Arkib » 2013

Muktamar Dewan Ulama PAS Terengganu 2013

29-10-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

harun taibDewan Ulama PAS Terengganu telah mengadakan Muktamar Tahunannya di Kolej Universiti Darul Quran, Kg Kubang Lembek, Manir, Hulu Terengganu pada 26 Okt 2013 baru-baru ini. Ia dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Harun Taib. Berikut adalah ringkasan ucapan perasmian dan alu-aluan yang sempat saya catatkan untuk perkongsian semua. Muktamar tersebut juga menyaksikan kepimpinan DUPNT sesi 2013-2015 diteruskan oleh ketua sebelumnya. Para AJK sebelumnya juga sebahagian besarnya dipilih semula dengan beberapa muka baharu. Mudah-mudahan Allah sentiasa membimbing perjalanan DUPNT.

Ringkasan ucapan Ketua DUPNT Dato Hj Husin Awang:

(more…)


Falsafah Di Sebalik Amalan Haji

13-10-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

haji(kemaskini 13 Okt 2013) Ibadat haji adalah taabbudiy (hanya terima tanpa soal). Ia seperti bilangan rakaat solat yang tidak perlu ditanya dan dipersoal tentang kenapa bilangan rakaat solat demikian demikian. Namun seperti tersebut di dalam kitab arRaud al-Faiq fi arRaqaiq wa almawaiz apabila ditanya kepada Ibn Abbas tentang ibadat haji, beliau menjawab di dalam ibadat haji itu dipenuhi dengan hikmah yang dalam, nikmat yang besar, rahsia yang tidak terungkap oleh lidah yang bertutur. Saya mengambil beberapa perkara yang dibuat ketika ibadat haji sebagai bahan perbincangan sempena dengan pemergian jemaah haji menunaikan haji dengan melihat falsafah di sebalik ibadat tersebut:

memakai pakaian ihram, mandi sunat ihram, mengambil batu di Muzdalifah, talbiah, tawaf dan beberapa perkara lain. Moga bermanfaat khususnya bagi bakal jemaah haji.

1 falsafah haji 29 oct 09

2 falsafah haji 29 oct 09


Khutbah Eid al-Adha 1434H Presiden PAS

10-10-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Cadangan Teks Khutbah | 1 Komen

eid al-adhaBersama ini disertakan teks khutbah Hari Raya Eid al-Adha 1434H Presiden PAS DSTG Haji Abdul Hadi Awang.

Pihak Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu mengambil inisiatif mengedarkan teks khutbah ini ke seluruh negara.

Para khatib yang mahu mengambil manfaat dari teks ini dipersilakan untuk memuatturun di bawah:

khutbah eid al-adha 1434H (1844)



Kembara Ilmu 23: Perang Arab-Israel Oktober 1973

05-10-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | Tiada Komen

Perang Okt 73(kemaskini 5 Okt 2013) Hari ini 5 Oktober 2013. Hampir terlupa dengan perang yang pernah berlaku di antara negara Arab dan negara haram Israel dalam bulan Oktober 1973. Ketika lawatan saya sekeluarga bersama rombongan pelajar Jordan ke Mesir sekitar tahun 1998, kami melawat ‘Panorama Perang oktober 1973′. Ia menempatkan pelbagai monumen, peralatan perang dan lukisan berkaitan dengan Perang Oktober 1973 itu, termasuk bagaimana negara Arab dapat menawan Semenanjung Sinai dari tangan Yahudi melalui replika patung kecil askar dan kelengkapan perang. Kami juga berkesempatan masuk ke dalam bekas kubu tentera Israel yang ditinggalkan di Semenanjung Sinai. Almarhum Mufti Jordan, Sheikh Nuh, guru saya pernah menceritakan bahawa ada di antara tentera Jordan yang masuk berperang dengan niat fi sabilillah dan syahid, wallahu’alam. (Gambar: Isteri bersama anak sulong Nisreen berumur 2 tahun di hadapan bangunan Panorama Perang okt 1973)

ceramah berkaitan:  Perang 6 Oktober (1058)

Buat mereka yang tidak mengetahui mengenai Perang Oktober ini, saya petik cerita mengenainya dari wikipedia Bahasa Melayu dan beberapa sumber lain:

Perang Yom Kippur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

(more…)


Forum Isu Mesir Dan Syria Di Masjid Mizan, Kerteh

03-10-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Forum Mesir Syria Masjid Mizan KertehAlhamdulillah, satu forum mengenai isu di Mesir dan Syria telah diadakan di Masjd Mizan, Kerteh pada hari Selasa 1 Oktober 2013 baru-baru ini. (Hari Selasa biasanya kuliah mingguan saya berdasarkan kitab sirah Nabi SAW NurulYaqin).

Panel forum kali ini ialah Ustaz Ridhuan Md Nor (public figure yang dikenali/aktivis NGO Muslimcare), Ustaz Abdul Malik Abdul Karim (lepasan pimpinan pelajar Mesir) dan saya sebagai salah seorang panel.

