Arkib » 2012

Sambutan Tahun Baharu 2013: Kita Bergembira Di Saat Orang Lain Menderita?

31-12-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

asad kill our childrenSeperti kebiasaan JAHILIYAH tahun-tahun sebelumnya apabila menjelang tahun baharu, pelbagai acara sambutan dibuat. Nyanyian yang melalaikan memang tak tinggal punya. Gelak ketawa, riang ria, teriak suara sambil tangan memegang botol arak, khalwat dan zina menjadi sebahagian elemen sambutan tahun baharu yang tidak diwar-warkan. Kita meraikan kedatangan tahun baharu 2013 seolah-olah hidup kita sentiasa diredhai Allah. Kita ketawa seolah-olah tiada orang lain yang berduka. Kita gembira seakan-akan tiada orang lain yang menderita. Kita membuat countdown membilang jarum jam seolah-olah tiada orang lain yang juga membilang jarum jam berapa lama lagi harus menderita di bawah sebuah sistem yang zalim.

Ya! kita menyambut tahun baharu sedemikian rupa kerana hati kita telah lama mati sebenarnya. Tiada rasa sensitif nasib umat Islam. Tiada rasa benci kepada kezaliman dan kekufuran. Tiada rasa kasihan belas kepada mereka yang menderita di bawah pemerintah yang memeras. Yang penting aku boleh bergembira semahu-mahunya. Hidup hanya bergembira untuk diri sendiri sahaja. Persetankan hidup orang lain.

(more…)


PAS Kemaman Perlu RM100,000 Bantu Mangsa Banjir

28-12-2012 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | 2 Comments

banjir2Banjir di Kemaman agak besar di akhir tahun 2012 kali ini. Di DUN Cukai sahaja, banyak kampung, taman perumahan, kedai dan kawasan terlibat. Di DUN Air Putih juga terlibat. Pelbagai cerita dan berita yang didengar. Sudah agak lama Cukai tidak dilanda banjir besar seperti ini.

Saya tinggal di Kampung Gong Limau, Cukai. Alhamdulillah, tidak kena banjir. Namun, di tempat lain, Allah menguji mereka dengan sedikit ujian, rumah kediaman, perniagaan dan lain-lain ditenggelami air. Sehingga berita ini ditulis, sebahagian tempat sudah mula surut dan sebahagian lagi masih digenangi air. Esok lusa dan selepas ini belum tentu.

PAS Kawasan Kemaman yang bermesyuarat mengambil keputusan membantu mangsa banjir ini. Peruntukan dianggarkan RM100,000 meliputi bantuan barangan kepada mangsa banjir pasca banjir dan lain-lain kos operasi. Kepada mereka yang ingin membantu, boleh hubungi Pengerusi JK Banjir PAS Kemaman yang juga YDP PAS Kemaman, Tuan Haji Ismail Harun (0103132640) atau Pengarah Operasi Banjir Tuan Hj Zulkifli (0199834436) yang juga Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kemaman atau saya sendiri selaku Timbalan Pengarah Operasi.

Nabi SAW menyebut yang bermaksud: ‘Allah membantu seorang manusia yang membantu saudaranya yang lain.’


Syarah Hadis Bukhari Dan Syamail Muhamadiyah: Sheikh Naim Arqsusi

14-12-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 2 Comments

Sheikh Naim AqrsusiSaya berkesempatan mendapat beberapa keping DvD dari seorang pelajar Malaysia belajar di Syria yang terpaksa pulang ke Malaysia kerana perang yang berlaku sekarang. DvD itu ialah koleksi syarahan hadis Imam Bukhari yang disampaikan oleh Sheikh Naim Arqsusi dalam bentuk mp3 mulai 2002-2008. Saiznya 14.1 GB. Syarahan Syamail Muhamadiyah pula dalam bentuk video dengan saiz 25.3 GB. Syarahannya dalam bahasa Arab.

Bagi mereka yang mahir dalam bahasa Arab dan berminat dengan koleksi kuliah ini boleh berikan nama dan alamat dengan disertakan pendrive bersaiz besar dan hubungi saya sebelum itu melalui email saya niknasrimalek@gmail.com.

