Arkib » 2011

Konsert Elton John: Respon Balas Kpd Komentar RPK

28-10-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 1 Komen

KAUM KAUM YANG PUPUSSaya ingin memberikan respon balas saya terhadap komentar Raja Petra Kamarudin (RPK) tentang konsert Elton John yang mesti dibatalkan oleh kerajaan Malaysia. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini dan menjadikannya sebagai polemik pula. Cukuplah kerakusan dan kebobrokan pihak pemerintah untuk difokuskan kembali. Namun ada beberapa perkara yang saya rasa penting untuk dijelaskan.

Isu yang kebetulannya keluar dalam harakahdaily yang saya ulas ialah tentang konsert Elton John itu. Tapi bukanlah hanya isu seks yang Islam, PAS atau saya sebagai salah seorang ahli PAS fokuskan. Saudara RPK boleh merujuk portal saya di bawah tajuk ‘ta’liq siasi (komen politik) dan saudara akan dapati saya memberikan pandangan saya kepada pelbagai isu melibatkan kezaliman, penindasan, salahguna kuasa, korupsi, pembunuhan dan lain-lain. Maka ia menolak apa yang dikomen oleh saudara seperti di bawah:

Is sex the only thing we should be concerned with? Is this all that there is to Islam? What about corruption, abuse of power, robbing the rakyat, election rigging, persecution, discrimination, murder, ethnic cleansing, and a host of other crimes against the citizens and crimes against humanity? Why is PAS not also foaming at the mouth and up in arms about this?

Bahkan bukan sahaja dalam tulisan dalam portal saya, sesekali keluar juga di tranungkite.net atau jarang-jarang di harakah. Saya juga ‘khutbah Jumaat’kan, ‘kuliah dan tazkirahkan isu-isu di atas, samada secara langsung atau secara tersirat.

(more…)


Komentar Dari Persidangan ICT Dan Media Baharu 2011

25-10-2011 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

persidangan ICT PAS 2011Saya diamanahkan mewakili Dewan Ulama PAS Terengganu yang berkait dengan ICT (di samping sahabat saya ustaz Hamzah Ngah, Ketua Penerangan DUPNT) menghadiri Persidangan ICT dan media baharu 2011 di KUIZM, Taman Melewar, Gombak pada hari Sabtu 22 Oktober 2011. Saya ingin memberikan beberapa komentar ringkas dan memfokuskan kepada beberapa aspek sahaja:

-keseluruhan kertas kerja secara umumnya sangat baik dan sesuai untuk dipanjangkan ke peringkat negeri dan ke bawah.

-YB Dr Mohamad Fadzli, EXCO Kelantan mencadangkan supaya TV Selangor sebagai TV untuk negeri Pakatan Rakyat berdasarkan sumber kewangan negeri Selangor yang lebih kukuh berbanding negeri lain seperti Kelantan dan Kedah. Cadangan ini perlu difikir bersama.

-ucapan perasmian oleh Dato’ TG Nik Abd Aziz yang menyarankan pengamal media baharu terutama aktivis PAS memahami sastera Arab-bayan, maani, badi’ kerana ia memberi bantuan dalam seni menjawab orang lain dan musuh.

(more…)


BATAL Konsert Elton John Atau Remaja Makin Hancur!

25-10-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

elton john kaum LutSebuah akhbar harian melaporkan Elton John akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia 22 November ini di Genting Highlands. Elton John ‘berkahwin’ (ptuih!) dengan David Furnish pada Disember 2005 selepas kerajaan negara mereka membenarkan perkahwinan sejenis. Tahun sebelumnya mereka merancang mengambil seorang anak angkat yang dikatakan mengidap penyakit HIV dari Ukraine, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian apabila kerajaan Ukraine tidak membenarkan perkahwinan sejenis dan juga atas faktor umur Elton John. Pada tahun 2010, mereka mendapat ‘anak’ (uweek!) hasil dari bayi yang dikandungkan oleh seorang ibu tumpang kepada bayi tersebut yang diberikan nama Zachary Jackson Levon Furnish-John. Menurut sebuah majalah, Elton John dan pasangannya itu rasa amat gembira dengan kehadiran ‘anak’ mereka itu: “We are overwhelmed with happiness and joy at this very special moment. Zachary is healthy and doing really well, and we are very proud and happy parents“, katanya.

