Arkib » 2009

Gerhana Bulan Separa Warnai Permulaan 2010. Apa petandanya?

31-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 5 Comments

gerhanaFenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini, 1 Jan 2010 (15 Muharam 1431H) bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Menurut kenyataan Jakim hari ini, gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi. “Gerhana ini dijangka berakhir pukul 5.28 pagi. Gerhana jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.

(more…)


Rihanna dibayar RM1.75j konsert Tahun Baru di UAE: Inilah bid’ah dhalalah

29-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 2 Comments

rihannaPenyanyi lagu Russian Roulette, Rihanna diarah berpakaian lebih sopan bagi persembahan konsert di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada malam sambutan Tahun Baru, Jumaat ini. Itu satu laporan akhbar tentang konsert tahun baru di UAE, sebuah negara Arab moderat yang dikurniakan Allah kekayaan tetapi antara negara Arab yang kufur ni’mat. (more…)


‘Tak boleh baca Yaasin malam Jumaat’ dan dia pun tak baca apa-apa

29-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 11 Comments

yaasin‘Ustaz, boleh baca Yaasin malam Jumaat?’ tanya seorang kepada saya. ‘Kenapa?’ tanya saya kembali. ‘Orang kata bid’ah.’ jawabnya. ‘Jadi malam Jumaat buat apa?’ balas saya. ‘Tak buat apa-apalah ustaz. Tengok tv je’, jawabnya. Anda pernah bertemu situasi ini atau dialog sepertinya? Dalam dunia moden yang ramai manusia tenggelam dalam hiburan, kelalaian, dunia yang tak beri manfaat kepada Akhirat, sekularisme yang mencengkam, hedonisme yang meratai, tiba-tiba ada orang yang memfokuskan kepada perkara furu’ yang menjadi khilaf, yang telah diselesaikan lama oleh para ulama terdahulu. (more…)


Hati-hati dengan perkataan murtad

27-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

FITNAHSaya tidaklah mahu merujuk secara khusus satu artikel yang dilulus keluar di tranungkite dan harakahdaily tentang orang Kelantan yang murtad, tetapi artikel itu hanyalah salah satu dari perkara BESAR yang perlu diberi perhatian. Walaupun perkataan /murtad itu tidak dimaksudkan dari segi syaraknya, cuma dari segi lughawinya tetapi ia bukan perkataan yang mudah-mudah untuk disebut dan ditulis begitu sahaja hanya kerana tak makan budu, tak berdialek Kelantan atau tiada kesatuan Kelantan.

(more…)


Memperbaharui Iman Di Tahun Baharu Hijrah

24-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

baharui imankuliah ini disampaikan di sebuah syarikat swasta sempena kemunculan tahun baru Hijrah. Saya sajikan dan hadiahkan (baca: rakam dan upload) untuk manfaat semua yang melayari portal saya.

1 memperbaharui iman di tahun baharu 24 dec 09

2 memperbaharui iman di tahun baharu 24 dec 09

Powerpoint presentation:

Perbaharui Iman Di Tahun Baharu Hijrah


5 tahun Tsunami: Hayati Dan Selami

23-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 1 Komen

aceh3

Sejarah 26 Dis 2004 diingati

Acheh yang dilanda Tsunami

Ombak disangka yang biasa terjadi

Rupanya air besar membawa tragedi

****

Puluhan ribu cuba menyelamatkan diri

Dari banjir melimpah ganas sekali

Masjid tak diusik hanya didekati

Hikmah hanya Allah ketahui

(more…)


Kembara Ilmu 6: Pelbagai Aliran di Jordan

23-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 2 Comments

pelbagai aliranKetika belajar di bumi Jordan, saya terdedah kepada pelbagai aliran. Aliran pemikiran, mazhab dan jemaah. Untuk jemaah, sebenarnya sudah terdedah kepada pelbagai kumpulan dakwah itu seawal 1980 di tingkatan 1 Sekolah Alam Shah, KL. Kami diperkenalkan dengan usrah umum. Tapi yang lebih khusus ialah usrah PAS. IRC ada juga cuba memikat. Tabligh pun ada. Ia berterusan sehingga ke UKM. Saya istiqamah dengan PAS. Pun baik dengan sahabat-sahabat dari jemaah lain. Untuk ilmu, sewaktu di pondok, ia tidak ketara. Aliran mainstream yang diwarisi dari jalan ulama terdahulu mewarnai suasana pembelajaran.

(more…)


Hujah TV9: Setuju dan tak setuju dgn pandangan Dr Uthman el-Muhammady

23-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 2 Comments

hujahtv9Malam tadi 2 panel dijemput dalam program Hujah, Prof Madya Dr Zaid dari UPM dan Dr Uthman el-Muhammady. Perbincangan berkisar Tamadun Islam. Dari banyak soalan, saya ingin beri komentar kepada dua soalan yang ditanya kepada Dr Uthman el-Muhammady. Pertama tentang mazhab dan Wahabi, kedua tentang kerjasama PAS-DAP, UMNO-MCA. (more…)


Bimbangkah UMNO/BN dengan Konvensyen pertama PR?

20-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 1 Komen

Konvensyen PR Saya menekuni hampir semua ucapan-dari pembukaan awal pagi hingga penutup sebelah petang Konvensyen pertama Pakatan Rakyat melalui tvselangor.com. Keseluruhan ucapan punya satu nada-harapan, keyakinan dan kesungguhan. Seakan-akan esok sudah bersedia ke Putrajaya.  Saya tertarik dengan ucapan Lim Guan Eng yang menyelitkan pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. PAS dakwahkan DAP kenal Islam. UMNO dakyahkan MCA/MIC buta Islam. Amar makruf nahi mungkar diulang. Sekali lagi saya mengajak Lim Guan Eng masuk Islam.

(more…)


Semangat Hijrah Tepati 1Malaysia: Lawak Antarabangsa Awal Muharam

19-12-2009 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

maal hijrah

Saya tidak menyangka bahawa di pagi 1 Muharram 1431H, saya akan membaca satu artikel jenaka berbentuk dakwaan (baca dakyah) iaitu ‘Semangat Hijrah menepati 1Malaysia. Bagaimana Najib boleh terfikir Hijrah itu tepati 1Malaysia, atau sepatutnya 1Malaysia yang kena tepati Hijrah? Untuk menghilangkan pening kepala dan jenaka ini, kita cuba asingkan dahulu, apa itu Hijrah dan apa itu 1 Malaysia.

1 hijrah-kenapa marhalah ini penting 17 dec 09

2 hijrah-maqam islam, iman, ihsan 17 dec 09

(more…)


« Older Entries