Kategori » Ta’liq Siasi

Presiden PAS Dan Isu Antarabangsa

25-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Tok Guru Haji HadiBerikut ini himpunan petikan ucapan dan kuliah oleh Tuan Guru Presiden PAS yang mencerna di sekitar isu umat antarabangsa. Masih banyak huraian yang seumpama tetapi yang dipilih ini adalah penerangan asas.
.
Ia boleh ditemakan sebagai “AKHIR” merujuk kepada Nabi, umat, dunia, pengganas, pembela, pertembungan dan kejadian akhir zaman. Semua ini boleh difahami sebagai satu lingkaran berputar.
.
Tajuk-tajuk kecil diberi hanyalah sekadar pembeza input dan tidak juga mengikut susunan.
.
Harapnya ia menjadi rujukan dan pemahaman untuk dikembang luas menerusi penulisan, ceramah, poster dan lain-lainnya:
.


Tugas Gerakan Islam Ialah Menyelamatkan Umat Islam

23-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Tok Guru Haji HadiSaya menghadiri pertemuan tertutup yang dibuat oleh pihak Badan Perhubungan PAS Terengganu dengan kepimpinan peringkat negeri hingga kawasan mengenai lawatan Presiden PAS ke Iran baru-baru ini, sehingga menimbulkan kekeliruan dari kalangan mereka yang selama inipun mahu mengelirukan, apatah lagi jika ada peluang untuk menghentam orang lain walaupun tanpa dalil dan bukti yang nyata.
.
Ini saya lihat dari ucapan muqaddimah oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS sendiri yang membuat penjelasan mengenai lawatannya ke Iran baru-baru ini, apabila beliau memulakan ucapannya malam itu dengan ayat al-Quran:
.
“Dan takutlah akan fitnah yang tidak menimpa kepada orang zalim sahaja di kalangan kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah itu Maha hebat siksaNya”
Al-Anfal:25
.
Ketika Allah menjemput Nabi dalam peristiwa Isra dan Mikraj, Nabi melihat manusia yang disangkut hidung dan anggotanya yang lain, hingga tembus ke belakang. Inilah kerja menyebar pembohongan hingga berita bohong itu sampai ke pelusuk dunia, terutama di zaman kecanggihan teknologi ICT sekarang.


Ustaz Hashim Jasin: Mursyid al-Am PAS ke 4

11-10-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Ustaz Hashim JasinSaya ucapkan selamat bertugas kepada Ustaz Hashim Jasin kerana pelantikan beliau memegang jawatan Mursyid Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bagi memenuhi keperkasaan kepimpinan ulama’ demi melaksanakan hasrat tertinggi daripada Perlembagaan PAS bahawa Islam adalah tertinggi berasaskan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’, Qias dan lain-lain. Mengepalai kumpulan ulama’ dan ilmuan duniawi segala lapangannya bagi memungkinkan nas dilaksanakan dengan betul dan istiqamah dengan kemampuan berijtihad dalam perkara terkini berpaksikan kesyumulan Islam.
Beliau adalah mata rantai yang masih bersambung dengan angkatan generasi awal yang menubuhkan PAS tahun 1951. Abangnya Al-Marhum Ustaz Ibrahim Yasin, pensyarah Pengajian Islam UKM merupakan salah seorang calon PAS dalam PRU 1959.

Ustaz Hashim adalah salah seorang daripada kumpulan Pelajar Asia Tenggara daripada Malaysia bersama Al-Marhum Ustaz Hasan Syukri mendapat biasiswa daripada Iraq pada masa Presiden Abdul Salam Arif yang memerintah kerajaan campuran bersama kumpulan Islam. PAS yang diberi tawaran menugaskan Al-Marhum Haji Yusof Rawa, Mursyid Am Pertama memilih pelajar daripada Malaysia. Ustaz Hashim bersama Ustaz Hasan dimasukkan dalam pilihannya. Kebetulan pula dalam kumpulan pelajar daripada Indonesia ialah Al-Marhum Abdul Rahman Wahid (Gusdor), bekas Presiden Indonesia.

(more…)


Manhaj Perjuangan PAS: ‘PAS Adalah PAS’

28-09-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Liqa Fikri PAS Terengganu 2016Kebenaran perjuangan PAS ini dengan berdasarkan ayat-ayat alQuran dan Hadis sebagai sumber rujukan tertinggi bagi seorang Islam dan dalam berorganisasi. PAS juga mengambil pengalaman gerakan Islam yang lain, tetapi diolah mengikut metod PAS, dengan mengambilkira suasana setempat dan tidak mengambil secara ‘copy paste’ sahaja seperti sebahagian individu dari gerakan lain.

Perkara ini ditegaskan oleh YB Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat di hadapan lebih 500 orang hadirin dalam program Liqa’ Fikri (Pertemuan yang bermaksud menjernihkan dan mewujudkan kesatuan pemikiran dan amal) anjuran Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu melalui Unit Liqa’ Fikri pada 23 Sept 2016 bertempat di Masjid Lama Sura, Dungun dengan tajuk: Manhaj Perjuangan PAS.

(more…)


Kerana Islam, PAS Berani Bersemuka Dengan Sesiapa

18-09-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Persatuan HokkienPagi ini, Ahad 18 Sept 2016, rakan-rakan memforwardkan gambar pertemuan dan taklimat khas pimpinan PAS dengan Persekutuan Persatuan Hokkien Malaysia. Ia diadakan susulan tindakan Persatuan Hokkien Malaysia melancarkan kempen mengumpul sejuta tandatangan daripada rakyat bagi menentang rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah, Akta Mahkamah Syariah (bidangkuasa jenayah) 1965 (Akta 355) dan Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 (Kelantan).

