Arkib » January, 2010

Kembara Ilmu 10: Pengikut al-Arqam jumpa Sheikh Nuh

28-01-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 4 Comments

nuh ali(Kembara Ilmu 9) Cerita bersama Sheikh Nuh agak banyak nampaknya. Memang sepanjang saya berada di Jordan, saya agak rapat dengan beliau. Biasa ke rumahnya. Bergaul seperti anaknya. Menadah kitab, mendengar ceramah, khutbah Jumaat dan kuliahnya di Univ Yarmouk. Naik kereta bersamanya, polis dan tentera di jalan cukup menghormatinya.

Kali ini kisah beberapa orang pengikut ustaz Ashaari Muhammad, pengasas al-Arqam menemui Sheikh Nuh. Pada satu hari, sekitar jam 6 pagi, seperti biasa saya ke masjid Sheikh Nuh di hadapan rumahnya di Eidoun untuk mengaji kitab, ketika itu kitab Iidhah al-Qawaid al-Fiqhiyyah. (more…)


Projek Misi Perdana de’Everest 2011 RM2.5 juta membazir, canggah ‘rakyat diutamakan’

28-01-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 2 Comments

Everest_North_Face_toward_Base_Camp_Tibet_Luca_Galuzzi_2006Bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Dr Khalid Yunus berkata, Projek Misi Perdana de’Everest 2011 yang menelan belanja RM2.5 juta mendapat restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka melancarkannya secara rasmi pada April ini. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyempurnakan majlis pra-pelancaran Projek Misi Perdana de’EVEREST 2011 di sini.

Saya tak pasti sama ada peruntukan untuk menakluk puncak Everest ini datang dari kerajaan atau swasta. Kalau dari kerajaan, ia adalah duit rakyat yang dibazirkan. Tiada rakyat Malaysia yang mendiami puncak Everest yang boleh menikmati apa-apa manfaat dari rekreasi sukan itu. Kalau datang dari swasta, ia juga membazir. Alangkah moleknya kalau ia digunakan untuk projek yang boleh dikecap rakyat teramai. Allah ingatkan ‘Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan.’ (more…)


Huraian Ayat Kursi

26-01-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 5 Comments

wood_kursi_med_ovalMasyarakat Melayu Islam mengagungkan ayat kursi. Hampir di setiap buah rumah, pejabat dan kedai yang menggantungkan ayat dan surah al-Quran tidak mengecualikan ayat kursi. Ia ditulis dalam pelbagai tulisan khat, dengan latarbelakang frame yang bermacam jenis. Ia disangkut di dinding, dijadikan perhiasan, cenderahati dan bacaan di banyak tempat dan suasana. Soalnya, anda tahu dan fahami kandungan ayat kursi itu? Saya menghuraikan ayat kursi ini dalam satu majlis ilmu, dikongsikan untuk anda juga. Moga bermanfaat.

1 ayat kursi 26 jan 10

2 hadis kelebihan ayat kursi 26 jan 10

3 huraian ayat kursi 26 jan 10

(yang akhir diedit sedikit, insyaAllah upload kemudian)


Kembara Ilmu 9: Sheikh Nuh: ‘Saintis sepatutnya orang paling awal beriman’

25-01-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 1 Komen

islamia-sains-islam1Dalam siri Kembara Ilmu 8 lepas, saya ceritakan kisah Mufti Jordan, Sheikh Nuh yang menegur seorang khatib berkhutbah Jumaat di masjidnya dengan membaca hadis palsu.

Sheikh Nuh juga ada menceritakan kepada saya bahawa dia baik dengan Dr Ishak Farhan. Katanya, Dr Ishak Farhan dahulunya (mungkin semasa belajar atau selepasnya) pernah menjadi naqib usrah kepadanya. Dr Ishak Farhan ialah antara pimpinan al-Ikhwan al-Muslimun di Jordan. Walaupun Sheikh Nuh tidak terlibat secara formal dan langsung di dalam gerakan Ikhwan tetapi beliau baik dengan ramai pemimpin Ikhwan. ( Contoh seperti inilah yang diikuti. Walaupun punya manhaj sendiri yang dipegang tetapi ukhuwwah, persahabatan dan kenal mana lawan, mana teman).  (more…)


Buat Pengerusi SPR dan Ketua PJ SPRM: Jgn pasang bendera besar BN di punggung anda!