Program bermula selepas solat fardhu Maghrib walaupun kedua-dua panel tamu tiba agak sedikit lewat. Mereka dari Kuala Lumpur yang juga agak padat dengan program seperti ini.

Isu Mesir dan Syria adalah isu umat Islam sejagat. Ia juga isu kita bersama.  Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan dari penduduk setempat dan kawasan sekitar.

Yang penting ia bukan hanya sebuah forum atau program Masjid Mizan, tetapi apa tindakan yang kita boleh buat bagi membantu umat Islam Mesir, Syria (tidak ketinggalan Palestin serta tempat-tempat lain)


Projek Cermin Mata Di Gaza

03-10-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

eyeglass projectAlhamdulillah, duit sumbangan para penderma sekitar Kemaman dalam sebulan dua yang lepas telah disalurkan kepada anak-anak penduduk Gaza yang memerlukan cermin mata bagi memulakan sesi persekolahan. Ia dibuat melalui sebuah NGO di Gaza.

Walaupun ditulis dalam gambar sebelah nama saya tetapi sebenarnya wang itu adalah wang rakyat Malaysia di Kemaman. Aktiviti seperti ini insyaAllah akan dibuat dari semasa ke semasa sebagai salah satu aktiviti kebajikan buat umat Islam Palestin terutama di Semenanjung Gaza.

Moga Allah menerima aktiviti ini sebagai amal soleh di sisiNya.


Khutbah: Ust Azizan: Ulama Yang Menjadi MB

27-09-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

ustaz azizanSaya berkhutbah di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman pada hari ini (Jumaat 27 Sept 2013). Khutbah saya mengenai Tan Sri Ustaz Azizan Razak. Saya tidak kenal secara sangat dekat dengan almarhum. Saya cuma kenal beliau melalui aktiviti parti. Namun bagi seorang mukmin  yang bergerak dalam jemaah ini tentunya menaruh sangka baik yang tinggi kepada orang yang seperti almarhum. Alhamdulillah, beliau istiqamah dalam perjuangan. Pernah memegang jawatan penting dalam parti. Terakhir sebagai Menteri Besar Kedah. Siapa kata ‘agamawan’ (walaupun saya kurang senang menggunakan ungkapan ini) seperti beliau tidak mampu mentadbir negeri? Tidaklah pula beliau benar seratus peratus dalam ijtihad pentadbiran dan keputusannya. Namun, beliau telah menyumbang sesuatu yang besar buat Kedah, jemaah dan menjadi hamba Allah. Saya berkhutbah seperti di bawah:

Ust Azizan ulama yang menjadi MB (997)

artikel lain berkaitan:

Antara 2 MB (569) ,   Catatan Penghormatan Ust Azizan (581) ,   Jenazah almarhum selamat dikebumikan (605)


Kepimpinan PAS Kemaman 2013-2015

22-09-2013 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

 

22 ydpbaruPAS Kawasan Kemaman baharu sahaja menyelesaikan mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini. Kepimpinan baharu telah dipilih. YDP baharu bagi sesi 2013-2015 ialah Ustaz Alias Hamid (sebelumnya SU PAS Kemaman, Pengarah MTD Kemasik dan mantan calon PRU13 bagi DUN Kemasik.) YDP sesi sebelumnya Hj Ismail Harun tidak bertanding bagi memberi ruang kepada kepimpinan baru. (Jazakallahu khairan kathira atas jasa dan sumbangan yang diberi). Timbalan YDP ialah saya. (kekal sebagaimana sesi sebelumnya). Naib YDP Ustaz Hazri bin Jusoh (NYDP sesi lepas, Pengarah MTD Kijal, mantan calon PRU13 melawan Ahmad b Said). Ketua Penerangan ialah YB Tn Hj Hanafiah Mat (ADUN Cukai, Pengarah MTD Cukai). Setiausaha yang baharu ialah Mohd Hafiz Adam. Bendahari ialah Tn Hj Johan Ismail (kekal).

AJK lain juga telah dipilih dalam mesyuarat agung baru-baru ini termasuk yang akan dilantik. Ketua Dewan Muslimat kekal dengan Ustazah Fainah bt Mat dan ketua Dewan Pemuda mendapat ketua baharu Ustaz Ramlan Mahmud selepas ketua sesi lepas YB Ustaz Hishamudin Karim melepaskan jawatan kerana sudah menjadi ADUN Tepoh dan kembali ke Kuala Terengganu.

Mudah-mudahan Allah merahmati dan memberkati saf kepimpinan yang ada ini bagi menerajui bahtera perjuangan PAS khususnya di Parlimen Kemaman. (gambar: Wartawan Sinar Harian menemuramah YDP dan TYDP PAS Kemaman selepas mesyuarat agung selesai)

Gambar-gambar lain:

(more…)



« Older Entries   Newer Entries »