Arkib » June, 2010

Kalau guru gatal, murid miang

30-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 4 Comments

guru gatal murid miangSatu berita menyebut tentang Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan. Pengisinya antaranya Mawi (bukan Mavi). Lalu disertakan beberapa keping gambar yang menunjukkan seronok dan terujanya para guru mengambil gambar bersama Mawi.

Peribahasa Melayu lama menyebut guru kencing berdiri, murid kencing berlari, bapa borek anak rintik dan lain-lain. Ia bukan rekaan tapi kebijaksanaan orang Melayu dahulu dalam membuat perumpamaan atau simpulan bahasa. Tepat sekali. Mungkin peribahasa baharu yang saya reka ‘guru gatal, murid miang’ agak kurang beradab sedikit bunyinya. Tapi, bukankah sesuai dengan dunia kini termasuk dunia perguruan yang sudah mula hilang adab juga? (more…)


6 soalan ulama muda masuk UMNO

28-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 7 Comments

ulama terperangkap masuk UMNOUlama muda masuk UMNO? Bila pula UMNO minat dengan istilah ulama muda? Yang baharu dengar program imam muda. Kalau ada istilah ulama muda atau pelapis, maka ia lahir dalam PAS kebelakangan ini. Ada beberapa persoalan di kepala saya yang perlu dijawab oleh mereka yang tahu:

1. Asalnya 100 orang, turun 40, kemudian yang hadir hanya 16 orang. Mengapa angka makin turun?

(more…)


Simbol Musuh Islam Dalam Piala Dunia, Olimpik & AJL24

20-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 3 Comments

illuminatiAllah mengingatkan kita supaya sentiasa memohon jalan lurus, menjauhkan dari jalan murka dan sesat. Allah juga mengingatkan kita tentang agenda musuh Islam sepanjang zaman. Dalam keghairahan ramai yang menonton bolasepak Piala Dunia sekarang, mungkin tidak ramai yang sedar tentang kewujudan simbol-simbol musuh Islam pada bola atau iklannya. Demikian juga dalam program AJL 24 yang lepas. Illuminati dan Freemason adalah subtopik-subtopik apabila kita membicarakan makar musuh ini. Hati-hati mereka yang demam bolasepak, jangan sampai masuk ‘wad’. Bagi yang ada imuniti dan antibodi iman, insyaAllah, hanya sedikit selesema sahaja, tak sampai demam. Semacam jugalah bagi kaki hibur.Faham-fahamkan ayat ini.

petikan bahan berkaitan:

(more…)


Setahun Usia Portal Ini

20-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 2 Comments

kekharijadiHari semalam 19 Jun genap setahun Masihi usia portal ini semenjak artikel pertama dikirim pada 19.6.2009. Alhamdulillah, keinginan mempunyai portal kelolaan sendiri termasuk berkuliah dan upload sendiri menurut apa yang diingini tercapai. Tiada maksud popular atau glamour insyaAllah. Yang penting al-amr bilmakruf wannahyu an almungkar direalisasikan melalui bahan-bahan bertulis, bergambar dan bersuara. Al-jihadu maadhin ila yaumilQiamah. Sehingga ke hari ini sudah diposting 231 bahan, dengan 392 komen (mungkin tidak sebanyak portal/web/blog orang lain, tetapi Alhamdulillah komen-komen bermanfaat). Kuliah dalam bentuk audio melengkapi pelbagai  kitab merangkumi Aqidah Tauhid, Fiqh, Tasauf, Tafsir surah-surah terpilih, Hadis, khutbah Jumaat dan lain-lain. Dalam simpanan netbook saya sekarang, masih ada ratusan kuliah yang belum sempat diuploadkan. Himpunan semua kuliah itu sekitar 20GB. Sesiapa yang berminat, boleh berikan pendrive. Apa-apapun hubungi saya.


Rejab Bulan Palestin

18-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

support palestinDi antara peristiwa penting di bulan ini ialah Isra’ Mikraj. Pelbagai pengajaran boleh diambil darinya. Di antara yang penting tetapi jarang disingkapi dengan wajar ialah hubungkait Isra’ Mikraj dengan isu Palestin. Ketika kecil-kecil dahulu, ustaz atau tok guru berkata: ‘Bulan Rejab dah masuk. Kita baca Isra..’ Lalu disebut peristiwa-peristikwa yang dilalui Nabi Muhammad SAW tanpa dihubungkaitkan dengan hikmah dan falsafah di sebaliknya. Masa itu telah lama berlalu. Ramai ustaz, penceramah kini yang menghuraikan Isra’ Mikraj dan bulan Rejab dan falsafahnya termasuk kaitannya dengan bumi Palestin itu sendiri. Dr Fadl Hasan Abas, seorang ahli akademik pakar ilmu tafsir berasal dari Palestin, matanya buta, hatinya tidak, menulis sebuah buku berjodol Nafahat Min al-Isra wal Mikraj. Di antara kupasannya menyebut Isra’ Mikraj ialah hari Palestin. Kita tidak perlu menunggu akhir Rejab untuk menyambut hari Palestin ini. Saya sendiri telah menyampaikan kuliah khusus berkaitan Palestin seawal 4 Rejab kali ini.