Apa yang dipaparkan ialah kehidupan teramat songsang bagi manusia yang sihat fitrah kemanusiaannya. Artis yang cukup rosak seperti ini mahu dibawa ke negara Malaysia? Ketua negaranya beragama Islam, agama Persekutuannya agama Islam dan sebahagian rakyatnya beragama Islam dan rakyat lain beragama lain yang juga tidak boleh menerima cara hidup yang sangat songsang ini.

(more…)


Pelancaran Gerakerja PRU 13 DUN Kijal

21-10-2011 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

DSTG Hj Hadi pegang bendera.Di sebelah Ust Hazri Jusoh. Kelihatan belakang di kiri Ust Nik Nasri TYDP dan mantan YDP Ust Awg DggPreisden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyempurnakan pelancaran gerakerja PRU13 bagi DUN Kijal dalam Parlimen Kemaman pada Rabu 19 Okt 2011 di rumah almarhum Syed Nuh di tepi PASTI Bukit Kuang. Almarhum Syed Nuh adalah antara pengasas dan penggerak awal PAS Kemaman di awal penubuhannya. Hadir sama dalam majlis pelancaran itu ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Terengganu, sahabat lama saya ustaz Arifin Deraman, YDP PAS Kemaman dan AJK PAS Kemaman yang lain. Para pimpinan PAS di peringkat MTD Kijal diketuai oleh Ust Hazri Jusoh dan UPU serta cawangan dalam MTD Kijal memenuhi ruang dalam dan luar tempat pelancaran. Ia bermula sebelum Maghrib dengan taklimat dari pihak DUN Kijal dan ucapan dari DSTG Presiden, penyerahan bendera kepada cawangan/UPU DUN Kijal serta ikrar peserta.


Khutbah: Pengajaran Doa Nabi Ibrahim Bina Kaabah

21-10-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

albaqarah 127Hari ini Jumaat 21 Oktober 2011 (23 Zulkaedah 1432H). Saya berkhutbah di Masjid Kg Pasir Minal. Oleh kerana musim haji hampir tiba, saya fokuskan khutbah saya mengenai doa Nabi Ibrahim bersama anaknya Ismail alaihimassalam ketika membina Kaabah. Paling kurang ada 6 pengajaran dari doa itu buat umat Muhammad SAW.

(Bahagian akhir khutbah pertama terputus)

Pengajaran Doa Nabi Ibrahim Bina Kaabah (534)

(more…)


Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan

16-10-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Allah peliharakanlah terengganuSempena Himpunan Kebangkitan Rakyat: PAS Ganti UMNO ke 3 di Pantai Pandak, Cendering, Terengganu pada hari Jumaat dan Sabtu (14 dan 15 Okt 2011), PAS Terengganu telah melancarkan manifestonya untuk PRU ke 13 yag disempurnakan oleh DSTG Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Temanya ‘Terengganu Maju Islam Berdaulat Negeri Berkebajikan’. Dalam majlis tersebut, 5 manifesto yang menjadi sebahagian dari keseluruhan manifesto dikemukakan kepada rakyat untuk ditawarkan jika diberi amanah memerintah Terengganu:

-melaksanakan pengecualian cukai kediaman

-menyelesaikan isu tanah yang dirampas/diambil oleh kerajaan BN

-Cuti bergaji 30 hari kakitangan kerajaan kematian suami

-menyediakan 17,000 peluang kerja dalam 3 tahun kepada rakyat Terengganu

-Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin

(more…)


Khutbah Sempena PGU: Berdirilah Di Bawah Panji Nabi SAW

14-10-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

pgu 3Saya berkhutbah Jumaat 14 Okt 2011 hari ini di Masjid Cendering Pantai. Kali pertama berkhutbah di situ dan khabarnya kali pertama juga khatib tamu dari daerah Kemaman. Khutbah ini sempena program PGU: PAS Ganti UMNO di Pantai Pandak Cendering, Terengganu. Khutbah saya bertitik tolak dari ayat 96-99 surah Hud. Ia menceritakan kisah Nabi Musa as yang diutus kepada Firaun dan pembesarnya. Saya cuba rakamkan khutbah ini tetapi disebabkan kesilapan teknikal pada handphone saya, ia tidak dapat dirakam.

