Arkib » 2013

Khutbah Jumaat: Bukan Hanya 20 Sen

06-09-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

minyakDalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar ra, beliau menyebut: Nabi SAW berhadap kepada para Sahabat..lalu menyebut 5 perkara yang menjadi ujian kepada Muhajirin. Di antaranya Nabi menyebut: “Tidaklah mereka itu mengurangkan sukatan dan timbangan melainkan mereka akan ditimpa kemarau, payah perbelanjaan dan kezaliman pemerintah ke atas mereka.”

Kisah Nabi Yusof yang mentafsirkan mimpi Raja Mesir mengenai krisis ekonomi dan plan penyelesaiannya juga menjadi pengajaran.

Saya khutbahkan isu kenaikan 20 sen RON95 dan diesel dengan melihat dari sudut yang lebih umum.

bukan hanya 20 sen (898)

.

(more…)



Khatamnya Pengajian Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf

06-09-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | 24 Comments

kitab perisai bagi sekalian mukallafKitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf mula dibaca sebagai teks kuliah Maghrib mulai bulan Oktober 2008 di sebuah masjid di Kemaman, Terengganu. Kuliah secara mingguan ini berlangsung sehingga tamat bacaannya pada 4 Sept 2013 (28 Syawal 1434H) baru-baru ini.

Alhamdulillah, kitab yang pernah dipelajari dengan Tuan Guru Haji Najmuddin (Baba Din Fatani) di Pondok Kerandang, Besut sekitar tahun 1991-92 ini selesai diajar dan dibincang.

Saya tidak sempat memuatnaik (upload) kuliah ini sejak awal kerana failnya yang agak besar. Lagipun idea memuatnaik rakaman kuliah ke portal ini dan caranya agak terkemudian. Ia dimuatnaik dalam bentuk terpisah antara satu topik dengan satu topik yang boleh dirujuk di bahagian artikel: Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf.

Rakaman kuliah ini dari awal hingga akhir disimpan dalam laptop saya dengan baik. Sesiapa yang inginkan semua rakaman ini dalam bentuk mp3 boleh berhubung dengan saya.

(Ada beberapa orang yang mahukan kitab Kebagusan Undang-Undang Islam serta nota Nahu saya, belum sempat dikirimkan. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan kirimkan.)


Inilah Aqidah Kami

05-09-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | Tiada Komen

aqidahDalam perenggan terakhir matan kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf, pengarang menyebut tentang aqidah ahli sunnah waljamaah yang dipegang, bermula dari awal kitab sehingga akhirnya. “Inilah agama kami dan aqidah kami, zahir dan batin. Kami berlepas diri dari segala bentuk aqidah yang menyalahi apa yang kami sebutkan. Kami bermohon kepada Allah agar menetapkan kami dalam iman, menyudahkan hidup kami dengannya, memelihara kami dari hawanafsu yang pelbagai serta pandangan yang bermacam-macam dan mazhab yang tercela.” Selain aqidah ahli sunnah waljamaah, pengarang menyebutkan beberapa contoh aqidah yang menyeleweng dari aqidah ahli sunnah waljamaah. Saya kongsikan di sini:

1-Inilah aqidah kami (863) 7 ogos 13

2-Aqidah ini yang kami pegang (758) ,  mazhab aqidah yg rosak (790)  14 ogos 13

3-Qadariah (723) ,  Imamiah (746) 21 ogos 13

4-khawarij, syiah (732) ,  karamiah, nawasib (751) 28 ogos 13

 

 


Khutbah: Hariq (Pembakaran) Dataran R4BIA

23-08-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

 

Syuhada RabiatulAdawiyahStesen TV AlJazeera menerbitkan dokumentari 20 minit mengenai pembakaran Dataran RabiatulAdawiyah yang dilakukan oleh penguasa zalim kudeta Mesir terhadap penunjuk perasaan secara aman tanpa senjata di kalangan pendokong Dr Morsi dan penentang Inqilabiyyin. Ia boleh diikuti di sini. Walaupun ia hanya 20 minit, tragedi yang berlaku jauh lebih tragis dan dahsyat dari apa yang dipaparkan. Stesen TV AlJazeera menjemput salah seorang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa itu. Beliau terbang dari Kaherah ke Dauha untuk siaran itu dan muncul dalam keadaan tangan kanan masih berbalut. Beliau menceritakan peristiwa yang dialami dan dilihat.

Hari ini Jumaat 23 Ogos 2013, saya khutbahkan tajuk di atas di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman seperti di bawah:

pembakaran R4BIA (732)

 


21 Ogos 1969: Masjid al-Aqsa Dibakar

20-08-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | 1 Komen

AlQuds21 Ogos adalah hari Quds Sedunia. Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin tetap di dalam hati. Masjid kedua selepas Masjid al-Haram di Mekah, qiblat yang pertama dan tanah haram ketiga yang suci.

