BN Yg Sediakan Suasana Kondusif Utk Buang Bayi
26-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 1 Komen
Wajarkah semua masalah berlaku dalam negara diletakkan di atas bahu kerajaan yang memerintah? Mungkin ada yang berkata, ia keterlaluan. Semua pihak sepatutnya mengambil tanggungjawab. Saya setuju. Tapi saya juga meyakini kata-kata Saidina Usman ‘Sesungguhnya ada perkara yang boleh dibuat oleh kuasa, perkara yang tidak boleh dibuat oleh Quran’. Saya juga faham bahawa ‘Rakyat menurut agama pemerintah’ dan tentunya mafhum ayat al-Quran ‘Mereka yang Kami berikan kuasa…antaranya menyuruh perkara yang baik, melarang mungkar’.
Dalam konteks Malaysia sekarang, BN telah memerintah Malaysia lebih 50 tahun. Dari lambang kapal layar hingga lambang alat penimbang usang. Kalau di negara lain, pemerintah bertukar tanpa sempat mereka menebang semua balak di hutan dan menyedut semua minyak dalam bumi. Di Malaysia, hanya BN itukah yang mampu mentadbir negara ini? (more…)