Rejab Bulan Palestin 1 (135)2 (80)powerpoint (153)

kupasan dari kitab nafahat min al-Isra wal mikraj: 1 (82)2 (67)

khutbah Jumaat Ust Ridhuan Md Nor, exco DPPP Masjid Pasir Minal (111) (more…)


Jamil Khir, Belajarlah Sesuatu Dari Hasan Shukri

15-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

solatjenazahustazhasanDi antara makmum solat jenazah almarhum Ustaz Hasan Shukri ialah Dato Seri Jamil Khir Baharom. Terima kasih kerana sudi datang ziarah dan solat jenazah. Namun dalam tazkirah ringkas ini, saya nasihatkan Jamil Khir belajar sesuatu dari almarhum. Paling tidak istiqamahnya beliau dalam perjuangan menegakkan Islam. Kalau mahu mencari populariti, kemewahan, barangkali sudah lama almarhum ustaz Hasan Shukri melakukan demikian. Ruang cukup banyak dalam UMNO kalau mahu diambil, tetapi beliau tetap memilih bersama PAS, sedari awal kehidupan hingga ke saat akhir hidupnya. Masa masih ada Dato Seri.


Setuju Judi: Masih Ada Waktu Dr M Ambil BA Syariah

15-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

judiBNMantan Perdana Menteri, Dr M dilaporkan setuju dengan pemberian lesen judi sukan. Beliau juga menyifatkan bantahan pembangkang dalam isu judi bukan kerana agama tetapi politik. Tun! Tun! Ingatkan umur ke hujung makin baik dan cuba fahami Islam, rupanya masih seperti dahulu. Sedikit pembaharuan ialah baru sekarang tahu jahatnya Yahudi.

Dahulu, kalau tak silap, beliaulah yang membawa masuk pasukan kriket negara haram Israel ke Malaysia, kononnya nak beri faham kepada mereka. Tun ada tanya pandangan bekas penasihat agama Tun dahulu sebelum beri pandangan ini? Atau ia hanya semata-mata datang dari akal ‘bijak’ Tun sahaja.

Judi tetap judi, walau apa namanya. PAS bukan hanya menolak judi sukan, bahkan semua judi ditolak. (more…)


Ustaz Hasan Shukri: Perginya Seorang ‘Arkib’

15-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

hassanshukriKetika mendengar berita kematian Ustaz Hasan Shukri dari panggilan telefon YDP PAS Kemaman (yang kebetulan saya di Johor kerana majlis kahwin adik ipar), saya terus terfikir untuk mengabadikan sebuah artikel ringkas buatnya dalam portal. Tajuk yang saya terfikir ialah seperti di atas. Ketika itu belum lihat internet. Apabila pagi ini (Selasa) saya melayari harakahdaily.net, tajuk berita yang keluar ialah ‘Ustaz Hasan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS’ seperti yang disifatkan oleh DS TG Presiden. Kebetulan atau tidak, tetapi itulah yang saya terfikir. (more…)


Tabung Jihad ‘Anti-Rokok’

09-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 1 Komen

kesan rokokBuat saudara yang merokok, berapa ringgit saudara habiskan sehari untuk rokok saudara? Kalau sekotak harganya RM10 dan saudara boleh habiskan sekotak sehari, bererti belanja seminggu untuk rokok sahaja ialah RM10 x 7= RM70. Mungkin kurang dari itu. Katalah RM30 sahaja seminggu untuk rokok. Kalau dipindahkan kepada Tabung Jihad-untuk Palestin, dana PRU13, Maahd tahfiz, masjid dan lain-lain kan sudah boleh diisi dengan mudah paling kurang RM20 seminggu? Saudara hanya perlu jihad melawan hawanafsu dengan menolak keinginan kepada asap sahaja. Kalau masih belum mampu menolak asap walaupun sudah digertak dengan gambar ngeri di kotak rokok, bacalah petikan artikel di bawah, mudah-mudahan terfikir untuk meninggalkan rokok dan ketagihannya. (more…)


Khutbah Jumaat: Isu Misi Bantuan Kemanusiaan Ke GAZA

04-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Lifeline_4_GazaSaya menyampaikan khutbah Jumaat hari ini di sebuah masjid. Isu di atas menjadi perbincangan. Beberapa pengajaran boleh diambil:

1. Permusuhan Yahudi kepada orang Islam sudah disebut dalam al-Quran dan dimaklumi.

2.  isunya sejagat, namun umat Islam sepatutnya paling layak cakna tentang isu ini-aqidah , perjuangan yang sama.

3. umat Islam mesti melakukan sesuatu-doa, sumbang wang/tenaga, boikot produk ada kepentingan Yahudi dll.

4. Bagi perokok, saya cadangkan dalam khutbah kedua, mereka convert RM utk rokok kpd tabung utk jihad.

khutbah berkaitan: khutbah isu misi ke GAZA (89)

kemaskini (9.6.2010) email dari Ulama Pelapis isu berkaitan: teks khutbah Jumaat isu Palestin (57)


« Older Entries