Arkib » 2010

Pengalaman Peribadi Mengenali Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti

10-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 2 Comments

ramadhan-alboutiProf Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti hafizallahu Taala masih ada peluang menziarahi Malaysia dalam usianya yang sudah begitu lanjut. Ilmunya melaut. Ucapannya hebat. Karyanya banyak. Sumbangannya kepada dunia Islam tidak kurang dari sumbangan cendekiawan Islam yang lain seperti Dr Wahbah az-Zuhaily dan Dr Yusof al-Qaradawi. Cara sumbangan dan bergerak mungkin berbeza tetapi mereka adalah di antara ilmuan Islam tersohor semasa. Saya mengenali nama beliau dari bukunya Fiqh Sirah ketika buku tersebut diterjemah ke dalam bahasa Melayu semenjak begitu lama. (more…)


Kepimpinan Ulama Telah Berjasa Dan Tetap Relevan

09-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

02kepimpinanIjtimak ulama dan ulama pelapis anjuran Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu yang diadakan pada 1 Muharram 1432H, Selasa 7 Disember 2010 di Markaz PAS Kuala Ibai berjaya mengumpulkan hampir 300 kehadiran peserta. Mereka adalah para ustaz dan ulama pelapis di bawah 40 tahun, ulama teras dan muslimat yang menggabungkan peringkat kawasan dan muslimat dari lepasan pengajian Islam. Ucapan aluan pengarah program yang juga Timbalan Ketua DUPNT, Ustaz Abu Bakar Abdullah menyebutkan beberapa perkara, di antaranya mengingatkan peserta dengan cubaan untuk meminggirkan kepimpinan ulama. Ucaptama oleh Ketua DUPNT, Dato’ Ustaz Haji Husin bin Awang. Saya sempat membuat beberapa catatan ringkas dari ucapannya: (more…)


Harga RON95 Diselaras: Kami Tetap Teguh Sokong BN!

04-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

rakyat digantung di tali minyakApabila diumumkan kenaikan RON95 bersama 3 lagi keperluan asas rakyat yang lain, saya yakin bahawa ia dibuat selepas dikaji benar-benar oleh pihak kerajaan. Kerajaan BN adalah kerajaan rakyat, berjuang untuk rakyat, slogan ‘rakyat diutamakan’ bukan retorik tetapi memang BN mengutamakan rakyat. Kerajaan BN sangat-sangat prihatin dengan nasib rakyat, kerana itulah kerajaan bersedia menyelaraskan harga petrol RON95, diesel, gas dan gula. Kami sebagai rakyat yang setia kepada negara dan kerajaan yang memerintah tidak akan berganjak dari terus menyokong kerajaan BN yang terus mengambil berat bebanan hidup rakyat selama ini. Bukankah BN terus berkuasa di Malaysia? Ini membuktikan bahawa rakyat terus menyokong BN. Parti pembangkang pula memang hanya suka membangkang, walaupun apa yang dibuat oleh kerajaan adalah dengan hasrat yang sangat murni untuk membantu rakyat. Oleh itu, kenaikan harga 4 barangan ini, kami sebagai rakyat Malaysia, yakin akan memberikan kebaikan yang sangat besar kepada rakyat. Kalau anda masih tidak percaya bahawa semua ini memberikan manfaat untuk rakyat marhaen seperti saya, bacalah artikel di bawah: (more…)


Sempena Ijtimak Ulama & Ulama Pelapis DUPNT: Lulusan Agama! Mari Berjuang Bersama Kami

27-11-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 1 Komen

tokguru jubliemasDewan Ulama PAS Terengganu insyaAllah akan menganjurkan Ijtimak Ulama & Ulama Pelapis pada hari Selasa 7 Disember 2010 (1 Muharram 1432H) di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai mulai 9 pagi hingga ke petang. Program diisi dengan ucaptama, pembentangan kertaskerja dan dialog oleh pimpinan ulama peringkat pusat/negeri. Saya mewakili Lajnah Ulama Pelapis DUPNT sangat-sangat mengharapkan agar ulama pelapis terutama di bawah 40 tahun dari kalangan lulusan agama luar dan dalam negeri untuk bersama-sama kami dalam Ijtimak ini, bahkan dalam perjuangan ini.  Saya teringat ketika Tuan Hj Muhamad bin Sabu merasmikan salah satu Mesyuarat Agung PAS Kemaman menyebut: ‘Kalau berjalan di pasar malam di Gombak, dicampak batu ke belakang, ia akan jatuh ke atas kepala ustaz.’ Ia kinayah dari ramainya para ustaz dan ulama sekitar Gombak barangkali. Graduan saban tahun tamat pengajian dari pelbagai fakulti pengajian Islam pula bagaimana? (more…)



Al-Fiqh al-Manhaji: Wakaf, Wasiat, Faraid (bil. ke 66) Selesai

23-11-2010 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | 9 Comments

fiqh manhaji jilid 5 wakaf wasiat faraidJilid ke 5 kitab al-Fiqh al-Manhaji (Fiqh Mazhab Shafie) menyentuh hukum hakam Wakaf, Wasiat dan Faraid. Kuliah secara mingguan ini adalah penerusan kepada jilid yang sebelumnya mengenai Undang-Undang Kekeluargaan.