Biografi ringkas Sheikh Naim Arqsusi (511)


Khutbah: 3 Kisah, 3 Perumpamaan, 3 Penutup Dari Surah Al-Kahfi

14-12-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

alkahfiJumaat 14 Dis 2012 (30 Muharram 1434H) saya berkhutbah Jumaat di Masjid Pinang Merah, Paka sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat/PAS Ganti Umno 6.0 di Paka. Saya fokuskan kepada aspek tarbiyyah ruhiyyah fardiyyah (tarbiah rohani secara peribadi) sebagai bekalan, amalan dan benteng buat mereka yang memperjuangkan Islam. Perjuangan menegakkan Islam mesti berteraskan iman. Iman mesti disuburkan dan direfreshkan dari semasa ke semasa. ‘Jaddidu imanakum‘ (Perbaharui iman kamu). Program PAS Ganti Umno 6.0/Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah salah satu program bagi menggerakkan jentera parti, pemberi semangat dan motivasi serta penggerun musuh politik. Al-Quran pula adalah pemberi motivasi hakiki bagi setiap pekerja gerakan Islam. Justeru, disunatkan pada setiap Jumaat membaca surah al-Kahfi. Saya fokuskan kepada 3 kisah, 3 perumpamaan dan 3 penutup dari surah al-Kahfi.

Audio: bbrp intisari surah alkahfi (512)

3 kisah ialah kisah AshabulKahfi, Nabi Musa bersama Khidhir dan kisah Zulqarnain. AshabulKahfi mengingatkan tentang beberapa orang pemuda yang beriman dan mempertahankan iman walaupun terpaksa menyelamatkan diri jauh ke dalam gua. Kisah Nabi Musa pula mengingatkan agar tawadhuk dengan ilmu dan tidak menganggap diri tahu semuanya. Kisah Zulqarnain pula mengingatkan tentang penguasa yang baik dan adil, menggunakan kekuasaannya membantu rakyat dan memelihara dari kezaliman kaum.

(more…)


Khulafa arRashidin Dan 10 Sahabat Dijanjikan Syurga (bil 15)

13-12-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | 2 Comments

Khalifah yang BenarKitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf kali ini membincangkan Khilafah selepas Kenabian yang bermula dengan Saidina Abu Bakar asSiddiq sehingga Ali. Perbincangan berfokus kepada cara perlantikan dan kelebihan masing-masing. Saya huraikan lebih lanjut dengan mengambil beberapa contoh perkara yang dibuat oleh khalifah di zaman mereka dan peristiwa yang berlaku di zaman masing-masing. Huraian juga dibuat mengenai 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

01-khilafah abu bakar 18 jul 12, thabitnya khilafah abu bakar 18 jul 12

02-nas lantik abu bakar 5 sept 12, khilafah abu bakar 5 sept 12

03-pindah khilafah kpd Umar alKhattab (705) 12 sept 12

04-Abu Bakar lantik Umar jadi khalifah (702) ,  bbrp contoh pemerintahan umar (705) 19 sept 12

05-rgksn pmrnthn Umar (682) , bbrp prstwa pmrnthn Umar (688) 26 sept 12

06-perlantikan Saidina Uthman (661) ,  huraian perlantikan Saidina Uthman (634) 3 okt 12

07-pemerintahan Uthman (623) ,  fitnah dan pembunuhan uthman (616) 10 okt 12

(more…)


PAS Relevan Dalam Realiti Baharu

24-11-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | 1 Komen

negara berkebajikanSeorang sahabat lama menulis artikel ‘Relevankah PAS dalam realiti baru?’. Ada beberapa perkara yang perlu dijawab dan diberi pandangan balas. Pengerusi Ulamak Pelapis PAS Pusat Haji Khair Mutanazzar Ismail menjawab balik artikel tersebut seperti di bawah. Kadang-kadang bentuk penulisan boleh membawa persepsi tidak baik dengan menggunakan agama sehingga orang ramai makin jauh daripada agamanya. Tidak perlu ditanam persepsi buruk di kalangan rakyat terhadap undang-undang Islam atas nama agama sehingga orang takut kepadanya. Penulis artikel ‘Relevankah PAS dalam realiti baru?’ tersebut perlu terbuka untuk menerima nasihat dan teguran di bawah sebagaimana beliau inginkan orang lain menerima tegurannya:

(more…)


Maksud Hadis ‘Redha Allah Sebagai Tuhan, Islam Sebagai Deen, Muhammad Sebagai Rasul’

