Arkib » 2009

Imam Nawawi: haloba ilmu, ahli tasauf hebat, penegur pemerintah

17-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 2 Comments

pokok besar atas maqam imam nawawiApabila saya menyelesaikan kuliah berkenaan pengarang RiadhusSalihin, iaitu Imam an-Nawawi, saya dapat merasakan kehebatan beliau dalam pelbagai aspek. Melalui kitab al-Minhaj as-Sawiy li-Tarjamah an-Nawawiy karangan Jalaluddin as-Suyuti, saya menelusuri sirah ‘ulama muda’ ini. Imam Nawawi telah menunjukkan sifat istimewa ketika masih kecil. Seorang guru tasauf ketika itu membuat telahan bahawa anak kecil ini akan menjadi pemimpin hebat di masa akan datang. Ia benar seperti yang dikata, bukan hasil dari tilikan tetapi firasat orang mukmin.

(Gambar: Ziarah Syria 1993-Pokok besar di atas maqam Imam Nawawi)

(more…)


Kembara Ilmu 5:Masuk Fakulti Syariah, Univ Yarmouk guna SPM sains

14-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 14 Comments

JordanSaya ke Jordan berbekalkan ilmu dari 3 buah pondok (Pondok Tuan Hj Ali, Kg Siliau, Rantau, N.S, Pondok Pak Teh, Pengkalan Hulu, Perak dan Pondok al-Falahiyyah, Besut, Terengganu) serta ilmu yang dipelajari dari beberapa tok guru yang lain termasuk arwah datuk. Sijil yang diterjemahkan dan digunapakai ketika itu ialah SPM. Kerajaan Jordan ketika itu tidak mengambilkira subjek Bahasa Arab untuk masuk ke universitinya. Saya mengambil peluang itu mencuba nasib di bumi Urdun.

(more…)


3 jam di alam perkahwinan, berpindah ke alam barzakh

13-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

akad nikahTakziah kepada Teh Afiffah dan keluarga serta keluarga suaminya Mohd Arif atas tragedi kemalangan suaminya yang baru sahaja selesai akad nikah di paginya dan menemui ajal di tengaharinya. ‘Azzamallahuajrakum‘ (moga Allah membesarkan pahala kamu semua). Tragedi tiada dipinta, kemalangan tidak pernah disangka, tangisan menggantikan ketawa, namun takdir mengatasi segalanya.

Pengajaran buat semua ialah bukan sukar untuk berpindah dari sebuah alam ke alam lain. Dari alam bujang ke alam perkahwinan mengambil masa beberapa saat melalui lafaz akad nikah. Dan demikianlah juga dari alam perkahwinan di alam dunia ke alam barzakh, hanya beberapa saat sahaja.

kuliah audio: 1 zuhud-byk ingat mati 13 dec 09

2 zuhud-byk ingat mati 13 dec 09

(more…)


Isteri PM suka tari, rakyat menjadi penari

10-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 2 Comments

umrahnajib

Agama dan pegangan pemerintah memberi kesan cukup kuat ke atas rakyat. ‘Rakyat menurut agama pemerintah mereka.’ Apa yang dibuat pemerintah, itulah yang diikuti rakyat. Di zaman kesultanan Melaka, rakyat bersedia menerima Islam apabila penguasa ketika itu menerima Islam. Apabila isteri PM sukakan tarian, habislah rakyat jelata ditarik dan diajak untuk menari.

(more…)


Kes Fadzil Min Bahari: Perspektif Islam

08-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 1 Komen

Fadzil dan IanDi tengah pelbagai isu politik, musim tengkujuh sehingga banjir, tiba-tiba dikejutkan dengan berita seorang Melayu Islam warga Malaysia Fadzil Min Bahari yang mengahwini seorang warga Britain Ian Young. Berita perkahwinan secara sivil mereka diberi liputan besar di akhbar London. Meneliti artikel Fatine Takut Pulang Ke Malaysia, ada beberapa isu yang menjadi persoalan:

1. Fadzil ini sebenarnya seorang lelaki, khunsa atau maknyah?

2. Adakah beliau masih Islam?

3. Apa peranan keluarganya dalam membesarkan dan mendidik beliau?

(more…)