Secara ringkas, pengajarannya ialah :

1. perintah Firaun sebenarnya tidak cerdik: pemimpin yang rosak akan memberi kesan kepada pengikut dan rakyatnya juga rosak. ‘ArRaiiyyah ala diini mulukihim‘ Rakyat menurut agama pemerintah mereka.

2. Firaun mengetuai kaumnya di akhirat menuju neraka: Kesan dari kebodohan dan kezaliman pemerintah, bukan hanya di dunia tetapi memberi kesan hingga ke akhirat yang membawa mereka ke neraka.

3. Kehidupan mereka dipenuhi dengan laknat dari Allah- dunia dan akhirat.

4. Perjuangan Islam sebenar yang menyelamatkan manusia dibawa oleh Nabi SAW. Panji yang mesti diangkat ialah panji Islam. Panji ini bukan sahaja di dunia tetapi akan membawa ke akhirat.

(more…)


MalakulMaut Itu Mencabut Nyawa

12-10-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | Tiada Komen

ayat 11 surah assajdah Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): ” Nyawa kamu  akan diambil oleh Malakul-Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan) “. asSajdah: 11

Di antara tanda kekuasaan Allah ialah Dialah yang mematikan seorang dan mengambil nyawa apabila habis tempoh umurnya. Malakulmaut bernama Izrail ( Abdullah) menguruskan keadaan itu menurut perintah Allah. Allah menjadikan mengambil ruh itu di tangan Malaikat.

malakulmaut cabut nyawa (577)malakulmaut cabut nyawa (600)

(more…)


Negara Berkebajikan: Najib Tak Faham Atau Buat-Buat Tak Faham

09-10-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

NEGARA KEBAJIKAN BNDalam membentangkan Bajet 2012 Jumaat lepas, sempat lagi PM Najib menyindir konsep negara berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS. Katanya: “Kita kini mendengar pihak-pihak tertentu menguar-uarkan konsep negara berkebajikan. Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini. Bukankah Kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan? ”

Dan bagi menghuraikan negara kebajikan ala BN yang difahami oleh Najib itu, maka disebut kemudiannya: ” Tidakkah berkebajikan kerajaan Barisan Nasional kini, apabila:

Pertama: Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal 2 ringgit 40 sen, rakyat hanya bayar 1 ringgit 80 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 60 sen atau 25 peratus dari harga sebenar;

Kedua: Bagi setiap kilogram gula, harga asal 2 ringgit 50 sen, rakyat hanya bayar 2 ringgit 30 sen. Subsidi Kerajaan berjumlah 20 sen atau 8 peratus dari harga sebenar;

(more…)


Khutbah: Syarak Pelihara 5 Prinsip Penting

08-10-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

maqasidSyarak memberikan perhatian penting kepada 5 prinsip penting dalam kehidupan. Ia disebut al-kulliyyat al-khams. Perbincangan tentangnya berkait dengan maqasid syariah (tujuan-tujuan syarak). 5 prinsip penting itu ialah memelihara agama Islam, jiwa, akal, keturunan dan harta. Tanggungjawab pemerintah sebenarnya sangat besar bagi memelihara 5 perkara ini. Dalam sistem pemerintahan yang ada sekarang, ke lima-lima perkara ini nampaknya begitu terabai, bahkan dicabul dengan sewenang-wenangnya. Saya khutbahkan perkara ini di Masjid Kampung Nyior, Paka pada 7 Okt 2011.

Syarak pelihara 5 prinsip kehidupan (568)


« Older Entries   Newer Entries »