Arkib » September, 2009

Mungkinkah ‘bulan purnama’ kelihatan di Bagan Pinang?

29-09-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 1 Komen

32hourMoon-Teluk KemangTeluk Kemang sinonim dengan tempat melihat anak bulan Ramadhan dan Syawal. Tahun-tahun kebelakangan sukar melihat anak bulan di Teluk Kemang. Mungkinkah dalam PRK N31 Bagan Pinang, pantai Teluk Kemang akan menyaksikan ‘bulan purnama’ atau masih kekal ’status quo’nya…’anak bulan tidak kelihatan di Teluk Kemang..’?

Saya ingin bersama petugas PAS Kemaman di UPU Teluk Kemang membantu berkempen. Namun oncall dan standby menanti saat isteri bersalin dalam seminggu ini menyebabkan hasrat itu terbantut.

(more…)


Berpegang kpd Islam di akhir zaman seperti genggam bara api

28-09-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 1 Komen

genggam bara apiAnas bin Malik berkata: Rasulullah SAW bersabda: ‘Sampai satu masa, orang yang sabar dalam agamanya seperti orang yang menggenggam bara api.’

Benar sabda Nabi SAW ini. Zaman ini dipenuhi fitnah dalam agama. Terkadang fitnah itu datang dari umat Islam sendiri. Fitnah terhadap agama meliputi semua aspek-ibadat, muamalat, munakahat, jinayat.

Tinggal solat kerana dunia, kerja, hiburan, kawan. Bermuamalat dengan riba-pinjaman rumah, kereta, pelajaran. Makan minum didapati melalui cara haram atau syubhah. Menutup aurat dengan sempurna terutama di kalangan wanita menjadi cukup janggal. Jarang seorang ditemui demikian-lihatlah di pasaraya atau pasar malam. Aspek jenayah dipandang serong walaupun hukum itu datang dari Allah penguasa alam. Ulama yang mengajak kembali kepada Islam ditolak mentah-mentah..

audio: berpegang islam ibarat genggam bara api 27 sep 09


Dilarang minum di kolam Kauthar kerana bersekongkol dgn penguasa zalim & penipu

28-09-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

firaunNabi SAW disediakan sebuah kolam yang sangat luas di Padang Mahsyar. Alat pencedoknya sebanyak bintang di langit. Umatnya tidak akan merasa dahaga selama-lamanya selepas meminumnya walau seteguk. Mereka kemudian akan masuk syurga. Namun ada umat Nabi yang tidak dibenarkan minum di kolam tersebut walaupun Nabi kenal mereka melalui kesan wudhuk pada anggota wudhuk. Ertinya umat Muhammad SAW ini bukannya tidak solat. Mereka tunaikan solat tetapi dihalang dari minum di kolam itu kerana beberapa faktor. Di antaranya kerana membenarkan pembohongan dan menolong penguasa/pemerintah zalim.

audio: masuk kpd pemerintah 27 sep 09

(more…)


Ma ba’da Ramadhan? (Apa selepas Ramadhan?)

25-09-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

taqwaRamadhan berlalu. Sebulan cukup pantas. 1 Syawal juga demikian. Seperti tahun-tahun sebelumnya, warisan cara beraya jahiliah berterusan. Yang gedik, yang melalak, yang tak tahu batas hukum, mereka itulah yang mendominasi dan mencorakkan hari raya kita. Bagi mukmin yang mahu membersihkan dirinya, tentu berusaha mengelakkan dari semua perkara lagha tersebut walaupun ia bukannya mudah.

Yang menguasai kita sekarang, bukan raya sahaja, ialah sistem yang tidak tunduk kepada Quran, biarpun Quran itulah yang dibaca dalam bulan Ramadhan. Justru, saya mengambil kesempatan dari semangat Ramadhan yang sentiasa mengibarkan bendera TAQWA itu mengajak sidang Jumaat dalam khutbah hari ini untuk menukar sistem jahiliah ini kepada sistem berlandaskan Quran. (audio: khutbah jumaat 6 syawal 1430H 25 sep 09)

(more…)


Salam Eid al-Fitr 1430H dari kami sekeluarga buat semua

18-09-2009 | Kategori Artikel: Galeri | 3 Comments

2hari raya puasa 1430H 027

Buat ibubapa, kaum keluarga, sahabat handai dan semua yang melayari portal ini. Semoga Allah menerima amal kita sepanjang Ramadhan ini. ‘Taqabballahu minna wa minkum’

daripada: Nik Muhammad Nasri, Julaiha dan anak-anak: Nik Nabilah Nisreen, Nik Ahmad Nawfal, Nik Ahmad Nukman, Nik Ahmad Nabil, Nik Nusaibah dan Nik Ahmad Naim.

