Arkib » 2012

Jgn Sokong Syaitan, Mari Kuatkan PAS Dlm Pakatan Rakyat

09-09-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

ulamaKenyataan mantan Perdana Menteri, Dr M: ‘Lebih baik syaitan dikenali dari malaikat yang tidak dikenali’ dan ‘malaikat juga kadang-kadang melakukan kesilapan’ menggambarkan bebal dan jahil tentang siapa syaitan dan siapa malaikat. Dalam al-Quran Allah jelas menyebut bahawa “Syaitan itu musuh kamu yang nyata, ambillah ia sebagai musuh.”  Malaikat pula ialah makhluk yang tidak pernah derhaka kepada perintah Allah. Mungkin bidalan itu dari pepatah Inggeris? (Walaupun sesat dan menyesatkan).

Bagi anda yang masih menyokong syaitan yang dikenali itu, bersegeralah berhijrah. DSTG Presiden PAS menulis sebuah artikel memberikan kefahaman kepada mereka yang masih teragak-agak atau terkial-kial samada mahu bersama Melayu dalam Umno dan BN atau Melayu dalam PAS dalam Pakatan Rakyat dengan tajuk Melayu wajib kuatkan PAS dalam Pakatan Rakyat (410). Ia diperkukuh oleh sokongan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam tulisannya: Melayu: Sokonglah Perjuangan Islam (569).


Rumah Terbuka Eid al-Fitr DUN Cukai Meriah

06-09-2012 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

DSC00144Ribuan rakyat hadir ke majlis Rumah Terbuka PAS DUN Cukai sempena Eid al-Fitr 1433H. Sempena majlis tersebut, bantuan kepada fakir miskin dan anak yatim, rawatan Darus-Shifa, edaran risalah dibuat. Antara tetamu istimewa yang hadir ialah Dato’ Fauzi Shaari, mantan Pengarah Jab Siasatan Jenayah PDRM bersama isteri dan Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu. Tetamu yang turut hadir ialah Hj Arifin Deraman selaku Pengarah JPNT dan Ustaz Azizul mewakili DPPNT. Pengarah DUN Cukai yang juga Penolong Setiausaha 2, BPPNT Tuan Hj Hanafiah antara yang sibuk menguruskan majlis bersama jentera dari kalangan pemuda, muslimat dan aktivis lain.

artikel berkaitan:

Anak Raja dan mantan Pegawai PDRM jadi tetamu Dun Chukai

(more…)


Hudud: Yang Engkar, Dolak-Dalik, Keliru Dan Faham

27-08-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Najib Tolak Perlaksanaan HududIsu hukum hudud timbul kembali, termasuk polemiknya sekali. Ada pemimpin DAP engkar hudud sudah dimaklumi. Dr Mahathir perlekeh hudud sudah lama diketahui. UMNO dolak-dalik tentang hudud sudah sebati. Media arus perdana permainkan isu hudud sudah dimengerti. Namun apabila ada pemimpin PAS pusat membuat kenyataan tentang hudud atau ucapannya dipetik dan dijadikan tajuk utama akhbar terutama hampir dengan PRU13 ini, ia menjadi seperti undur ke belakang menuju dalam perigi.

Saya sendiri-setakat sedikit ilmu yang ada-menulis beberapa artikel tentang hudud bagi menyuburkan kefahaman masyarakat agar bersedia menerima hukuman Allah ini bagi manfaat mereka juga (bukan sebaliknya dengan membuat kenyataan yang memberi faham agar hudud ditolak). Artikel seperti: Isu Hudud: BN Rela Jenayah Subur Di Bawah Pemerintahannya , Hudud: Penasihat Agama MB Pening, MB Lagi Bingung, Buku Kecil Tentang Hukum Hudud, termasuk khutbah Jumaat selepas PAS Terengganu meletakkan Al-Quran, Sunnah, Ijmak Dan Qias sebagai Undang-undang Tubuh Negeri Terengganu: Mereka Bangun Tinggalkan Masjid Bila Dibaca Ayat Qisas Dalam Khutbah.

Saya merasa kurang selesa dan rimas apabila membaca tajuk berita/artikel mengenai hudud yang belum masanya serta sokongan terhadap perkara itu yang dikaitkan dengan pandangan pemimpin PAS peringkat Pusat.

(more…)


Khutbah: Muhasabah Di Akhir Ramadhan

15-08-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

TaqabbalallahEsok (17 Ogos 2012) Jumaat terakhir Ramadhan 1433H. Saya kongsikan sekali lagi khutbah Jumaat yang pernah disampaikan Jumaat akhir Ramadhan tahun lepas 1432H (26 Ogos 2011) di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman:

Jumaat sebelum Ramadhan berkhutbah di mimbar Masjid Pasir Minal dan hari ini pun demikian.

