Kembara Ilmu 13: Kenali Nuh Haamim Keller melalui Sheikh Nuh
30-04-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 6 Comments
Saya mengenali seorang Amerika muslim yang tinggal di Jordan. Beliau berkahwin dengan wanita Australia. Nuh Haamim Keller barangkali mengambil namanya dari nama Sheikh Nuh Ali Salman al-Qudha. Saya ke rumahnya di Amman sekitar tahun 1992-96. Tidak kenal secara mendalam tetapi baik. Beliau cenderung kepada sufi dan tarikat. Saya ada membaca karyanya Reliance of The Traveller, terjemahan dari Umdah asSalik. Saya pernah mengesyorkan kitab ini kepada seorang wanita Papua New Guinea yang berkahwin dengan lelaki Malaysia yang datang belajar Islam dengan saya. Beliau juga menulis kitab kecil menceritakan tentang bagaimana beliau tertarik kepada Islam. Kefahamannya tentang Islam agak baik. Beliau juga kenal baik dengan Sheikh Nuh sendiri yang pernah menjadi gurunya. Tentang Nuh Haamim Keller, hanya setakat ini. Siri Kembara Ilmu insyaAllah bersambung..