23-11-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

redha Allah sebagai TuhanImam Muslim meriwayatkan satu hadis bermaksud ‘Seorang akan merasai manisnya iman apabila ia redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai deen dan Muhammad sebagai Rasul.’ Dari segi bahasa, apabila disebut: ‘radhitu bisyyai’ (Saya redha dengan sesuatu) ertinya memadai, mencukupi dan tidak mencari bersama sesuatu itu yang lain darinya. Oleh itu makna hadis ialah:  ’Seseorang itu tidak mencari selain Allah Taala, tidak menjalani satu jalan melainkan jalan Islam, tidak melalui melainkan  perkara yang selaras dengan syariat Muhammad SAW.’ Sesiapa yang mempunyai sifat-sifat ini, dia akan merasa lazatnya iman dalam dirinya. Al-Qadhi Iyad berkata: ‘Makna hadis ialah benar imannya, dirinya menjadi tenang, sebati dalam dirinya kerana redhanya dengan perkara-perkara yang disebut menjadi dalil benar makrifatnya, dalam pandangan mata hatinya dan bersebati sifat itu dalam hatinya, kerana mereka yang redha dengan satu perkara, mudahlah baginya mendapatkan apa yang ia ingini. Demikianlah seorang mukmin, apabila iman masuk ke dalam hati, mudahlah baginya untuk taatkan Allah Taala dan merasai lazat dengannya.’ Syarah hadis Muslim oleh Imam Nawawi j 2 ms 193. Saya huraikan perkara ini dengan lebih panjang di sini dan di sini


27 Dis 2009: 3 Tahun Israel Musnahkan Gaza

20-11-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Israel guna fosforusMasihkah kau ingat?

3 tahun lalu begitu cepat

Israel musnahkan Gaza dan umat

Tragedi berdarah tiadakah yang ingat?

—-

Awal Muharram 1434H baru start

Muktamar PAS ke 58 baru bahas dan debat

Regim haram Israel yang dilaknat

Serang Gaza balik memang jahat

(more…)


Dengar, Taat, Jihad, Hijrah Dan Jamaah

16-11-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

ceramah di markas Gong LimauDalam satu hadis agak panjang, Nabi SAW menyebut bahawa Allah memerintahkan Nabi Yahya bin Zakariyya dengan 5 perkara. Demikian juga Bani Israel dan Nabi Isa as. Perintah itu ialah sembah Allah dan jangan syirik, solat, puasa, sedekah dan zikir. Nabi SAW menyambung: ‘ ..dan aku perintahkan kamu dengan 5 perkara yang Allah menyuruhku dengan 5 perkara tersebut: dengar, taat, jihad, hijrah dan jamaah. Sesiapa yang meninggalkan jamaah kadar sejengkal, maka sesungguhnya dia telah menanggalkan ikatan Islam dari lehernya, melainkan ia kembali. Sesiapa yang menyeru dengan seruan jahiliyyah, maka ia dari neraka Jahannam.’ Seorang lelaki bertanya: ‘ Ya RasulAllah! Sekalipun ia solat dan puasa? Jawab Baginda: ‘Sekalipun ia solat dan puasa. Serulah dengan seruan Allah yang menamakan kamu Muslimin Mukminin, hamba Allah.’

(Khumasiat Mukhtarah, Dr Fadhl Hasan Abbas. ms 279, 303). Sempena dengan kedatangan tahun hijrah 1433 dan hampirnya pilihanraya umum ke 13, saya ‘putarkan’ kembali ‘album ini’.

kuliah berkaitan: 1 (665), 2 (663)


Hijrah: ‘Menegarakan Islam, Mengislamkan Negara’

14-11-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

hijrahSempena kedatangan tahun baharu Hijrah 1434H, saya terbitkan kembali artikel ini yang pernah tersiar sebelumnya.

A.Muqaddimah:

‘Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul..’

Ketika Khalifah Saidina Umar al-Khattab mengira-ngira untuk membuat satu tanda jelas bagi orang Islam tentang kalendar, banyak peristiwa penting yang boleh dijadikan batutanda itu. Peristiwa kelahiran Nabi SAW, Isra’ Mikraj, Hijrah, pelbagai peperangan yang berlaku sepanjang sejarah semuanya penting. Namun dari semua peristiwa penting itu, akhirnya Umar al-Khattab memilih peristiwa hijrah. Mengapa hijrah? Tentunya ada perkara istimewa dan kelainan berbanding dengan peristiwa-peristiwa lain.

Sebelum hijrah, Nabi SAW adalah Nabi. Demikian juga selepas hijrah. Tetapi selepas hijrah, Nabi bukan sahaja kekal sebagai Nabi, pangkat yang diberi oleh Allah tetapi juga menjadi ketua sebuah negara. Walaupun Madinah kecil sahaja di waktu itu-kecil dari segi geografi, kecil dari segi bilangan penduduk dan kecil dari segi kuasa berbanding kuasa-kuasa besar yang sudah sedia ada ketika itu-Parsi dan Rom, namun Madinah menepati ciri-ciri sebuah negara menurut sains politiknya. Ada tanah dan bumi, ada pemimpin, ada rakyat, ada perlembagaan dan ciri-ciri lain.

(more…)


« Older Entries