Intisari khutbah: Ramadhan cepat berlalu. Masih banyak perkara yang dirasakan tertinggal dan belum sempat ditampung. Cari kemanisan, kelazatan dalam ibadah yang menghasilkan kekuatan dlm menegakkan Islam. Bukan sekadar ibadah ritual. Komentar ringkas dlm khutbah ke 2 mengenai situasi di Libya (ketika krisis Libya berlaku ketika itu)

khutbah pertama: muhasabah ramadhan (1653)

khutbah ke 2: muhasabah ramadhan (746)


Khutbah Eid Al-Fitr 1433H Presiden PAS

15-08-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Khutbah Jumaat: Teks & Audio, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

kullu aamTajuk khutbah Eid al-Fitr 1433 H kali ini oleh DSTG Presiden PAS ialah “Sifat Taqwa Lahir Dari Kecemerlangan Ramadhan al-Mubarak”.

Sinopsis: Matlamat akhir dari puasa Ramadhan ialah taqwa. Taqwa yang lahir dari madrasah Ramadhan adalah satu sifat yang sangat besar. Ia tidak diperolehi oleh mereka yang malas beribadat, tidak sanggup berjuang melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, tidak bersedia merebut semua peluang yang telah dibuka oleh Allah sepanjang bulan penuh berkat itu. Lalu, tajuk khutbah di atas amat tepat sekali. Mudah-mudahan Allah menjadikan kita mukmin muttaqin yang menggunakan senjata iman dan taqwa ini bagi meneruskan perjuangan menegakkan islam dan menjadi khalifah di bumi ini dengan sebenar.

khutbah Eid al-Fitr 1433 H Presiden PAS (1080)


11 Pintu Syaitan Menuju Hati Manusia

07-08-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

jalan syaitanHati umpama sebuah kubu pertahanan melindungi penduduk dan tanahnya dari dicerobohi musuh. Kubu mempunyai pintu-pintunya. Jika pintu tidak dijaga dengan baik, musuh dapat masuk ke dalam dengan mudah. Hati juga demikian. Ia mempunyai pintu-pintu bagi syaitan. Pintu-pintu itu ialah sifat manusia itu sendiri. Dari pintu-pintu ini syaitan memasukkan jarumnya yang berbisa. Paling kurang ada 11 pintu bagi syaitan masuk ke hati manusia: Marah dan syahwat, hasad dan haloba, kenyang makan, suka berhias (perabut, pakaian , rumah), suka pujian dan sanjungan dari manusia, gopoh, harta dan wang ringgit, bakhil dan takut papa, fanatik kepada satu pandangan, biarkan orang awam tenggelam dalam ilmu yang tidak sepatutnya, sangka buruk kepada mukmin.

Perkara ini saya kongsikan dalam kuliah subuh Ramadhan 1433H berikut: 11 jalan syaitan (449)


Sumbangkan Wang Anda Utk Umat Islam Syria

01-08-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Samir asSaqqa di Taman IslamDi saat umat Islam di Malaysia berpuasa dalam keadaan biasa sepertimana tahun-tahun yang lepas, umat Islam Syria berpuasa dalam keadaan luarbiasa Ramadhan kali ini. Ada sahabat yang emailkan tulisan Sheikh Samir al-Saqqa dari Damsyiq yang pernah datang ke Malaysia baru-baru ini  bagi mencari bantuan kewangan untuk umat Islam Syria. (Gambar: Sheikh Samir asSaqqa-8 dari kanan, Ust Nazmi-5 dari kanan, saya 3 dari kanan ketika ceramah mengenai Syria di Taman Islam, Kemaman) Kita berada dalam bulan Ramadhan yang sangat banyak ganjaran pahalanya, termasuk setiap sen dan ringgit yang dibelanjakan bagi membantu umat Islam lain yang memerlukan. Wang ringgit bukanlah harta mutlak milik kita. Ia milik Allah. Kita diamanahkan menguruskannya menurut cara yang dikehendaki ALLAH. Di antara cara yang dikehendaki Allah ialah membelanjakannya bagi membantu perjuangan umat Islam Syria membebaskan diri dari pemerintahan zalim regim Basyyar Asad. Saya sertakan artikel Sheikh Samir di bawah beserta maklumat Tabung Mangsa Kezaliman Syria. ‘Belanjakanlah harta anda di jalan Allah, nescaya akan diganti balik oleh Allah’

(more…)


Olimpik London 2012: Sukan @ Promosi Simbol Kejahatan?