Wakaf:

001 definisi wakaf (888) , 002 dalil disyariatkan wakaf (695) ,

003 dalil syariat wakaf, Umar wakaf tanah Khaibar (595) , 004 komentar Imam Nawawi hadis Umar wakafkan tanah Khaibar (558) ,

005 hikmah wakaf (632) ,006 syarat pewakaf (621) ,

007 wakaf pesakit nazak (588) ,  008 wakaf orang kafir (563) ,

009 pemerintah wakaf harta BaitulMal (545) , 010 wakaf alih (549) ,

011 wakaf musya', syarat penerima (585) , 012 wakaf kpd org kafir (564) , 013 syarat penerima wakaf khusus (515) ,

(more…)


Menara Jam DiRaja Mekah: Tanda Kiamat Di Tepi Kaabah

18-11-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 15 Comments

menara besar MekahApabila melihat pembangunan yang sangat hebat di sekitar Mekah, saya terfikir: ‘Apa agaknya kata Nabi Ibrahim melihat pembangunan sehebat itu. Ketika Allah memerintahkan Nabi Ibrahim meletakkan Ismail dan Hajar di lembah yang tiada tumbuh-tumbuhan, tanam-tanaman dan binaan, juga ketika Allah memerintahkan Baginda berdua membina Kaabah dan menyeru manusia mengerjakan haji, Nabi Ibrahim taat sahaja walaupun di fikiran mungkin tertanya-tanya siapakah yang mendengar seruannya dan apakah yang bakal berlaku di Mekah ribuan tahun kemudian. Saya juga teringat dengan jawapan Nabi Muhammad SAW kepada Jibril yang berupa sebagai lelaki segak dalam hadis Islam, Iman, Ihsan ketika Jibril bertanya Nabi tentang Kiamat. Lantas Nabi hanya menyebutkan tanda-tanda Kiamat kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui bila berlakunya Kiamat. Yang menarik dari pelbagai tanda Kiamat itu-kecil dan besarnya, Nabi Muhammad SAW menyebut: ‘..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.’ SubhanAllah! Nabi sebut satu tanda Kiamat dalam keadaan Mekah masih terlalu daif dan naif fizikalnya. Itulah mukjizat. Itulah tanda Kiamat. Dan itulah yang bakal kita lihat. (more…)


Haji: Bukan Ibadah Ritual Sahaja Tapi Masuknya Islam Ke Yathrib

17-11-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

musim haji dan kemenangan islamMusim haji bukan sahaja disibukkan dengan urusan menunaikan ibadat haji, tetapi dalam sejarah Islam telah digunakan oleh Nabi SAW untuk menyebarkan Islam ke Yathrib. Dalam kitab al-Madinah al-Munawwarah: Fajr al-Islam wa al-Asr ar-Rashidi j 1 ms 100-102 disebut Islam masuk ke Yathrib melalui 5 peringkat dan ia mula berlaku di musim haji. Peringkat-peringkat itu ialah:

khutbah Eid al-Adha 1431H (544) (more…)


Parti ‘Pokko’ Dan ‘Perut’ Tak Layak Perintah Negara

14-11-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

DSTG rasmi seminar PAS ganti UMNOSeminar ‘PAS Sedia Ganti UMNO’ pada pagi Sabtu (13 Nov 2010), Auditorium Bandaraya Shah Alam dimulakan dengan ucaptama DSTG Haji Abdul Hadi Awang. Diikuti pembentangan kertaskerja Ustaz Idris Ahmad ‘PAS Ganti UMNO: Rasional Dan Tindakan’. Dato’ Kamarudin Jaffar membentangkan kertaskerja ‘UMNO Dan Krisis Ketuanan Melayu’. Forum menampilkan 2 ahli panel dari luar PAS, Prof Madya Dr Shaharudin Badarudin dan Ghazali Mayudin. Penutup oleh YB Ust Nasarudin Mat Isa. Ucapan DSTG dimulakan dengan ayat di mana janji Allah untuk memberi kemenangan kepada umat Islam yang berjuang dan peluang memerintah, serta ciri-ciri pemerintah itu yang menunaikan solat dan mengeluarkan zakat iaitu menjaga hubungan dengan Allah dan manusia. (more…)


Masjid Selamat Dalam Tsunami Di Mentawai

09-11-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 2 Comments

masjid mentawai selamatTsunami adalah makhluk Allah. Kejadiannya ditentukan oleh Allah. Masjid adalah rumah Allah. Manusia menundukkan dahinya di situ. Tidak ada makhluk di langit dan di bumi melainkan tunduk kepada Allah. Justeru, tsunami yang berlaku di Mentawai yang meranapkan rumah-rumah tetap meninggalkan rumah Allah masih berdiri tegap. SubhanAllah! Allah sahaja yang Maha Mengetahui Hikmahnya. Tsunami di Acheh dahulupun demikian. (more…)


« Older Entries   Newer Entries »