Arkib » 2012

Ikutan Kami Rasulullah, Bukan Ayatullah Atau Hizbullah

13-11-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 2 Comments

serbanKetika guru saya, almarhum Dr Sheikh Nuh Ali Salman al-Qudha, Mufti Jordan bercuti di rumahnya di Eidon, Irbid selepas 2 tahun menjadi duta Jordan ke Iran, saya menziarahinya. Antara soalan saya kepadanya: ‘Apa yang menarik dan boleh diambil manfaat dari Iran?’ Beliau menjawab: ‘Ada 2 perkara. Pertama Iran melantik para ulamanya menjadi pengerusi atau orang penting dalam pelbagai agensi kerajaan. Penasihat boleh sahaja dari pakar-pakar tertentu. Kedua sanjungan rakyat terhadap ulama mereka sangat tinggi.’

Beliau juga menceritakan kepada saya, ketika di Iran, beliau menunaikan solat Jumaat di pejabat kedutaannya bersama para pegawai kedutaannya dan asing. Katanya pegawai dari kedutaan Malaysia pun ada solat Jumaat di situ. Khutbah Jumaat dalam bahasa Arab diterjemah dalam bahasa Inggeris untuk manfaat pegawai kedutaan yang tidak faham bahasa Arab.

(more…)


Khutbah: Mukmin Cari Kebaikan Dunia Dan Akhirat

09-11-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

doa kebaikan dunia akhiratSaya berkhutbah Jumaat di Masjid Kg Pasir Minal hari ini mengenai salah satu peristiwa di musim haji di zaman Nabi SAW. Antara isinya:

*Ibn Abi Hatim mengeluarkan daripada Ibn Abbas ra, katanya: Satu puak dari Arab Badwi datang ke Arafah lalu berdoa: ‘Ya Allah! Jadikan tahun ini tahun yang ada hujan, subur, tahun yang baik.’ Mereka tidak menyebutpun tentang akhirat. Allah turunkan ayat 200 alBaqarah “Ada di antara manusia berdoa: ‘Tuhan kami! Berikan kepada kami kebaikan di dunia’ dan tiada habuan akhirat untuk mereka.” Datang pula orang mukmin berdoa: ‘Tuhan kami! Berikan kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat dan pelihara kami dari azab neraka.’ Allah turunkan ayat mengenai mereka.

*Orang mukmin menjadikan dunia sebagai jambatan akhirat.

*Hidup sebenar adalah di akhirat. Kebaikan dunia (sihat, aman, cukup, ada anak isteri, menang lwn musuh dll), kebaikan akhirat (kubur jadi taman syurga, bangkit tenang, naungan Arasy di Mahsyar, terima amalan tangan kanan atau depan, di bawah panji nabi, hisab mudah atau masuk syurga tanpa hisab, syurga paling tinggi, redha Allah).

Khutbahnya di sini:  pohon kebaikan dunia akhirat (644)


Fahami Ayat Tok Guru Sebelum Jadikan Tajuk Berita

04-11-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 1 Komen

tok guru bersampanBeberapa media termasuk Sinar Harian dan media rasmi PAS harakahdaily meletakkan tajuk ‘Presiden PAS sedia tanding di Pekan’ sebagai tajuk utama hasil dari ulasan spontan Tok Guru bila ditanya media sama ada kekal bertanding dua kawasan, Dun dan Parlimen selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila. Beliau menjawab: “Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan,”

Kalau dilihat kepada jawapan Tok Guru itu, fokusnya ialah ‘ikut keputusan parti’, bukan Marang atau Pekan. Kalau congak politik sebagai orang kampung pun, tentu secara mudah dijawab Tok Guru tentu akan pertahankan Parlimen Marang. Orang PAS yang faham pun tentu dengan santai sambil menghirup kopi akan sebut ‘Marang lah boh’.

