18-02-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 2 Comments
Kelahiran Rasulullah adalah peristiwa besar, bukan sahaja untuk manusia tetapi alam seluruhnya. Menjadi kelaziman di banyak tempat, pelbagai program disusun sempena menyambut MaulidurRasul-perarakan, ceramah, kuliah, majlis selawat dan lain-lain. Maksud darinya ialah membesarkan Baginda SAW. Cuma penghayatan dan perkara yang lebih penting dari semua itu ialah akhirnya menuruti segala jejak langkah dan ajaran yang dibawa Nabi, termasuk menegakkan Islam dalam bentuk negara yang telah dibangunkan oleh Baginda SAW. Jangan sampai terkeliru dan tertipu. Kita berselawat, memegang sepanduk, berarak tetapi sayang dan malang jika kita ditahan dari minum di telaga Kauthar, mendapat Syafaat Baginda dan berada dekat dengannya di Akhirat nanti. Mengapa demikian? Ada tujuan dari MaulidurRasul itu yang kita pinggirkan.
kuliah (audio) hari ini- Jgn Sampai Nabi Tak Ngaku Umat’: 1 (148), 2 (112)