(khutbah raya 1430H 20 sep 09 di surau Kg Jabur, Cukai, Kemaman)

Gambar-gambar terpilih:

(more…)


PAS lampaui politik, dekati golongan gelandangan KL

14-09-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

gelandanganApa itu ‘gelandangan’? Menurut Kamus Dewan, ‘bergelandangan’ bererti berkeliaran, bertualang, berjalan-jalan tanpa tujuan. Di bandar metropolitan KL, golongan ini mudah dilihat. Di sebalik tersergam indah bangunan pencakar langit, lampu-lampu bergemerlapan, masih terdapat golongan gelandangan yang dipinggirkan kerajaan BN. Bagi setengah orang, mereka adalah ’sampah’. Tapi kekadang ’sampah’ itulah yang boleh dikitar semula menjadi sesuatu yang bermanfaat.

Hati saya tersentuh membaca artikel di harakahdaily berkenaan program mendekati golongan ini terutama di akhir Ramadhan ini. Inilah sebenarnya wajah PAS, sebuah wajah yang prihatin tentang semua lapisan rakyat. Tidak seperti BN yang hanya kenal rakyat ketika perlukan undi mereka sahaja.

(more…)


Ihya Ramadhan-Syabas Untuk DPPKK

13-09-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Pemuda Perlu Berakhlak Mulia Elak Fitnah Kepada Jemaah

KEMAMAN : Para pemuda yang berada dalam Gerakan Islam perlu mempunyai akhlak yang baik. Ini kerana musuh Islam dan mereka yang bertopengkan Islam akan mencari kesalahan walau sekecil manapun untuk menggambarkan keburukan Islam. Bagi mengelakkan fitnah kepada jemaah dan Gerakan Islam para pemuda disaran menjadi ‘role model’ kepada masyarakat sekeliling.

(more…)


8 tahun selepas Peristiwa 11 Sept

11-09-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

9-11-nRamadhan tahun ini menyaksikan tarikh menarik. 21 Ramadhan bersamaan 11 Sept. Umat Islam sedang memburu lailatulqadr. Dalam masa yang sama, tarikh 11 Sept  mengingatkan kita tentang peristiwa menara berkembar di New York yang dihentam kapalterbang pada tahun 2001. Selepas peristiwa tersebut Islam dikambinghitamkan. Banyak misteri disebalik tragedi itu. Siapa perancang sebenar. Yahudikah? Atau memang ada orang Islam yang ‘ekstrim’ melakukan aksi kamikaze begitu?

Seminggu dua selepas tragedi itu, saya berkhutbah Jumaat di sebuah masjid. Antara soalan yang saya lontarkan kepada ahli jemaah ialah siapakah dalang sebenar tragedi itu? Banyak artikel yang boleh dibaca tentang peristiwa ini. Rencana di bawah dan misteri dolar Amerika juga menarik untuk dilihat.

(audio: tazkirah terawih 11 sep 09 )

(more…)


Memburu LailatulQadar, jangan ala kadar

09-09-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 2 Comments

alqadrLailatulQadar

kedatanganmu hanya sebentar

merentap hati yang gementar

kerana merinduimu tidak sabar

(kuliah berkaitan (audio):

1 buru lailatulqadar 08 sep 09

2 buru lailatulqadar 08 sep 09

1buru lailatulqadr 09 sep 09

2 buru lailatulqadr 09 sep 09 )

(more…)


Imam Shafie ditanya tentang 8 perkataan, apa dia?

07-09-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 2 Comments

al-ummImam Shafie pernah ditanya tentang 8 perkataan- wajib, terlebih wajib, pelik, terlebih pelik, payah, terlebih payah, hampir, terlebih hampir.

(Kalau ditanyakan 8 perkataan ini kepada para sarjana Islam di zaman ini yang bergelar Dr yg hebat-hebat itu agaknya apa jawapan mereka?)

Soalan ini muncul ketika kita membicarakan tentang muhasabah Ramadhan. Lebih separuh dari Ramadhan telah kita lalui. Sudahkah kita memuhasabah segala amalan yang telah ditunaikan sepanjang 2 minggu lepas?

1 muhasabah 05 sep 09

2 muhasabah 05 sep 09

(more…)


« Older Entries