(more…)


Khutbah:Haji Wada’ Dan Pengajaran

30-10-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

rasulSaya berkhutbah Jumaat pada 3 Zulhijah 1433/19 Okt 2012H di Masjid Lama Sura, Dungun mengenai haji wada’ yang ditunaikan oleh Nabi SAW. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari khutbah tersebut. Tanggungjawab dan hak, warisan jahiliyyah yang dilupuskan, konsep keadilan, persamaan dan lain-lain. Saya kongsikan khutbah ini dengan pelayar portal saya walaupun sedikit terlambat dari tarikhnya yang asal. Jemaah haji masih di Mekah dan dalam proses menyelesaikan ibadat mereka. Namun, khutbah Nabi SAW tersebut tetap relevan sepanjang zaman.

haji wada' dan pengajaran (626)


Heng Seai Kie! Bukan Nik Aziz. Itu Lu Punya Plesiden lah!

21-10-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

mca stupiditySaya tidak biasa menulis artikel dengan tajuk di atas. Namun, keBEBALan pemimpin MCA bermula dengan Presidennya yang mengaku “Itu saya’ dalam filem kontroversinya hingga kepada pemimpin wanitanya menyebabkan hati saya panas menggelegak.

Terbaharu diberitakan bahawa Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam. Ia hanya kesimpulan BODOH yang dibuat dari kononnya ucapan MursyidulAm PAS mengenai pakaian menutup aurat.

Nampaknya MCA sedang dipenuhi dengan orang bodoh dengan Islam kerana dirasuk oleh ‘syaitan yang dikenali’ semenjak lebih 50 tahun. Umno tidak mengajar yang benar tentang Islam kepada MCA dan parti komponennya.

Ucapan mantan PM dan Presiden Umno juga mengesahkan lagi bahawa Umno sebagai ‘syaitan yang dikenali’ menjadikan MCA dirasuk sehingga sukar mengubatinya. Rasukan yang bukan calang-calang sehingga begitu berani menyentuh hukum Islam secara terbuka dengan cara yang sangat biadab. Tidakkah ‘syaitan yang dikenali’ mengajar mereka ini?

(more…)


Khutbah Eid al-Adha 1433H Presiden PAS

18-10-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Cadangan Teks Khutbah, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | 1 Komen

masjid rusila 1982Sinopsis: Eid al-Adha atau hari raya haji/korban adalah satu lagi hari raya bagi umat Islam selain Eid al-fitr. Hari Raya bukan sekadar untuk bergembira dengan cara yang bercanggah dengan syarak tetapi ia adalah satu bentuk penghayatan buat umat Islam dalam meneladani para Nabi, samada Nabi Muhammad SAW atau datuk-neneknya Nabi Ibrahim dan Ismail serta yang lain alaihimussalam. Nabi Ibrahim yang menjadi abu al-anbiya’ atau bapa kepada para Nabi yang memang layak dengan status itu setelah mengharungi pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup beragama tauhid ini. (Gambar Hiasan: Masjid Rusila 1982M)

Khutbah Eid al-Adha DSTG Presiden PAS ini disebarkan di sini sebagai bahan khutbah buat para khatib sempena kedatangan Eid al-Adha 1433H nanti:

خطبة عيد الأضحى 1433ه (1496)


PAS Perlu ‘Fikrah Tulen’ Utk Kesinambungan Perjuangan

09-10-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

TGHH dan TGNAPAS akan mengadakan muktamar tahunannya pada 14 November 2012 ini. Pilihanraya Umum ke 13 sehingga kini masih lagi menjadi teka-teki buat semua. Bagi BN, ia bukan setakat teka-teki bahkan insyaAllah menjadi igauan panjang tentang nasib BN selepas PRU 13 nanti. Jika ditaqdirkan Pakatan Rakyat menang dan menguasai Malaysia, maka ia satu lagi sejarah baharu buat PAS dan Pakatan Rakyat.  Ia juga akan menjadi satu cabaran buat PAS dalam kondisi politik yang lebih luas sepak terajangnya.