24-01-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 2 Comments

bendera BNDi antara agensi kerajaan yang penting ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).  SPR bukan sahaja mengendalikan proses pilihanraya, bahkan ia juga akan memberi kesan untuk sepenggal berikutnya terhadap kewujudan kerajaan baru selepas setiap pilihanraya. Kerajaan baru memandu rakyat dan negara ke arah matlamat yang tertentu. Kalau kerajaan yang ditubuhkan selepas pilihanraya itu kerajaan yang mahukan Islam, maka Islamlah negara. Kalau jahat kerajaan yang ditubuhkan, jahatlah ia terhadap rakyat dan negara untuk sepenggal.
(more…)


Perancangan Barat memandulkan Islam

24-01-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

baratSeorang penulis Islam mencatat beberapa perkara yang dilakukan Barat bagi melompangkan Islam (saya ubah memandulkan). Ada 5 perkara yang disebut:

1. Masjid tanpa menara

2. Perempuan tanpa hijab

3. Gerakan Islam tanpa matlamat satukan ummah

4. Program Islam tanpa negara melampaui sempadan

5. Ucapan tentang Islam tanpa perlaksanaan.

Saya jadikan ia bahan khutbah Jumaat Masjid Kg Pasir Minal 22 Jan 2010:

khutbah-prncgn barat memandulkan islam 22 jan 10


Fiqh Masyarakat Bukan Islam Perlu Wacana Lebih Luas

21-01-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 2 Comments

Dr WahbahSaya puji usaha Persatuan Ulama Malaysia Selangor yang mengambil inisiatif menganjurkan Simposium Masyarakat Bukan Islam baru-baru ini. Ucaptamanya disampaikan oleh Prof Dr Wahbah azZuhaily, ulama terkenal dari Syria. Islam adalah addeen (cara hidup) yang cakna semua aspek hidup dan menjamin semua golongan yang berada di bawah naungannya. Tamadun Islam pernah menguasai dua pertiga dunia dalam sejarahnya yang hebat. Bukan Islam mendapat keadilan di bawah pemerintahan Islam. Dunia kini sangat memerlukan Islam, bukan sahaja bagi menjamin umat Islam, bahkan semua manusia dan alam.

(more…)


Al-Mawaidz al-Badi’ah (Pengajaran yang indah)

20-01-2010 | Kategori Artikel: Koleksi Ceramah Audio Video | Tiada Komen

Kitab ini dicetak bersama kitab al-Muhimmah. Ia dikarang oleh seorang ulama, as-Sheikh Abdul Rauf Fansuri Acheh. Ia mengumpulkan Hadis-Hadis Qudsi, Hadis Nabi SAW, perkataan ulama dan hukama.

1 mqdmh mawaiz badi’ah 20 jan 10

(more…)


Cium Pipi: Tegurlah isteri PM dahulu!

19-01-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 3 Comments

rosmah-salman-khanSeorang artis dikenali sebagai Black ditegur TV3 kerana aksinya mencium pipi artis perempuan lain, kononnya dianggap ibu sendiri. Isu ini kelihatan kecil dan remeh. Mungkin ada yang berkata itu hal peribadi. Ia tidak pula menjejaskan keselamatan negara atau kedatangan pelabur asing. Tetapi sebenarnya jika dibiarkan ia menjadi suatu fenomena biasa dan kemudiannya menjadi budaya yang asalnya asing dalam masyarakat Melayu Islam, maka ia boleh merebak lebih dari itu. Lepas cium pipi menjadi kebiasaan, cium bibir pula. Lepas itu berpelukan. Aksi yang lebih jauh dari itu secara terang-terang akan menjadi biasa. (more…)


Bersungguh Perjuangkan Islam

17-01-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

islam will dominate the worldIslam agama benar dari Allah. Janji syurga dan segala kenikmatannya bagi orang yang memperjuangkan agamanya bukan palsu. Kalau mereka yang sesat mencari Tuhan boleh bersungguh dalam perjuangan batil mereka, kalau syaitan yang telah dijanji Allah dengan neraka boleh bersungguh mengajak manusia supaya sama-sama sesat sepertinya, mengapa umat Islam yang beragama benar, diberi janji yang benar oleh Allah dengan kemenangan di dunia dan akhirat tidak berusaha menegakkan agamanya ini sungguh-sungguh?

khtbh-bersungguh perjuangkan islam 15 jan 10


« Older Entries