Arkib » 2013

2014 Tibai Duit, PRU14 Tabur Duit

30-12-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 1 Komen

kalendar2014barangnaik (2)Congak politik BN mudah sahaja. Sebelum pilihanraya janjikan macam-macam. Promosikan dalam bajet tahunan, manifesto pilihanraya, media masa. Letaklah tema-tema yang kononnya sangat mementingkan rakyat. Bila dah menang pilihanraya, carilah, kautlah dan tibailah sebanyak mungkin duit dari mana sahaja sumbernya selepas ditabur dengan begitu banyak dalam pilihanraya lepas.

Pedulikan hal rakyat, persetankan janji-janji manis, pekakkan telinga dari mendengar rintihan rakyat. Yang penting, banyak yang sudah dihabiskan untuk memujuk rakyat, maka lagi banyak mesti dikutip balik.

Demikianlah politik kebendaan ala jahiliah Quraisy. Begitulah politik Umno BN yang berasaskan sekularisme dan nasionalisme.

Apabila asasnya rosak, semua yang dibuat adalah rosak. ‘Ma bunia ala fasadin fa kullu ma yatarattab alaihi fasadun’ (Setiap yang dibina berdasarkan sesuatu yang rosak, maka setiap yang muncul darinya juga adalah rosak). Kalau asas perjuangannya rosak, maka cara mengurusnya rosak. Cara mentadbirnya rosak. Cara menjaga kepentingan rakyat juga rosak. Dan rosaklah negara secara keseluruhan.

(more…)


57 Foto Ops Banjir PAS Kemaman 4-9 Disember 2013

25-12-2013 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

Ops banjir selamatkan orgSekeping gambar membawa seribu erti. Musibah banjir mengingatkan betapa besar nikmat senang dan selesa yang Allah beri.  57 keping gambar di sini hasil rakaman sendiri dan beberapa sumber lain hanyalah sebahagian dari ribuan gambar yang diambil oleh ramai orang sempena peristiwa banjir di Kemaman dari 4-9 Disember 2013 baru-baru ini. Saya kongsikannya untuk tatapan pelayar portal saya di bawah ini:

(gambar sisi: Salah satu Ops banjir di Kg Mak Cili, Kemaman. Kami bawa keluar 2 keluarga dari rumah ke tempat lebih selamat dan bekalkan air serta makanan untuk satu keluarga yang enggan berpindah, tinggal di tingkat atas rumahnya)

(more…)


Ops Banjir: PAS Kemaman Hargai Sumbangan Semua Pihak

23-12-2013 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

DSC_0271Alhamdulillah. Banjir yang tidak pernah dirasai setakat ini oleh penduduk Kemaman telah surut. Moga ia tidak berulang (dengan izin Allah). Kalau mahu coretkan di sini pelbagai pengalaman tentulah tidak tercoret. Sehingga tulisan ini dibuat, penduduk masih mengemas dan membersihkan rumah dan membaiki kenderaan akibat banjir besar ini. Premis perniagaan yang terlibat masih juga demikian. PAS Kemaman telah mengambil inisiatif pro-aktif termasuk melalui penubuhan ERT (Emergency Response Team) di bawah PAS Kemaman dan penggunaan radio amatur dalam menangani banjir ini. Ia amat efisyen tatkala krisis seperti ini. PAS terkehadapan dalam membantu mangsa banjir baru-baru ini. Artikel mengenainya telah keluar dalam harakah edisi cetak baru-baru ini. Mewakili kepimpinan PAS Kemaman, saya mengucapkan jutaan terimakasih tidak terhingga kepada semua pihak yang membantu sepanjang operasi banjir ini. Mulai dari Presiden, Timbalan, Naib, AJK PAS Pusat, Ketua-Ketua Dewan dan AJKnya, ahli Parlimen dan DUN, Jabatan Amal, staf pejabat Harakah, pelbagai NGO dan orang perseorangan. Semuanya menyumbangkan samada tenaga, wang ringgit dan lain-lain yang kalaulah PAS Kemaman mahu senaraikan dan membalasnya tidak akan mampu. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa dan budi baik semua pihak sehingga banyak meringankan beban, bukan sahaja PAS Kemaman tetapi juga penduduk di Kemaman. Sekali lagi jazakumullahulkhair.  Slide banjir Kemaman 4-9 Dis 13


Di Mana Umno Ketika Banjir?

11-12-2013 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | 1 Komen

dengan Tok GuruBanjir di Kemaman, Alhamdulillah rumah saya selamat

Tapi sibuk kerana amanah untuk berkhidmat

Tanggungjawab parti buat rakyat

Ini first posting pasca banjir yang sempat

.

Ketika banjir rakyat derita

Pemimpin Umno bersidang dalam ketawa

Susah rakyat tidak diambilkira

Kerana PRU13 sudah dapat kuasa

.

(more…)


Tolonglah Umno, kerana ia zalim

02-12-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

kambing dan serigalaIsu ustaz Kazim dilantik sebagai ahli Majlis Teertinggi Umno agak luas dibincangkan. Secara ringkas, beberapa kesimpulan yang boleh dibuat ialah:

1. Umno ketandusan tokoh agama untuk ditonjolkan sehingga sanggup kutip dari mana ditemui.

2. Istiqamah dalam perjuangan Islam bukanlah satu perkara mudah. Ia adalah prinsip penting yang sentiasa diingatkan oleh Allah dalam al-Quran, Nabi SAW dalam hadisnya dan para salafussoleh dalam ucapan masing-masing.