PAS adalah gerakan dakwah dan politik. Perjuangannya adalah mata rantai dari perjuangan Islam sebelumnya.  Justeru, sekiranya ia menjadi pemerintah sekalipun, sifat asalnya sebagai gerakan dakwah dan politik tidak pernah dan tidak boleh dilarut dan dicairkan dalam suasana baharu hanya semata-mata ia sudah memerintah dan menjadi kerajaan. Cuma pendekatan berbeza mengikut suasana. Pepatah Arab menyebut ‘li kulli maqamin maqal’ (Bagi setiap keadaan dan suasana itu ada penjelasannya tertentu).

(more…)


Daging Korban Untuk Umat Islam Mangsa Korban

05-10-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 3 Comments

korban di syriaHari ini 19 Zulkaedah 1433H (5 Okt 2012). Masih sempat untuk beri pandangan mengenai ibadat korban yang disunatkan.

Saban tahun masjid, surau, karyah yang aktif dapat menyembelih berpuluh ekor binatang ternak. Kekadang kerana terlampau banyak daging, sedangkan mereka yang benar-benar memerlukan pula tidak sebanyak daging, lalu peti sejuk di rumah dipenuhi dengan daging korban. Setiap hari hanya memasak daging untuk tempoh lebih seminggu.

Apa kata kalau korban itu dibuat dalam bentuk yang lebih global? Walaupun fuqaha ada membincangkan tentang sembelihan korban dan agihan daging, masih tidak terkeluar dari perintah syarak dan beberapa pandangan ulama tentang kaedah agihan daging yang boleh memberi manfaat terbesar kepada ummah.

(more…)


Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah

19-09-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 9 Comments

Ku Damba Cintamu Ya RasulullahFilem ‘Innocence of Muslims’ membangkitkan kembali rasa kasih umat Nabi Muhammad SAW kepadanya. Kasih dan cinta yang wajib ada dalam diri seorang Islam yang tidak bermusim. Bagi menyuburkan rasa kasih dan cintakan Nabi ini sepanjang masa, buku ‘Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah’ saya tuliskan.

Alhamdulillah. Pujian seinfinitinya di rafa’kan ke hadrat Ilahi. Karya ini asalnya catatan ringkas dari kitab Syuab al-Iman tentang kasihkan Nabi. Menjadi bahan ceramah dan kuliah semenjak tahun 2000 lagi. Dipanjangkan bahan dan diluaskan perbahasan menjadi buku dengan olahan tersendiri. Ia bukan sirah Nabi secara kronologi. Ia berkisar sekitar sebuah cinta suci.

Selepas disiapkan, hampir beberapa lama terbengkalai tak tahu ke mana mahu dibawa pergi. Cuba pohon ISBN, dapat, tapi kemudian cetak ada masalah lagi. Solat Istikharah, serah kepada PTS, akhirnya menjadi realiti. Kemunculannya berbetulan sempena MaulidurRasul 1432H (sekarang 1433H) yang menanti. Buat saudara, berusahalah memiliki buku ini.

Sinopsis:

“Tak kenal maka tak cinta,” Pepatah Melayu sudah lama menyebut demikian.

Allah menyebut, “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi (kepada umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang ingkar) dan juga penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan petunjuk yang diberikan-Nya dan lampu yang menerangi.” (surah al-Ahzab: 45-46)

(more…)


Khutbah: Filem Hina Nabi SAW

14-09-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

innocence of muslimsJumaat 14 Sept 2012. Saya berkhutbah Jumaat di Masjid Kg Pasir Minal Kemaman mengenai filem ‘Innocence of Muslims’ arahan Sam Bacille yang membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Antara intisari khutbah:

-Kecintaan kepada Nabi SAW jangan bermusim.

-Filem itu hanya satu provokasi yang bodoh kerana pengarahnya sendiri terpaksa bersembunyi pula selepas itu.

-Nabi SAW pernah utus surat kepada para pembesar sekitar Madinah. Ada yang mengoyak surat Nabi dan Nabi membalas balik dengan sabdanya yang kemudiannya kerajaan penguasa itu jatuh.

-kisah Uqbah bin Abi Muait dan Ubai bin Khalaf yang menghina Nabi SAW. Allah menurunkan ayat dari surah al-Furqan mengenainya.

Filem Hina Nabi SAW (634)


« Older Entries   Newer Entries »