29-07-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

mascot london olympic 2012Upacara pembukaan Sukan Olimpik 2012 di London disiarkan melalui pelbagai media, melambangkan sebuah temasya kononnya gilang-gemilang dalam sebuah acara sukan. Dalam Islam, sukan termasuk dalam perkara harus. Berenang, memanah disuruh oleh Nabi. Menunggang kuda biasa kepada para Sahabat. Musara’ah (bergusti) pernah dilaporkan berlaku di zaman Nabi. Tapi itu semua untuk apa? Kecerdasan dan kecergasan fizikal yang kemudiannya digunakan untuk memartabatkan Islam. Tidak ada kaitan langsung dengan meninggalkan kelebihan Ramadhan hanya kerana mengejar sebuah pingat emas. Tidak ada kaitan langsung dengan pembaziran stadium yang kemudiannya runtuh. Tidak ada juga kaitan dengan simbol-simbol musuh Islam.

Namun dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik 2012 di London, pelbagai simbol kejahatan ditonjol dan dipromosikan secara terang-terangan. Promosi untuk Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal seakan-akan mewarnai dan menjadi teras penting kepada pembukaan Sukan Olimpik 2012. Ini bukan kali pertama simbol-simbol ini dipromosikan. Perkara ini pernah dibincang banyak kali. Justeru, pembukaan Sukan Olimpik 2012 kali ini hanyalah memanjangkan sahaja simbol-simbol kejahatan ini buat ke sekian kalinya.

(more…)


4 Kes Mengenai Al-Quran Awal Ramadhan

26-07-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Saya harap artikel ini tidak ada maksud melainkan sebagai iktibar dan peringatan kepada kita bersama.

albaqarah154Kes pertama: Di awal Ramadhan, ketika dalam rukuk dan sujud di waktu dinihari, terfikir tentang mereka yang berjuang di Syria, juga mereka yang berjuang di seluruh dunia berusaha menegakkan keadilan yang berpaksikan Islam. Bangun dari sujud untuk rakaat kedua, kebetulan ayat pertama yang dibaca selepas Fatihah ialah ayat 154: al-Baqarah “Jangan kamu kata kepada mereka yang dibunuh di jalan Allah itu mati. Bahkan mereka hidup dan mendapat rezeki dari sisi Tuhan mereka.”

Kes kedua: Tazkirah Terawih disampaikan selepas 4 rakaat sunat Terawih dibuat. Saya ingatkan diri dan hadirin antaranya supaya sama-sama berlumba mencari dan berbuat pelbagai kebajikan di dalam Ramadhan ini. ‘Fastabiqulkhairat’. Terawih disambung. Antara ayat yang dibaca pada rakaat kelima itu secara kebetulannya ialah ayat yang ke 48 surah al-Maidah. Di dalam ayat yang sedikit panjang itu terkandung ayat ‘Fastabiqulkhairat’.

4 kes di awal Ramadhan 1433H (359)

(more…)


Infaqkan Lebihan Harta Untuk Islam

19-07-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

infaqAllah memberikan rezeki dan harta kepada kita. Masing-masing dengan bahagian dan habuan masing-masing. Harta adalah milik Allah. Kita hanya diamanahkan untuk menguruskannya. Banyak ayat al-Quran, hadis qudsi dan hadis yang memberikan panduan kepada kita cara menggunakan harta tersebut agar ia bermanfaat buat kita dan orang lain di dunia dan kemudiannya dibalas di akhirat dengan ganjaran pahala dan syurga. Apatah lagi apabila harta itu digunakan untuk membantu menegakkan Islam dan perjuangan menegakkan Islam. Di antaranya:

1. Abu Umamah r.a berkata: Nabi SAW bersabda: Allah berfirman yang maksudnya: “Wahai anak Adam! Bahawa engkau menyumbangkan lebihan harta/rezeki, maka itu baik untukmu. Jika engkau menahannya (iaitu tidak melakukannya), maka itu tidak baik untukmu. Engkau tidak dicela kalau menggunakan harta/rezeki itu untuk mencukupkan keperluanmu. Mulakanlah dengan orang yang engkau tanggung. Tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah.” (Hadis Qudsi ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada Abi Umamah) (audionya di bahagian hadis qudsi ke 180)

Dalam hadis qudsi di atas ada 5 katakunci (keywords): Menyumbang lebih baik, menahan harta tidak disukai Allah, boleh guna harta untuk keperluan diri, panduan keutamaan menggunakan harta, kelebihan mereka yang memberi.

2. Ibnu Umar ra berkata: Nabi SAW bersabda: Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Dua perkara yang tidak menjadi urusanmu. Aku tentukan sebahagian dari hartamu ketika Aku mencabut nyawamu untuk Aku bersihkan dan sucikanmu dari bahagian harta tersebut. Dan solat hambaKu terhadapmu selepas sampai ajalmu.”(Hadis qudsi ini diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Ibn Umar)

(kuliah audionya pada hadis qudsi ke 179)


« Older Entries   Newer Entries »