Arkib » 2009

Salam Eid al-Adha 1430H

29-11-2009 | Kategori Artikel: Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | 2 Comments

pagi eid al-adha 1430H

Eid al-Adha kembali lagi

Antara syiarnya sembelih korban

Ucapan buat semua daripada kami

9 beranak salam kami hulurkan

—-

—-

—-

Tiada ole-ole yang boleh diberi

Selain khutbah yang disampaikan

Dengarlah saudara jika sudi

Yang baik pakat amalkan

khutbah eid al-adha 1430H 27 nov 09


Tok Guru batal haji dan Ariffahmi letak jawatan: PAS jauh bermaruah dari UMNO/BN

24-11-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 5 Comments

nik aziz edge Isu tajaan haji kepada Tok Guru Nik Aziz dan kemudian berkaitan pula dengan isu PKMB Kelantan menghiasi topik politik semasa di Kelantan. Sekonyong-konyong pula Utusan Meloya meracau lalu dikatakan Husam akan letak jawatan.

Tok Guru jujur ketika memberitahu tentang tajaan haji. Tetapi Tok Guru kena ingat bahawa beliau sekarang bukan sahaja sebagai Tok Guru tetapi MB Kelantan.

(more…)


Segeralah beramal. Apa yang ditunggu lagi?

23-11-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

selamat bermujahadahDari huraian kitab Bahr al-Mazi: Beramal ibadat itu hendaklah disegerakan sebagai persediaan bekalan Akhirat sebelum ditimpa 7 perkara ke atas diri. Nabi SAW memberikan peringatan ini di dalam sabdanya, bermaksud: ‘Segeralah beramal sebelum tibanya 7 perkara. Kamu tidak menunggu selain kefakiran yang melupakan untuk beribadat, kaya yang menyebabkan engkau melampaui batas, sakit yang merosakkan badan dan diri, tua bangka yang tidak upaya lagi, kematian yang memutuskan dari beribadat, dajjal; ia seburuk-buruk perkara yang ditunggu atau kiamat. Maka kiamat itu lebih celaka dan lebih pahit huru-haranya’ (Bahr al-Mazi  16 ms 56)


Perbandingan 3 agama besar. Islam juga menjadi pilihan

20-11-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

3 agama besarSaya diberi satu bahan perbandingan 3 agama besar-Islam, Kristian dan Yahudi oleh seorang Prof. Saya belum sempat menilai semua sekali. Cuma yang sempat saya perasan ialah tahun di Mekah dan Madinah yang tersilap. Jika ada kemusykilan, perlu ditanya kepada yang lebih mengetahui.

Islam_and_Muslims_Today[complete]


Gaji RM9 ribu sebulan tak cukup lagi?

19-11-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 3 Comments

reunion SAS84 14 Nov 2009‘Dia baru naik pangkat GM’ beritahu seorang sahabat. ‘Berapa gajinya?’ saya tanya. ‘RM9 ribu kot’. ‘Tapi isterinya kata tak cukup lagi.’ jawab sahabat itu. ‘Itu tak ada qanaah namanya, nafsu memang tak cukup.’ komen saya ringkas.

Perbualan seperti ini mungkin saudara pernah jumpa di mana-mana. Sahabat-sahabat SAS84 yang sebahagiannya sudah menjadi orang besar-CEO, GM, pegawai kanan dll pun biasa bertemu situasi ini. Atau situasi yang kena diri sendiri?

(gambar hiasan semata-mata: reunion SAS84 pada 14 nov 2009)

(more…)


Sesiapa yang menjaga dari perkara haram, dialah orang paling kuat beribadat

19-11-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

sujuddesertCatatan dari kitab Bahr al-Mazi: Bab pada menyatakan hadis yang membicarakan sesiapa takutkan segala yang diharamkan syarak, maka ia lah orang yang sekuat-kuat berbuat ibadat. (Ketahuilah kiranya ya saudaraku) Takutkan segala yang diharamkan oleh syarak itu ialah maknanya menjauh dirimu daripada mengerjakan segala yang diharamkan.

(more…)


Yahudi dan Zionisme

18-11-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

sharonfireApabila artikel saya tentang Dajjal dan pemuda bakal dibunuh Dajjal tersiar, beberapa pertanyaan lain pula menyusul. Ia berkaitan Syiah, Iran, Yahudi dan Zionisme. Perbincangan ini sebenarnya panjang. Banyak buku dan tulisan tentangnya. Dari pelbagai bahan itu saya kongsikan sebahagiannya di sini:

artikel harun yahya,  israel:menunggu ketentuan ilahi blog tentang Yahudi dan Zionisme,  Mengenali musuh antara Zionisme, Yahudi dan Bani IsraelANTARA ZIONISME DAN YAHUDI dan lain-lain


Pemuda bakal dibunuh Dajjal sudah lahir?

17-11-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 35 Comments

messiahwarDalam satu wawancara di youtube, dikatakan seorang bayi di Palestin memberi salam, kemudian memberitahu bahawa dia adalah orang yang akan dibunuh oleh Dajjal. Kemudian tidak ada lagi orang lain yang akan dapat dibunuh oleh Dajjal. Benarkah itu bayi dan bakal pemuda yang dibunuh Dajjal? (Biodata ringkas Dajjal)

Dalam hadis agak panjang tentang Dajjal, diceritakan Dajjal itu akan menemui ramai orang, mengajak semua orang menurutinya, dari satu negeri ke satu negeri. Dalam riwayat Bukhari dan beberapa riwayat lain (Fath al-Bari jilid 13 ms 145 dan selepasnya, no hadis 7132), …

(more…)


Fiqh Munakahat/ Undang2 Kekeluargaan (bilangan ke 124)

16-11-2009 | Kategori Artikel: Koleksi Audio MP3 | 13 Comments

fiqhmanhaji4Kuliah ini berdasarkan kitab fiqh mazhab Shafie (Fiqh Manhaji):

(Kuliah bil 1-11, 16 failnya besar)

Kedudukan Keluarga Dan Penjagaannya Dalam Islam

12 penekanan Islam kpd keluarga-kahwinlah 08 apr 09

13 Islam tetapkan tggjwb suami isteri 15 apr 09

(more…)


Kembara Ilmu 3: 2 tahun di Pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu, Perak

13-11-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 51 Comments

Pak Teh Keroh, PerakPencarian ilmu diteruskan lagi. Selepas mendapat pengajian asas tatabahasa Arab di Pondok Siliau, Negeri Sembilan, saya mendengar khabar tentang sebuah pondok di Pengkalan Hulu, Perak. Dahulunya dikenali sebagai Keroh, Perak. Tuan gurunya ialah Ustaz Abdul Latif. Lebih dikenali dengan Pak Teh. Selepas solat istikharah, kecenderungannya ke sana.

Saya memasuki pondok itu pada 3 Jan 1989. Pondok ini mungkin kurang dikenali ramai, tetapi apabila isu pemberian tanah oleh kerajaan Pakatan Rakyat Perak di bawah MB Perak Dato’ Seri Nizar timbul, maka nama Pondok Pak Teh tiba-tiba menjadi tersohor pula. Boleh baca antaranya:

Pondok Pak Teh,    Lawatan ke Pondok Pak Teh

Pondok Pak Teh dapat 45 hektar tanah majukan pengajian pondok

(more…)


« Older Entries   Newer Entries »