23-10-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 5 Comments
Tiba-tiba isu Muktamar Khas PAS muncul. Saya baca blog Tok Guru Nik Aziz untuk kepastian tajuk, isi dan apa yang ingin diluahkannya. Saya rasa boleh faham apa sebenarnya yang ingin diberitahu oleh Tok Guru. Cuma cara tajuk beritanya disebut di Malaysiakini agak melampau.
MCA buat AGM, UMNO buat Perhimpunan Agung, PAS mesti buat Muktamar Khas juga? Apa kewajarannya Tok Guru menulis perkara tersebut di blognya? (kalau benar beliau yang tulis). Kritikan boleh datang dari sesiapa sahaja-Prof, ahli akademik atau ahli biasa. Persepsi juga demikian.
Kepimpinan PAS baru sahaja dipilih dalam Muktamar lepas. Ahli telah memberikan mandatnya kepada kepimpinan baru. Kalau masih ada isu-isu yang belum selesai, kepimpinan di peringkat PAS Pusat mesti berusaha menyelesaikannya dengan cara terbaik, penuh hikmah, akal waras dan petunjuk dari al-Quran, Hadis mesti sentiasa di hadapan. Sebagai ahli, saya doakan moga Allah pelihara jemaah ini dan kepimpinannya.