Menurut persatuan berkenaan, pindaan itu dikatakan akan merintis jalan supaya hukuman hudud dapat dilaksanakan di negara ini. Presidennya, Tan Sri Khoo Chai Kaa berkata, selepas 20 September, tandatangan yang dikumpulkan akan diserahkan kepada semua 222 anggota Parlimen. Berikutan kempen tersebut, Pertubuhan Pendokong dan Pencinta Ulamak (GU) atau Geng Ustaz membuat laporan polis. Mereka mendakwa tindakan tersebut adalah campur tangan melampau dan melanggar sempadan kebebasan mengamalkan aktiviti beragama yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

(more…)


Memahami Maqasid Syariah Dalam Realiti Semasa

27-08-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Liqa Fikri MaqasidSaya membuat sedikit catatan dan ringkasan intipati ucapan DSTG Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam Liqa Fikri PAS Pusat, anjuran Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Pusat pada hari Sabtu 27 Ogos 2016 di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM).

1.
“Pada hari ini, orang kafir telah putus asa (dari memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku redha Islam itu menjadi ugama untuk kamu…”
Al-Ma’idah: 3

(Gambar: Kehadiran 1100 orang. Hanya duduk di belakang di atas lantai)

2. Syukuri nikmat Islam, bahkan Islam yang lengkap.

3. Tunggak penting Islam ada 2 prinsip dan 2 konsep. 2 prinsip ialah beriman kepada Allah dan beriman kepada Akhirat. 2 konsep ialah taqwa dan Islam sebagai addin yang sempurna.

(more…)


Kongres Rakyat Terengganu, TER, Kuala Ibai: Usul Dan Rumusan (20 Ogos 2016)

21-08-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Kongres Rakyat TerengganuSaya membuat sedikit catatan terhadap usl-usul yang dibentangkan di dalam Kongres Rakyat Terengganu, TER, Kuala Ibai. 20 Ogos 2016. Ia adalah sebahagian perbahasan dan perbincangan yang sempat dicatat. Masih banyak yang perlu diketahui rakyat dan digarap dari Kongres ini. Pohon buat pembetulan jika ada yang tersilap catat.

1) Kluster Pembangunan Tanah dan Felda-Naraza Muda

Isu 1-beban hutang, tiada penyata terperinci tentang hutang peneroka. Sebagai Gen2, kami tak mahu mewarisi hutang ini. Hutang tutupkira RM169k, tak termasuk hutang sedia ada.
Cadang desak Felda kaji balik hutang. Saran kepada parti.politik letak dalam manifesto PRU yang berkait dengan hutang.
Isu 2-perumahan anak peneroka. Janji siap rumah 2017. Banyak projek rumah di banyak tempat terbengkalai. Desak kerajaan negeri supaya projek perumahan ini diteruskan.
Isu 3-ceroboh khazanah hutan-lombong, balak.
Cadang buat laporan rasmi kepada SPRM.

2) Kluster Pelancongan-Wan Adib
Riadhah dan rekreasi, pelancungan dengan konsep agama. Cadangan: antaranya perkampungan tokoh Islam silam. Sukan diperkasa.

(more…)


DSTG Presiden PAS: ‘Rahmat Islam Dirasai Apabila Politik Islam Ditegakkan’

01-08-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Ijtimak Pilihanraya PAS TerengganuSaya membuat sedikit catatan dari ucapan DSTG Presiden PAS sempena Ijtimak Pilihanraya PAS Terengganu pada hari Sabtu 30 Julai 2016. Saya kongsikan catatan itu:

“Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci. Hai orang yang beriman, sukakah kamu, aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah keuntungan yang besar.” as-Saf: 9-13

Ayat bermula dengan tajuk Islam. Islam dibawa oleh Nabi, Islam yang syumul.

Adakah kerja politik yang kita buat ini sungguh-sungguh ada kaitan dengan Islam? Jawapannya: Ya.

(more…)


Dr Rani, Dr Najiha Calon Terbaik Untuk Parlimen Sg Besar Dan Kuala Kangsar

05-06-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Dr RaniDr Najiha.

.

.

.

.

.

.

.

.

PAS mengemukakan 2 calon profesional untuk diundi dalam PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar. Hari ini (5 Jun 2016) adalah hari penamaan calon serentak. PAS bukan parti tok lebai sahaja atau para ustaz, tetapi PAS punya pemimpin dan ahli pelbagai latarbelakang. Dr Rani dan Dr Najiha adalah antara calon-calon yang sangat baik untuk rakyat.

Undi dan pilihlah mereka yang baik-baik ini dan dari parti yang mahu tegakkan Islam dan keadilan ini.


Muktamar Tahunan Kali Ini Lebih Tenang

05-06-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Amanat Presiden2Ada yang mengatakan Muktamar Tahunan PAS Kali ke 62 yang berakhir semalam sejuk, tidak panas sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Namun, saya berpendapat ia bukan sejuk tapi tenang.

(Gambar Hiasan: Amanat Presiden, malam sebelum perasmian Muktamar Tahunan kali ke 62)

Tiada lagi ‘suara-suara pelik’ kedengaran dari dalam Muktamar walaupun suara-suara itu memekik-melolong di komen-komen fb atau di dada akhbar. Tiada lagi isu-isu panas yang sepatutnya tak berlaku dalam sebuah Jemaah Islam seperti PAS berlaku-isu kebocoran keputusan mesyuarat, isu wala’ yang masih dibincang walaupun terhadap kepimpinan di atas pentas ketika itu, isu taat yang sepatutnya dihadam sudah lama dalam Jemaah.

(more…)


« Older Entries   Newer Entries »