Arkib » 2010

Sambutan Tahun Baharu: ‘Musim Mengawan’ Tiba & Dewa Janus

30-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 1 Komen

2011Serba-salah. Jika ustaz dan ulama melarang menyambut tahun baharu dikatakan jumud, ekstrim. Bila dikatakan kalau nak sambut tak payahlah konsert haram, cukup dengan solat hajat atau baca Yaasin dikatakan Nabi tidak buat. Kalau dikatakan, sambutlah kerana ia adalah sebagai satu semangat kenegaraan, maka akhirnya apabila bayi dibuang, masalah remaja kronik, yang menerima penangan ialah ulama lalu dikatakan: ‘Apa yang ulama buat?’ Namun, seperti sudah satu budaya saban tahun, sambutan tahun baharu mesti diadakan. Kalau tak dibuat, ‘berdosa’ kepada negara agaknya. (more…)


Sebarkan Buku Jingga Pakatan Rakyat Sekarang

25-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 1 Komen

buku jinggaSaya sendiri telah download Buku Jingga Pakatan Rakyat (2026) dan telah emailkan kepada semua nama yang ada dalam akaun email. Anda juga mesti lakukan demikian. Biar rakyat tahu bahawa bukan BN sahaja yang mampu memerintah negara. 5 negeri di bawah Pakatan Rakyat sekarang buktinya. Kelantan sudah 20 tahun diperintah PAS. Terengganu akhir 1999-2004 menjadi contoh juga.

Tawaran dalam Buku Jingga bukan dongeng, bukan memancing undi untuk seorang mendapatkan hasratnya menjadi PM, tetapi komitmen satu pakatan badan politik yang sudah muak dan mual dengan kezaliman, penindasan, pengkhianatan amanah, pembaziran, pemborosan pemerintah BN yang ada.

BN mesti diganti. Justru, cara paling mudah ialah perkenalkan mereka dengan cadangan program PR melalui Buku Jingga ini bahawa alternatif kepada BN tetap ada. Jangan rakyat ingat bahawa hanya BN yang boleh memerintah Malaysia. Di luarnegara, parti pemerintah saling bertukar. Mengapa dalam Malaysia disangka hanya BN boleh memerintah? (more…)


Memori Tsunami: Bukan Sekadar Rempuhan Air

25-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

masjid arrahmah ketika tsunami6 tahun sudah berlalu. Memori Tsunami tetap dalam ingatan. Bagi orang mukmin, ia menjadi iktibar dalam kehidupan. Dengan air, Nabi Nuh diselamatkan dalam bahtera. Dengan air, Firaun yang mengaku Tuhan dan simbol pemerintah zalim itu dibinasakan. (Firaun boleh hilang kuasa, takkan BN tak boleh?) Dengan air, manusia berdemonstrasi menuntut tidak dinaikkan tarif air. Dengan air juga Allah membuat perumpamaan hakikat hidup yang sementara dan mengingatkan manusia tentang Akhirat yang kekal. Justru, upaya dan sisa hidup mestilah digunakan bagi menunaikan tanggungjawab khilafah, amanah dan ibadah kepada Allah. khutbah Jumaat 24 Dis 2010: Iktibar Tsunami (570)

(more…)


Orang Kampung Tahu Tak Cara PM & Isteri Belanja?

24-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

konvensyen pakatan rakyat ke 2Apabila Pakatan Rakyat menawarkan tawaran menarik kepada rakyat jika diberi kuasa memerintah, dikatakan belanja itu akan memufliskan negara. PM kata tak realistik. Apa yang tak muflis dan yang realistik? Apabila dilihat pula angka-angka perbelanjaan (baca: PEMBOROSAN) dalam atau luarnegeri PM dan isteri (atas portfolio apa?), ia menggambarkan kerakusan nafsu yang sangat gelojoh tanpa taqwa. Menggunakan kuasa eksekutif tertinggi bagi menghabiskan sebanyak mungkin wang negara dan rakyat. Lawatan perlu. sidang perlu, projek pembangunan perlu tetapi dengan jumlah yang dihabiskan agak tak masuk akal. Kebobrokan yang selepas satu didedahkan, lain pula yang datang namun adakah fakta angka-angka ini diketahui oleh rakyat terutamanya orang kampung dan anak muda? Kempen kesedaran bermaklumat inilah yang barangkali perlu difikir agar maklumat angka dan fakta ini sampai kepada sasaran dan bila rakyat bangkit, BN akan sakit. Bila rakyat berubah, BN akan rebah. (more…)


