Arkib » 2011

Bekas Hakim Mati, PM Mati, Kita Semua Mati!

30-12-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

deathAkhbar melaporkan bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia. Saya juga baharu sahaja kembali dari menziarahi kaum keluarga yang meninggal di Kuala Terengganu. Makcik itu pulang dari solat Subuh di surau. Menyiapkan makanan pagi anak-anak dan cucu. Rasa pening, jatuh. Anak mengajar mengucap syahadah. Dalam perjalanan ke hospital, ia meninggal. Mudah benar untuk seorang itu meninggal. Anaknya menyebut ‘baru lagi dengar suara mak riuh siapkan makanan pagi, sekarang sudah di dalam kubur..’

Ya, setiap dari kita akan mati. Ajal maut tidak mengira siapa kita: bekas hakim kah kita (hakim ada 3 kategori), PM kah kita, Menteri kah kita, Exco kah kita, ustaz kah kita.. Tiada lagi kah kah kah. Tiada lagi harta. Tiada lagi kekuasaan dan kebesaran. Yang ada ialah bekalan dan amalan. Baik dibalas baik. Jahat dibalas jahat. Saya tidak mahu menghukum sesiapa, tetapi Allah tetap membalas manusia tanpa dizalimi sedikitpun. Bagi mereka yang punya matahati, kematian menginsafkan mereka dan menjadikan mereka sedar erti hidup yang sebenar. Inilah yang difahami dengan sebenarnya oleh para Nabi dan rasul, para sahabat dan salafussoleh. Bagi mereka yang keras hati, leka dan lalai dalam dunia hiburan melampau, berbangga dengan pangkat, kedudukan, kuasa dan harta, akan terus hidup buat sementara waktu sebelum mereka juga akan tersentak di alam barzakh nanti.

(more…)


Sambung Belajar Peringkat Diploma Di KUIZM

28-12-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 6 Comments

KUIZMKepada mereka yang mempunyai anak, saudara-mara, kenalan atau diri sendiri yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat Diploma, KUIZM menawarkan sesuatu. Saya panjangkan surat dari pihak KUIZM untuk makluman dan tindakan:

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) telah beroperasi sejak September 2010 lalu akan menerima kemasukan baru pada Februari 2012. Sehubungan dengan itu, pihak KUIZM amat mengalu-alukan pelajar-pelajar lepasan 4 thanawi, SMU/SMA, SPM, STAM, pelajar tahfiz yang telah tamat hafalan 30 Juzu’ Al-Quran dan yang berkelayakan untuk menyambung pengajian dalam dua bidang yang ditawarkan iaitu DIPLOMA MUAMALAT & KEWANGAN ISLAM dan DIPLOMA DAKWAH & KOMUNIKASI.

(more…)


Santai: Tafsirkan 2 Gambar Ini

21-12-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Gaya Salam UmnoNFC


Isu Dr Hassan & Ust Nasha: Antara Istiqamah & Berhikmah

18-12-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Hasan Ali dan Nasharudin Mat IsaHamba tidaklah mahu menulis sebuah warkah

Buat pimpinan pusat yang lebih mengetahui benar dan salah

Cuma sedikit pandangan dari ahli jemaah

Disampaikan dalam sebuah madah

.

Hamba kenal Dr Hasan & Ust Nasha dahulunya sebagai mereka yang tabah

Pernah ke kerusi Naib dan Timbalan masing-masing dalam hirarki jemaah

Ia adalah taklif, bukan tashrif, itulah yang sentiasa dipesan dalam ceramah dan usrah

Oleh mereka berdua dalam pelbagai program menjadi panel dan penceramah

.

(more…)


‘Surat Terbuka Kpd Orang Melayu’: Keprihatinan Presiden PAS

13-12-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

DSTG HHPresiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menulis sepucuk surat terbuka kepada orang Melayu. Ia tersiar dalam laman rasmi Presiden PAS sendiri, Harakah edisi cetak dan lain-lain medium. Intipatinya berkisar tentang sifat Islam yang dibawa oleh Nabi SAW, bentuk asas perjuangan yang sebenar, kekuatan Arab dan Melayu dengan Islam, runtuh dan rosaknya perjuangan berdasarkan kebangsaan, kesan perjuangan Melayu yang salah kepada keadaan politik, ekonomi, sosial negara dan lain-lain serta umat dan bangsa yang mesti diselamatkan. Ia bukan sepucuk surat yang bersifat politik begitu sahaja. Ia sepucuk surat dari seorang Presiden sebuah parti dan gerakan Islam yang majoritinya Melayu yang disegani di peringkat tempatan dan antarabangsa. Ia ditujukan kepada semua orang Melayu, khususnya pendokong pekat kebangsaan Melayu di kalangan ahli dan pemimpin Umno.

pdf: surat terbuka kpd org Melayu (1419))

(more…)


Hudud: Penasihat Agama MB Pening, MB Lagi Bingung

07-12-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 1 Komen

JudiIsu hudud dikatakan menjadikan Sidang DUN Terengganu tegang. Ia dikatakan ekoran jawapan wakil kerajaan Khazan Che Mat terhadap soalan DSTG Presiden PAS. Wakil kerajaan ni belajar di Jordan. Saya di Universiti Yarmouk, Irbid ketika itu dan beliau di Universiti Jordan di Amman. Saya tak kenal sangat, cuma pernah dengar nama. Mereka yang belajar di Univ Jordan ketika itu lebih mengenali beliau. Bidang pun saya tak pasti-Linguistik atau Syariah. Yang pasti, bila berjuang dalam UMNO/BN, maka ilmu agama pun boleh hilang.