Kembara Ilmu 4: Tok Guru Hj Najmuddin-ulama pakar 4 mazhab

07-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 17 Comments

fiqh islamiSelepas 2 tahun di Pondok Pak Teh, Keroh, Perak, saya menuju ke Pondok al-Falahiyyah, Pondok Paku, Kerandang, Besut, Terengganu untuk meneruskan pencarian ilmu. Saya ke sana bulan 11 tahun 1990.  Dengarnya Tok Guru Hj Najmuddin pakar 4 mazhab. Bukan itu sahaja ilmu usulnya juga hebat. Beliau orang Fatani. Tinggal dan belajar lama di Mekah. Mengikut katanya, dia dipuji oleh gurunya di Mekah kerana kepintaran dan kekuatan ingatannya. Arwah Tok Guru Hj Abdul Rahman Bombanj adalah sahabatnya. (artikel tentang Tok Guru Hj Abdul Rahman Bombanj insyaAllah akan ditulis kemudian).

(more…)


UNESCO iktiraf Batu Bersurat Terengganu, UMNO belum tentu iktiraf hukum di Batu itu

04-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

rais_batubersuratUNESCO (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Kebudayaan PBB) mengiktiraf Batu Bersurat Terengganu. Menteri Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan menyebut bahawa ia akan menarik minat pengkaji, penyelidik untuk membuat kajian tentang Batu Bersurat, sebagai pemangkin kedatangan pelancong, menggalakkan inisiatif pemeliharaan khazanah wrisan negara pada masa depan. Soalnya adakah Batu Bersurat bersejarah itu hanya tinggal sebagai WARISAN dan SEJARAH untuk dikaji begitu sahaja?

khutbah Jumaat Batu Bersurat 04 dec 09

(more…)


Afghanistan: Inikah bumi ‘pemuda Syuaib’ pembantu Mahdi akhir zaman?

03-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 5 Comments

afghanistanPresiden AS, Obama mengerah 34000 lagi askar AS  ke Afghanistan. Sebelum Bush dan selepas Bush, bumi Afghanistan yang jauh dari AS, tidak kena mengena dengan AS terus menjadi pertaruhan politik presidennya. Misi ketenteraan AS di Afghanistan nampaknya tidak mudah. Soviet Union pernah kecundang di bumi yang sentiasa berperang ini. Kalau ia tidak bergolak sepanas Palestin pun, setidak-tidaknya ia terus menjadi target musuh Islam.

Saya cuba-cuba mengingat pengajian hadis akhir zaman atau Hadis al-Fitan yang berkait dengan bumi Afghanistan, 14-15 tahun lepas oleh seorang pakar hadis dari Iraq, arwah Dr Walid al-Aaani, pensyarah di Universiti Yarmouk, Jordan sebelum meninggal akhir 90an.

(more…)


Kalau BTN betul, kenapa rombak modulnya?

01-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 2 Comments

biro-tatanegaraSaya pernah sertai kursus Biro Tata Negara (BTN) lebih 20 tahun lepas. Ketika itu di UKM. Kalau tak silap ingatan saya, Dr Kamarudin Kachar ada di situ. Modul, ceramah dan pengisian banyak membangkitkan sentimen memperkukuhkan ke’Melayu’an anda. Sejarah kemerdekaan, nasib anak bangsa khususnya Melayu, ekonomi Melayu..dan banyak pasal Melayulah ringkasnya diceramahkan. Maaf, di’doktrin’kan.

(more…)


Mereka sebenarnya sedang menyerang PAS, bukannya Tok Guru Nik Aziz

01-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

doa-tok-guruMedia-cetak dan TV terutamanya sedang menyerang Tok Guru Nik Aziz. Selepas isu taja haji gagal ‘kosek’ Tok Guru, demikian juga isu CEO PMBK, disusuli doa bala. Tentang doa bala itu, ia sebenarnya hanya reaksi Tok Guru terhadap tindakan Najib yang zalim. Kelantan yang sepatutnya mendapat royalti dinafikan hak tanpa ada rasa malu dan bersalah oleh Najib. Justeru, doa Tok Guru hanyalah ibarat doa orang yang dizalimi. Tok Guru bukannya senang-senang mahu mendoakan ke atas orang lain termasuk pemimpin UMNO/BN.

(more…)


« Older Entries   Newer Entries »