3. ‘Kambing yang keseorangan mudah dibaham serigala’. Itulah perumpamaan Nabi SAW supaya sentiasa bersama dalam aktiviti jemaah Islam seperti PAS ini. Kalau hanya mengaku ahli, sedangkan disiplin dan aktiviti parti tidak diikuti, nescaya ia akan memakan diri.

4. Ilmu agama tidaklah boleh diukur dengan hanya pandai berceramah sahaja. Ilmu sebenar ialah apabila diamalkan. Di antara ilmu itu ialah beramal dengan pesanan Nabi SAW: ‘Tolonglah saudara kamu samada dia zalim atau dizalimi.’ Para Sahabat berkata: ‘Menolong orang dizalimi itu kami faham. Tapi bagaimana pula menolong orang yang zalim?’ jawab Baginda SAW: “Kamu cegah dia dari kezalimannya.’ maksud hadis.

(more…)


Catatan Dan Kenangan Di Muktamar PAS Pusat 2013

29-11-2013 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

perwakilan kemamanSeperti tahun-tahun sebelumnya, saya komit menghadiri Muktamar Tahunan PAS Pusat, mulai anak muda belasan tahun sebagai pemerhati jauh hingga kini sebagai perwakilan. Saya membuat catatan selari dari ucapan-ucapan sepanjang muktamar. Saya kongsikan seperti di bawah. Gambar-gambar juga sebagai kenangan terutama dengan para sahabat lama.

(Gambar: Perwakilan PAS Kemaman: Dari kanan: Ketua Penerangan (YB Hj Hanafiah), TYDP (Ust Nik), YDP (Ustaz Alias), NYDP (Ust Hazri), S/U (Md Hafiz Adam).

Intipati ucapan dasar Presiden PAS dlm Muktamar PAS ke 59:

Rahmat untuk semua jadi tema  kali ini sebagai mesej bahawa Islam yang kami bawa bukan retorik. Mauduk kita ialah Islam, adil untuk semua, sistem hidup. Bukan seperti Islam yang difahami melalui sistem sekular. PAS bawa rahmat, tidak sama dengan gerakan Islam lain. PAS gerakan dakwah, siasah. Politik agenda penting tapi tak sama dengan parti lain.

(more…)


Penjenayah Menghakimi Morsi

05-11-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Morsi RaiisiDunia sudah terbalik.

Yang baik dilihat jahat, yang jahat dilihat baik.

Di Mesir, kerajaan kudeta tentera sedang memperkudakan semua agensi kerajaan yang ada bagi mengekalkan kuasa walaupun secara tunggang terbalik.

Mereka cuba menunjukkan keadilan melalui mahkamah, tetapi hati kecil hakim sebenarnya rasa bersalah.

Kami sentiasa bersama kebenaran, dan kali ini kami bersama Dr Mohamad Morsi dan Ikhwan.


Beberapa Golongan Manusia Dalam Peristiwa Hijrah

01-11-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

1435HPangku bayi di atas riba,

Bayi diberi nama Nabil,

Kulitnya putih dan cerah,

Tahun baharu Hijrah 1435H akan tiba,

Pelbagai pengajaran boleh diambil,

Di antaranya sikap manusia terhadap hijrah:

Bbrp golongan manusia dlm peristiwa hijrah (433) ,

2Bbrp golongan manusia dlm peristiwa hijrah (386)


4 Perkara Bermanfaat & 3 Perkara Memudaratkan

31-10-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

husnulkhatimahSeorang tabiin bernama Makhul berkata:

’4 perkara yang ada pada seseorang, ia bermanfaat untuknya. 3 perkara yang ada pada seseorang, ia memudaratkannya.

4 perkara bermanfaat untuknya: Syukur, iman, doa dan istighfar…..

3 perkara memudaratkannya: Tipudaya, melampaui batas dan batal janji…”

Saya kuliahkan kata-kata Makhul ini sebagai tazkirah bersama:

4 perkara bermanfaat utk diri, 3perkara memudaratkan diri (396)


Kepentingan Belajar Sirah Nabi SAW

31-10-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

sirah nurulyaqinSayyid Abul Hasan Ali anNadawi pernah menyebut bahawa ssubjek sirah tidak wajar dipinggirkan dari silibus pengajian.

Sirah mengajar banyak perkara. Bukan sahaja mengenai peribadi Nabi Muhammad SAW yang sangat unggul tetapi juga aspek-aspek hidup yang pelbagai dan rencam.

Benarlah apabila disebut ‘Adalah akhlak Nabi itu al-Quran.’

Alhamdulillah, sirah Nabi SAW  diajar di sebuah masjid di Kemaman. 7 tahun Fiqh Sirah dan sekarang Nurulyaqin sudah tahun ke 10 H.

Saya kongsikan sedikit di bawah kuliah di sebuah syarikat mengenai beberapa kepentingan mempelajari sirah Nabi SAW:

kepentingan belajar Sirah Nabi SAW (524)


« Older Entries