Mulut: ‘Celaka Yahudi!’, Tgn Bantu Yahudi
31-05-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 1 Komen
Tragedi terbaharu di perairan antarabangsa di luar pantai GAZA dalam isu serangan ke atas kapal misi keamanan ke GAZA membuktikan tentera Yahudi dan negara haram Israel tidak pernah peduli tentang undang-undang dan kemanusiaan. Lantas semua mengutuk kekejaman komando tentera Yahudi itu. Dan sememangnya mereka layak dikutuk. Allah telah menyifatkan lebih awal dalam al-Fatihah yang kita baca dalam solat terutamanya golongan ini sebagai ‘almaghthubialaihim..’ mereka yang dimurkai. Dimurkai kerana segala bentuk kedurjanaan tindak-tanduk mereka sepanjang zaman. Adakah Allah mahu kita ‘mencelakakan’ mereka sahaja atau lebih dari itu? Selain mulut yang mengutuk mereka, tangan mesti membuktikan bahawa ucapan mulut dan tangan mesti selari. Apa erti kalau mulut berbuih mengutuk kekejaman Yahudi, tangan bergelumang dengan produk Yahudi, bantu ekonomi Yahudi, panggil syarikat APCO bantu naikkan imej, berperangai macam Yahudi dan berakhlak seperti Yahudi. (more…)










