Arkib » 2011

Sesal Selepas Mati

22-11-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

sesalPetikan dari kitab BahrulMazi (tanpa diedit bahasanya): ‘Menyesal itu berlaku ia dahulu dari mati dan kemudian dari mati. Tetapi menyesal dahulu dari mati itu boleh buatkan iktibar dan pengajaran apa-apa yang telah menjadikan menyesal itu, dan tidaklah diperbuat lagi barang yang menjadikan menyesal itu. Ada pun menyesal di akhirat itu ialah menyesal kemudian dari mati, tidaklah dapat dijadikan iktibar dan pengajaran bagi diri kerana negeri akhirat itu bukannya negeri beramal bahkan negeri tempat mengambil balasan baik dan jahat jua. Dan menyesal di sana itu ada bermacam-macam rupa sesalnya. Ada yang menyesalkan dirinya kurang dari amalan. Dan ada yang menyesal akan diri tidak beramal. Dan ada yang menyesalkan diri tidak masuk Islam. Dan lain-lainnya daripada sesalan itu.’  (juz 16 ms 197-198)

(kuliah audio kitab BahrulMazi bilangan 173 dan 174)


Khusyuk Solat: Kemanisan Ibadah Yang Hilang

21-11-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 2 Comments

solatSudah berapa lama anda solat? Kalau semenjak umur 6 tahun dan sekarang sudah berumur 46 tahun, bererti sudah 40 tahun anda solat. Ada peningkatan? Ada perbezaan? Satu nikmat yang kita hilang dari solat kita ialah khusyuk. Nikmat, kemanisan, sejuk mata hati, penenang jiwa. Nabi SAW mendapat nikmat ini. Demikian juga para Sahabat dan mereka yang beruntung. Tetapi adakah khusyuk itu mudah di dapati? Saya ingat ketika belajar di Jordan dahulu, seorang pelajar Arab bertanya kepada seorang pensyarah, Prof Dr Fadl Hasan Abas, pakar tafsir al-Quran, buta mata, cerah hati cara bagaimana untuk mendapat khusyuk dalam solat.

kuliah audio khusyuk solat: 1 dan 2

(kemaskini 22 Nov 2011: audio panduan khusyuk solat dalam kuliah kitab tuntunan ibadat ke 6 dan 7)

(more…)


Bukan Sahaja Shahrizat, Menteri Lain Pun Mesti Bertanggungjawab

15-11-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

lembuIsu Projek Fidlot Kebangsaan, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berkaitan dengannya didedahkan oleh Rafizi Ramli. Tahniah buat orang Bukit Kuang, Kemaman ni. Ia suatu pendedahan yang berani. Bukan tuduhan palsu, fitnah tetapi lengkap dengan segala butirannya. Isunya bukan kerana nama orang yang terlibat itu Shahrizat, tetapi isunya adalah penyalahgunaan kuasa dan peruntukan wang awam yang jumlahnya jutaan ringgit oleh mereka yang berkuasa.

Bung Mokhtar beri pandangan bahawa Shahrizat mesti letak jawatan. Ia menjadi liabiliti kepada kerajaan BN. Saya berpandangan bukan sahaja Shahrizat mesti letak jawatan, beberapa Menteri lain juga mesti bertanggungjawab meletakkan jawatan jika benar berlaku penyelewengan dalam isu ini-Menteri Pertanian, Timbalan PM dan PM sendiri. Tak mungkin perkara ini tiada dalam pengetahuan PM dan Timbalan PM. Kalau ada maruah, anda semua perlu letak jawatan.

(more…)


DS HJ Najib Ikut Tak Kursus Haji?

15-11-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Buku Panduan Ibadat HajiIsu haji yang ditunaikan oleh Perdana Menteri Malaysia DS HJ Najib belum selesai. Ingat bila raya haji dah selesai dan para jemaah haji pun mula meninggalkan  Mekah dan Madinah, isu hajinya selesai. Mufti Perlis pernah melahirkan rasa terkejutnya kerana dikatakan PM sudah selesai haji sedangkan masih ada rukun/wajib haji (?) yang belum selesai.  Penasihat agama jawab tapi kelihatan isunya belum selesai. Saya pun tak pasti apa yang belum selesai, rukun haji atau wajib haji.