Ulangtahun ke 23 HAMAS: Kami Meneruskan Perjuangan

21-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

ismail haniyyaHAMAS menyambut ulangtahun ke 23 penubuhan dan perjuangannya. Ia terus menekankan perjuangan yang mesti diteruskan. Ia didahului oleh perjuangan pengasasnya Sheikh Ahmad Yaasin, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan mereka yang telah mendahului syahid seperti Dr Ibrahim al-Muqadamah, Solah Syahadah, Jamal Mansur, Jamal Salim, Yahya Ayyasy dan lain-lain. Pemimpin utama, Ismail Haniyya mennggegarkan pentas dengan ucapan bersemangatnya. Sempena sambutan ulangtahun ini, satu kenyataan rasmi HAMAS dikeluarkan mengandungi 10 perkara. Saya terjemahkan secara ringkas: (more…)


Kembara Ilmu 21: Sheikhku Dr Nuh,Mufti Jordan Kembali Ke Rahmatullah

21-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 1 Komen

nuh salman al-QudhaSelepas 11 tahun meninggalkan bumi Jordan, saya teringin benar kalau dapat bertemu kembali dengan sheikh dan murabbi saya, Dr Nuh Ali Salman al-Qudha. (Pengalaman saya lebih 6 tahun bersamanya diabadikan dalam Kembara Ilmu 7 dan beberapa siri selepasnya) Dalam fikiran, dicongak-congak kalau dapat menunaikan umrah, singgah di Jordan, bertemu dan menjemputnya ke Malaysia. Di Malaysia nanti, boleh disusun pelbagai aktiviti ceramah dan lawatan untuk Sheikh Nuh. Itulah impian saya. Lagipun, tak ramai yang mengenali beliau kecuali para pelajar Malaysia yang pernah belajar di Jordan (yang cakna ilmu) atau mereka yang mengikuti perkembangan ulama Islam. Namun Allah Yang Maha Mengasihi lebih mengasihi Sheikh Nuh. Beliau kembali ke rahmatullah pada pagi Ahad 19 Dis 2010 (13 Muharram 1432) dalam usia 71 tahun  (74 tahun Hijrah) selepas menjalani pembedahan dan rawatan di Austria selama 3 bulan dan kembali ke Jordan tetapi masih dirawat di hospital di Amman. Sabtu malam Ahad saya bermimpi sedang bermain satu permainan, tiba-tiba air besar seperti Tsunami mengatasi bukit muncul. Saya bersyahadah dan azan. Air itu menerpa ke bawah saya tetapi tidak mengenai saya. Saya terjaga. Apa tafsir mimpi itu? Permainan tidur, syaitan atau apa? Ada kaitan dengan kematian itu? Wallahua’lam. rakaman solat jenazah dan pengkebumian (more…)


Ini Parlimen, Bukan Kandang

18-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

lembu tandukAlkisah, bermula suatu sembang

Bukan cerita Pekan atau Gambang

Bukan juga cerita wayang

Tapi Parlimen tempat gubal undang-undang

Apabila kuasa terhakis mula dibimbang

Pilihanraya ke 13 akan datang

Barangkali banyak kerusi akan melayang

Banyak negeri jatuh kepada pembangkang (more…)


Asyura: Saintis Buktikan Laut Merah Terbelah Utk Nabi Musa

16-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 4 Comments

moses_parting_the_red_seaDi antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah. Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube). Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa? Khutbah Jumaat 11 Muharram 1432H ulasan iktibar Asyura (594) (more…)


Pasaraya Dalam Paya Di Kijal: Mengapa Gopoh?

13-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Comments Off

pasaraya dlm payaMereka yang melalui bypass Teluk Kalong-Kijal akan merasa sangat tidak selesa dengan jalan yang bumping. Sudah beberapa kali jalan dibaiki. Teknologi apa yang dipakai di bawah jalan merentasi paya itu hingga bumping demikian? Pandangan mata tertoleh pula pada pasaraya ‘gergasi’ yang akan dibuka 16 Dis 2010. Terpampang besar tanda itu. Tiada perkataan insyaAllah, tetapi seakan-akan satu kepastian bahawa ia akan tetap dibuka 16 Dis 2010 ini.

5 gelombang banjir yang dikatakan akan melanda Terengganu masih belum kelihatan. Hujan hanya renyai-renyai sahaja setakat ini. Namun air sungai di tengah paya di tepi pasaraya yang sedang hebat disiapkan itu kelihatannya sudah penuh. Tanah di Paya Lasir, bandar baharu Kijal lebih rendah dari jalan. Risiko untuk banjir sedalam mana belum teruji. Yang penting, pasaraya itu mesti dibuka 16 Dis ini. (more…)


Siakap Senohong Gelama Ikan Duri..

10-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Menteri TipuRakyat tidak bodoh, tetapi rakyat tidak tahan dengan pemimpin cuba membodohkan rakyat. Anda baca artikel ini (3 Nov 2010). Apa berlaku 3 Disember 2010? Kalau di negara lain, menteri bermaruah dah lama letak jawatan walaupun mereka bukan beragama Islam tetapi para Menteri kita? Anda yang mengundi mereka, bukan saya.


« Older Entries