Saya juga kenal YB Ramli Noh. Di UKM pernah menjadi SU IPU (Islam Penyelamat Ummah), membimbit beg besar memberikan ceramah tentang perjuangan Islam. Sayang bila masuk UMNO/BN, ilmu agama larut dalam kepekatan jahiliah kebangsaan UMNO.

(more…)


Tiada Apa Yg Diharapkan Dari Perhimpunan Agung UMNO

04-12-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

umnoSaya tak sempat mengikuti keseluruhan perjalanan PA UMNO. Ada 3 sebab. Pertama, saya bukan ahli UMNO, Alhamdulillah. Kedua, saya agak sibuk dengan urusan peribadi, keluarga, menyampaikan ilmu dan parti. Ketiga, saya sudah terlalu lama hilang harapan dan kepercayaan kepada UMNO dan pemimpin UMNO bagi menjaga agama, bangsa dan negara. Ada sahabat lama yang menjadi tetamu kepada Perhimpunan Agung UMNO menulis tentang ‘harapan’. Ada harapan dari UMNO? Track record menunjukkan ada sedikit jasa yang dibuat oleh UMNO, tetapi kerosakan, kebinasaan dan kemusnahan kepada sistem politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain menunjukkan ia lebih banyak. Saya memberi komentar ringkas-samada perkara besar atau kecil- dalam perkara berikut dari apa yang sempat saya ikuti dari Perhimpunan Agung UMNO kali ini:

1. Penggulungan Najib yang kosong

2.Doa Muhyidin lintang-pukang barisnya

3.Ulama muda UMNO jangan jadi pengampu

4.Ucapan Shahrizat emosional, bukan menjawab secara rasional

5. Rosnah bukan berucap, tapi bertempik

6. Perwakilan UMNO  yang 2×5 dengan pemimpinnya

(more…)


Ijtimak PRU 13 PAS Kemaman Kumpul Lebih 400 Petugas

03-12-2011 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | 1 Komen

Dato Hj Mustafa Ali rasmi Ijtimak PRU 13 PAS KemamanPAS Kawasan Kemaman mengadakan Ijtimak Pilihanraya Umum ke 13 pada hari ini 3 Dis 2011 di Taman Islam, Kemaman. Ia dibuat selepas Jabatan Pilihanraya PAS Kemaman mengadakan lawatan ke UPU dan Bilik Gerakan di setiap DUN di dalam kawasan Kemaman dalam tempoh sebelumnya.

Setiausaha Agung PAS Dato’ Hj Mustafa Ali merasmikan Ijtimak tersebut. Didahului dengan ucapan YDP PAS Kemaman, Tuan Hj Ismail Harun dan Timbalan P’jaya 1 BPPNT Ustaz Saiful Bahri Mamat. Fokus semua ucapan berkaitan pilihanraya dan isu politik semasa berdasarkan pengalaman lalu dan menghadapi PRU ke 13 akan datang. Ijtimak PRU 13 ini berjaya menghimpunkan lebih 400 petugas pelbagai peringkat dari semua 4 DUN dalam Parlimen Kemaman. Ia diharap dapat menjadi pemangkin terbaik menjelang PRU ke 13 yang bakal menjelang.

artikel berkaitan dari web DPPKK:

(more…)



Barzakh, Azab/Nikmat Kubur, Munkar Nakir

01-12-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | 1 Komen

alam barzakh(kemaskini kuliah) Barzakh dari segi bahasa bererti sempadan 2 perkara. Dari segi syarak bererti perkara di antara kematian dan hari kiamat, atau perkara di antara dunia dan akhirat. Mereka di alam barzakh tidak seperti penduduk dunia, tidak juga seperti ahli akhirat yang dibalas amalannya dalam syurga atau neraka. Dalam kuliah ini saya jelaskan tentang alam barzakh, dalil adanya azab dan nikmat kubur serta keadaannya, soal kubur dan Malaikat Munkar Nakir

001 barzakh, azab kubur (795) , 002 azab kubur (557) ,

003 soal Munkar Nakir (564) ,  004 soal Munkar Nakir (534) ,

005 Munkar Nakir (500) , 006 kubur lubang neraka atau taman syurga (554) , 007 huraian alam kubur (512) , 008 kebangkitan balik (508) ,


« Older Entries