Cuma yang saya ingin bertanya ialah adakah DS Hj Najib telah mengikuti siri kursus haji yang sepatutnya dilalui oleh orang kebanyakan sebelum menunaikan fardhu haji? Kalau sudah, tak sepatutnya isu haji selesai atau belum selesai. Kalau tak ingat ilmu yang dipelajari dalam siri kursus tu, penasihat agama ada. Penasihat mesti memberi nasihat yang baik kepada PM, bukan sahaja dalam isu haji tetapi juga dalam isu lain, termasuk pemborosan PM dan isteri dalam perbelanjaan mereka, samada duit yang ditabung semenjak kecil atau duit negara. Ibarat kata ulama muda UMNO- penuh hikmah dan slow talk, berbisik di telinga PM. Beranikah?

(more…)


Mesir Tutup Piramid 11.11.2011

11-11-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

pyramid CheopsHari ini 11.11.2011. Ramai mengambil kesempatan tarikh unik ini untuk membuat pelbagai upacara dan aktiviti. Ia melibatkan seluruh dunia. Bahkan angka 1 dan 11 dan yang sepertinya menjadi ‘angka keramat’ bagi sesetengah umat Islam sendiri. (Bubarkah Parlimen 11.11.2011?) Namun di Mesir, Piramid Besar Cheops yang menempatkan kubur Firaun Khufu ditutup kerana dikatakan sekelompok manusia akan membuat upacara kerohanian yang pelik sempena tarikh unik hari ini 11.11.2011 jam 11.1. Piramid Cheops dibina oleh Firaun Khufu sekitar 2560 SM adalah antara piramid tertua dan terbesar. Ketinggiannya 136 m dengan sisi 229 m. Ia terdiri dari 2 juta blok batu.

(more…)


Tugas Pertama DS HJ Najib Pulangkan Royalti Minyak

10-11-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

royalti minyak KelantanHari ini 11 Nov 2011. Tanggal 12 Nov 1975 Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak memberikan jawapan kepada Lim Kit Siang dalam parlimen mengenai royalti minyak. Jawapan itu boleh dilihat pada poster di sebelah yang dihadiahkan oleh pihak kerajaan Kelantan kepada PM Malaysia sekarang, DS HJ Najib yang merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Malangnya jawaban Najib dalam Parlimen tentang royalti minyak Kelantan menyanggahi apa yang dijawab bapanya.

DS HJ Najib baharu pulang dari Mekah menunaikan haji. Orang balik haji yang dipanggil Pak Haji ni biasanya orang baik, atau orang mahu menjadi baik. Lepas lihat Kaabah, lepas tawaf, lepas saie, lepas wukuf di Arafah, lepas minum air zam-zam sepatutnya ada perubahan positif yang berlaku.

Dalam konteks seorang Perdana Menteri, perubahan yang berlaku antaranya perubahan sikap dan pandangan terhadap hak royalti Kelantan. Apatah lagi poster yang dibawa itu pula bukan setakat poster orang biasa, bukan poster orang Myanmar atau Kemboja di Seri Bandi atau Sungai Miang tetapi poster ayahandanya sendiri.

(more…)


Sumber Haram Halang Haji Mabrur

09-11-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

haji mabrurJemaah haji sedang menyelesaikan ibadat haji mereka. Hampir 3 juta umat Islam setiap tahun menunaikan ibadat haji. Usai kerja haji mereka dan pulang ke tanahair, diucapkan kepada mereka: ‘Moga haji anda mabrur.’ Doa itu baik. Sebagaimana doa yang diucap di waktu yang lain ‘Taqabbalallahu minkum‘ (Moga Allah terima amalan kamu).

Tapi adakah haji  dan amalan itu sebenar-benarnya diterima Allah? Terima tak terima hanya diketahui oleh Allah dan Dia membalasnya. Tapi tanda terima itu ada. Solat yang sebenar boleh mencegah perkara keji dan munkar. Puasa yang sebenar boleh menghasilkan taqwa. Haji yang BERSIH boleh menjadi mabrur.