Kedatangannya tahun ini 1434H/2013M lebih 2 minggu selepas Eid al-Fitr. Ramadhan ialah bulan jihad. Bumi Quds juga akan menjadi bumi jihad sepanjang sejarah. Semenjak dahulu sehingga ke akhir zaman, ia menyaksikan pelbagai pertarungan.  Pertarungan sengit antara Dajjal dan Nabi Isa juga akan berlaku di perkampungan Bait al-Lud di Bait al-Maqdis. Kawasan sekitarnya iaitu Syria sedang sengit bergolak. Nabi Isa akan turun di timur Damsyik menurut hadis akhir zaman.

Mesir yang tidak jauh dari Al-Quds juga sedang bergolak hebat.

Quds sebenarnya sedang di’Yahudi’kan. Pelbagai aktiviti yang mengancam al-Masjid al-Aqsa sedang dilakukan. Sheikh Dr Muhammad Mahmud Siyam yang berkunjung ke Terengganu 29 Ogos 2010  menceritakan tentang isu ini.   Artikel berbahasa Arab pdf: mengyahudikan Quds (1208)

(more…)


Himpunan Aman Kutuk Kekejaman Kudeta Mesir PAS Kemaman Di Masjid Kg Pasir Minal

16-08-2013 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

baca doaPAS Kemaman bersama Dewan Pemuda PAS Kemaman mengadakan himpunan aman solidariti umat islam Mesir yang dibunjuh kejam oleh kerajaan sementara ‘haram’ kudeta Mesir. Ia dibuat di pekarangan Masjid Kampung Pasir Minal sejurus selepas solat Jumaat hari ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu yang juga ADUN Bukit Payung YB Ust Md Nor Hamzah berkhutbah mengenai situasi Mesir kini, mengetuai solat hajat dan himpunan aman ini.

(Di sebelah paginya PAS DUN Cukai bersama ADUN Cukai YB Hj Hanafiah Mat mengadakan sambutan Eid al-Fitri di hadapan pasar Cukai. Kehadiran sangat menggalakkan.)


Laknat Allah Ke atas Mereka Yang Zalim!

15-08-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 4 Comments

the killer assisiMesir berdarah!

Dua ribu syahid dan puluh ribu cedera parah!

Hanya berdemonstrasi aman di RabiatulAdawiyah dan an-Nahdhah

Menuntut dipulangkan kePRESIDENan tanpa mengalah

Tiada senjata di tangan selain Quran dan sejadah

Sumud, thubut la yataharrak wa lau lahzah

(Tetap tidak berganjak walaupun sedetik)

Gila kuasa, perampas kuasa, guling kuasa, bunuh rakyat dengan nafsu serakah

Allah mengambil mereka yang benar sebagai syuhada penuh barakah

Bahagialah roh mereka di alam barzakh

Celaka dan laknatlah ke atas penzalim yang menumpahkan darah!

(Gambar: As-Sisi sedang melihat kezalimannya terhadap mangsa pembunuhan kejamnya seperti di bawah)

(more…)


Sumbangan Berbuka Puasa 435 Anak Yatim Di Gaza

06-08-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

orphans iftar in GAZAAlhamdulillah, saya dapat kumpulkan sedikit wang dari tempat mengajar saya dalam bulan Ramadhan ini sekitar daerah Kemaman untuk disumbangkan kepada umat Islam Gaza. Hasil sumbangan itu digunakan pada 1-3 Ogos baru-baru ini bagi meraikan 435 anak yatim di Gaza, Palestin melalui sebuah NGO di Gaza iaitu Sawaed Association For Relief And Development.

Walaupun jumlahnya tidaklah sebanyak yang dikumpulkan oleh NGO Malaysia lain yang lebih besar, namun saya bersyukur kerana dapat juga berkongsi sedikit kebaikan terutama di bulan Ramadhan ini dan di bumi Gaza itu dan buat anak-anak yatim di sana.

Semoga Allah menerima amal tuan-tuan yang telah menyumbang sebagai amal soleh buat kita bersama, disimpan dalam TABUNG AMAL AKHIRAT.

Terimakasih warga Kemaman.   Beberapa keping gambar (488)


Khutbah Eid al-Fitr 1434H: Taqwa Ramadhan al-Mubarak Yang Berpanjangan

03-08-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Cadangan Teks Khutbah | Tiada Komen

taqwa dari RamadhanSinopsis: Matlamat Ramadhan terbesar adalah taqwa kepada Allah. Huraiannya pelbagai. Kesimpulannya junjung perintah Allah dan tinggalkan laranganNya.

Taqwa bukan hanya ketika Ramadhan tetapi mesti dibawa hingga ke luar Ramadhan. Bersedia menerima Islam sebagai satu sistem yang syumul juga adalah manifestasi taqwa.

Namun dalam menegakkan Islam yang syumul ini tetap ada pelbagai ujiannya. Realiti kehidupan masakini membenarkan perkara ini.

Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS berkongsi khutbah Eid al-Fitr 1434 H seperti di bawah untuk para khatib:

khubah eid alfitr 1434 H (1655)

khutbah saya (kemaskini 15 Ogos 2013) :  khutbah eid alfitr 1434H (652)


« Older Entries   Newer Entries »