruh jiwa ragamu, tunaikan zakat yang diwajibkan Allah kepadamu dengan penuh cergas & berkeinginan tinggi. Pelihara puasamu dari berbohong & mengumpat. Jaga segala hak jiran, org miskin, kerabat. Didiklah keluargamu. Berlembut dengan khadammu, berlaku adil sebagaimana diperintahkan Allah’

Risalatulmustarsyidin ms 53

Ikuti huraiannya dalam kuliah audio RisalatulMustarsyidin bilangan 132 dan 133


Khutbah Jumaat: Ujian Banjir

21-11-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | 2 Comments

banjirSaya berkhutbah di Masjid Kg Pasir Minal pada hari ini (Jumaat 21 Nov 2014) mengenai musim tengkujuh yang biasanya berlaku banjir. Intisari khutbah: Air di zaman Nabi Nuh jadi banjir besar, Firaun tenggelam dalam laut walaupun berkuasa di Mesir, air yang menjadi sumber kehidupan, sifat orang mukmin terhadap hujan dan banjir. Semuanya berdasarkan ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW. Silakan mendengar:

air, banjir (492)

 

(Gambar: Operasi menyelamat dan menghantar bantuan ke Kg Mak Cili Dis 2013)


Pencerahan Isu ‘Anak Allah’

21-11-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 3 Comments

syirik anak AllahIsu ‘Anak Allah’ mempunyai pelbagai persepsi dan pandangan. Di bawah adalah salah satu pandangan mengenai isu ini.

Semoga ia dapat memberikan sedikit pencerahan.

Yang paling penting ialah aqidah Tauhid mesti dijaga dari sebarang unsur syirik agar amal soleh yang kita lakukan tidak menjadi sia-sia di sisi Allah. Pohonlah perlindungan dengan Allah dari pelbagai fitnah akhir zaman.

(more…)


Forum: Hijrah Dan Istiqamah Dalam Perjuangan

16-11-2014 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

forum maalhijrahForum MaalHijrah 1436 H anjuran Urusan Ulama PAS DUN Air Putih, Kemaman dengan kerjasama Lajnah Tarbiyyah PAS Kemaman membarisi ahli panel YB Dr Khairudin Aman Razali, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, AJK PAS Pusat dan saya selaku TYDP PAS Kemaman. Moderator Ust Yatimi. Program berjalan di Dataran Kg Mak Cili pada 15 Nov 2014. Terimakasih kepada semua yang menjayakannya termasuk MTD Air Putih, Kemaman.


« Older Entries