Di antara tanda haji mabrur, ia berubah menjadi lebih baik. Dari tak menutup aurat kepada menutup aurat. Dari menentang perjuangan Islam kepada menyokong perjuangan Islam. Dari menggunakan seni untuk fasiq kepada menggunakan seni sebagai wasilah dakwah. Dari sekat royalti kepada beri royalti. Dari boros kepada jimat. Dari beramal dengan rasuah kepada membanteras rasuah. Pendekata dari segala sifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Dari jiwa yang kotor kepada jiwa yang BERSIH.

(more…)


Pahala Berjihad Mengatasi Makmurkan Masjid al-Haram

04-11-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

Taubah ayat 19Jemaah haji bergerak ke Arafah hari ini (Sabtu 5 Nov 201). Mereka akan berwukuf dan menyelesaikan amalan haji mereka. Ibadat haji difardhukan sekali seumur hidup. Haji tetap mempunyai kelebihan. Menguruskan jemaah haji juga mempunyai kelebihan. Namun sekiranya dibandingkan di antara memakmurkan Masjid al-Haram dan memberi minum haji sahaja dengan mereka yang beriman dan berjihad, maka kelebihan tetap berada kepada golongan kedua. Di zaman Nabi SAW, perselisihan tentang isu ini berlaku seperti di dalam hadis di bawah.

Imam Muslim, Ibn Hibban dan Abu Daud mengeluarkan daripada anNukman bin Basyir, katanya: ‘Aku duduk di sisi mimbar Rasulullah SAW dalam kumpulan beberapa orang para sahabat. Seorang darinya berkata: ‘Aku tak kisah. Selepas Islam aku mahu beri minum jemaah haji sahaja.’  Kata yang lain: ‘Bahkan aku mahu mengimarahkan Masjid al-Haram.’ Kata yang lain: ‘Bahkan berjihad fi Sabilillah itulah yang lebih baik dari apa yang kamu sebutkan.’ Umar melarang mereka. Katanya: ‘Kamu jangan angkat tinggi suara  kamu di sisi mimbar Rasulullah SAW -Hari itu hari Jumaat-tetapi aku akan solat Jumaat, masuk kepada Nabi dan aku bertanya kepadanya tentang apa yang kamu perselisihkan. Lalu turun ayat 19 surah atTaubah. Huraian perkara ini dalam khutbah saya di Masjid Pasir Minal seperti berikut:

khutbah Jumaat 4 Nov 2011 pahala berjihad atasi memakmurkan masjid al-haram (1033)


Khutbah Eid al-Adha 1432H

03-11-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Cadangan Teks Khutbah | Tiada Komen

Eid al-AdhaBersama ini disertakan khutbah Eid al-Adha 1432H dari Masjid Rusila. Bagi para khatib boleh download di sini.

Sinopsis: Nabi Ibrahim mesti dicontohi, bukan sahaja dalam ujian yang dihadapi tetapi juga seluruh hidupnya untuk Allah. Ibadah haji yang diwarisi daripada Nabi Ibrahim juga mempunyai peranan yang besar.

khutbah Eid al-Adha 1432H (1279)


UMNO T’ganu ‘Brainwash’ Guru Dgn Peralat Jab. Pljrn T’ganu?

02-11-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 5 Comments

jpntDifahamkan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) telah menganjurkan kursus-kursus kepartian UMNO/BN dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT). Guru-guru termasuk Pengetua dan Guru Besar telah diwajibkan mengikuti kursus-kursus JPNT dengan kerjasama APMT. Dipercayai bahawa pembiayaan kursus ini disalurkan oleh AMPT. Tajuk kursus seolah-olah untuk meningkatkan profesionalisme guru tetapi isi kandungan kursus itu sebenarnya lebih banyak menjurus kepada ‘brainwash politik’.

Wajarkah sebuah agensi peringkat negeri mengganggu kakitangan awam persekutuan? Para petadbir sekolah dan guru-guru terpaksa meninggalkan sekolah berhari-hari dan bersiri-siri semata-mata kerana agenda politik kotor UMNO. Kursus diadakan di Melaka , Langkawi dan kini beralih tempat ke Gambang Resort, Kuantan.

Wajarkah wang rakyat negeri Terengganu dijadikan modal untuk mendapat pulangan politik kepada pihak UMNO?

(more…)


« Older Entries   Newer Entries »