Arkib » June, 2009

‘Sehari Bersama Ulama’: Tahniah untuk Masjid Kg Pasir Minal

30-06-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 1 Komen

Julung-julung kali dalam sejarahnya, terutama selepas bangunan masjidnya yang baru, Masjid Pasir Minal berjaya menganjurkan program ‘Sehari Bersama Ulama’ pada Sabtu 27 Julai 2009. Sebenarnya dalam masa yang sama di Padang Astaka, Cukai berlangsung Pekan Budaya (budaya kuning atau budaya apa?), bukan sahaja jualan tetapi funfair yang melalaikan anak-anak dan anak muda. Di saat itu, budaya kasihkan Nabi dipupuk melalui program ‘Sehari Bersama Ulama’ ini di Masjid Kg Pasir Minal. Kehadiran ramai anak-anak pondok dari Kemaman dan Kuala Terengganu memeriahkan sambutan.

(more…)


Ijtihad Politik Berani Mesti Diurus Secara Bijaksana

25-06-2009 | Kategori Artikel: Ta'liq Siasi | 1 Komen

pakatan-rakyat

BN diambang kejatuhan. Mood rakyat dalam pilihanraya kecil berpihak kepada Pakatan Rakyat. Pimpinan PR tidak lagi bercakap tentang terus menjadi pembangkang tetapi government in waiting.

Kerajaan menanti yang akan menggantikan BN mesti berbeza dari BN. PAS sebagai parti Islam dan gerakan Islam mesti mengetuai dan menjadi tunggak kepada perubahan itu. Muktamar yang baru selesai mengemukakan tema hebat ‘Islam Memimpin Perubahan’. Ia bukan sebarang tema. Tetapi tema yang perlu diisi sebaik mungkin.

Dalam masa yang sama, PAS punya peranan penting memastikan Islam terus berdaulat. Soalnya, adakah berdaulatnya Islam itu melalui kerjasama dengan Pakatan Rakyat atau dengan UMNO melalui kerajaan perpaduan? Atau mungkin ada alternatif lain lagi?

(more…)


Masyarakat perlukan bimbingan dari langit

24-06-2009 | Kategori Artikel: Tazkirah | Tiada Komen

Apabila membaca, mendengar, melihat dan mengetahui berita tentang gejala keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat-dari yang sekecil-kecilnya hingga yang paling besar-hati kecil saya sering merintih keseorangan. Terfikirkan tentang keadaan diri manusia akhir zaman ini yang begitu jauh dengan petunjuk dari langit.

(more…)


Jgn hakis ciri hizbullah PAS dgn sebab pemilihan

24-06-2009 | Kategori Artikel: Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Muktamar PAS Tahunan ke 55 akan menyaksikan pertandingan dan pemilihan. Di peringkat negeri dan kawasan ia telah selesai. Bila disebut bertanding dan memilih, maka akan ada yang menang dan tidak.

Dalam politik UMNO dan seangkatan yang sekular dengannya, kemenangan dan terpilihnya menjadi pemimpin bukan sahaja menjadi peluang memperkasa diri sendiri, tetapi yang lebih jahat ialah peluang mencantas mereka yang bertanding atau yang kalah.

(more…)



Ulama’ Muda

20-06-2009 | Kategori Artikel: Ulama' Muda | 4 Comments

Ulama’ Muda