Kategori » Ta'liq Siasi

Hati Pastor Terry Jones Sebenarnya Yang Terbakar

09-09-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Syaitan Terry JonesPada 11 Sept ini iaitu 2 Syawal 1431H, satu gereja kecil di Florida akan mengadakan “International Burn a Quran Day” dari pukul 6 p.m-9 p.m. Ia kononnya bersempena dengan Tragedi 11 Sept. Melalui facebooknya, Pastor Terry Jones menjemput semua penganut Kristian ikut serta dalam upacara penuh provokasi itu.
-
Ada beberapa komentar awal daripada saya:


PM Ingatkan Umat Islam Jangan Membazir Di Bulan Ramadhan…Ehem

11-08-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

fingerpointSempena kedatangan Ramadhan 1431H, PM membuat perutusan kepada umat Islam melalui portal 1Malaysianya. Dalam perenggan ke 15 perutusannya dicatat: ‘Di samping itu, saya ingin mengingatkan agar kita tidak melakukan pembaziran dan belanjalah secara berhemah pada bulan ini terutamanya sebelum tiba Syawal nanti. Ini bagi mengelakkan kita dari menanggung hutang dan kesusahan pada keluarga kita menjelang Aidilfitri kelak.’

Saya bersetuju 200% dengan saranan PM itu, bahkan dengan seluruh perutusan itu. Pepatah (Arab?) ada menyatakan: ‘Lihat kepada apa yang dikata, dan bukan kepada siapa yang berkata.’ Justeru, kalau melihat kepada seluruh apa yang dikata tanpa melihat siapa yang berkata, maka seperti yang saya katakan: Semuanya benar!

Tapi bila ku renung renung, ku tilik tilik, aku berkata kepada diriku: ‘Sebagai rakyat biasa, aku mesti menulis sesuatu untuk menyatakan apa yang ada dalam hatiku tentang perutusan itu’. (more…)


BN Yg Sediakan Suasana Kondusif Utk Buang Bayi

26-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 1 Komen

bayi-12Wajarkah semua masalah berlaku dalam negara diletakkan di atas bahu kerajaan yang memerintah? Mungkin ada yang berkata, ia keterlaluan. Semua pihak sepatutnya mengambil tanggungjawab. Saya setuju. Tapi saya juga meyakini kata-kata Saidina Usman ‘Sesungguhnya ada perkara yang boleh dibuat oleh kuasa, perkara yang tidak boleh dibuat oleh Quran’. Saya juga faham bahawa ‘Rakyat menurut agama pemerintah’ dan tentunya mafhum ayat al-Quran ‘Mereka yang Kami berikan kuasa…antaranya menyuruh perkara yang baik, melarang mungkar’.

Dalam konteks Malaysia sekarang, BN telah memerintah Malaysia lebih 50 tahun. Dari lambang kapal layar hingga lambang alat penimbang usang. Kalau di negara lain, pemerintah bertukar tanpa sempat mereka menebang semua balak di hutan dan menyedut semua minyak dalam bumi. Di Malaysia, hanya BN itukah yang mampu mentadbir negara ini? (more…)


Coretan Peribadi Di Muktamar PAS Ke 56

20-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

11bersama tuan ibrahim, nik zawawi dll(Event ini sudah lebih sebulan berlalu, tapi ada baiknya untuk dikongsi) Saya ke Pekan menghantar separuh jalan isteri dan anak-anak pulang ke kampung kerana urusan perkahwinan adik isteri saya. Adik ipar ambil di Pekan bawa balik ke kampung. Dari Pekan ke Kuala Terengganu mengambil seorang rakan ustaz ke muktamar, kemudian terus ke Macang, Kelantan. Perjalanan bermula seawal jam 7 petang hingga awal Subuh. Memandu seorang. Ustaz Che Harun di sebelah. Ada beberapa subtopik secara kronologi yang ingin disentuh dan dikongsi berdasarkan apa yang dilalui secara ringkas: (more…)


Petrol/Diesel Naik 5 Sen: Ratib 33x ‘Rakyat Didahulukan’

16-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

barang naik2Harga petrol RON 95/Diesel diNAIKkan 5 sen. Kesemuanya 5 bahan. Hampir semua akhbar arus perdana dan berita TV menyebut ia adalah ‘pelarasan’, bukan’ kenaikan’. Saya tertanya sendirian. Artikel terbaharu Malaysiakini menjawab teka-teki dalam kepala saya. Semuanya seperti sebuah skrip drama yang hanya diturut oleh media. Bahasa selembut (baca: seTIPU) mungkin digunakan untuk menunjukkan bahawa apa yang berlaku adalah untuk manfaat rakyat dan kebaikan negara kononnya. Rakyat bawahan tak faham ‘herotan dalam dagangan’. 3 perkara penting yang dikatakan menjadi asas penyelarasan itu benarkah demikian, atau hakikat sebenarnya ialah BN dah tak mampu urus negara lagi? Bukan sahaja politik, ekonomi bahkan seluruhnya.

poster minyak naik 1 (14)(more…)


Prof Dr Abd Aziz Bari: Hilang Yakin Kpd Sistem Di Bawah BN, Puji PAS

11-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

7pengerusiItulah yang dapat saya buat kesimpulan melalui ucapan Prof Dr Abdul Aziz Bari dalam satu majlis makan malam anjuran Jabatan Kerajaan Dan Swasta PAS Kawasan Kemaman di Suria Cherating Resort malam tadi (11 Julai 2010). Majlis ini sempena infaq Ramadhan untuk faqir miskin serta sumbangan kepada anak yatim. 2 orang lagi ahli panel ialah YB Datuk Tengku Hasan bin Tengku Omar, ADUN Ladang, Terengganu dan Ustaz Nasarudin Hasan, Ketua DPPP yang menggantikan YB Ustaz Wan Ismail bin Wan Jusoh yang tidak dapat hadir. Tajuk berkisar ‘Masadepan Malaysia- Menurut Perspektif Perundangan’. Antara intipati ucapan ketiga-tiga panel:

(more…)


6 soalan ulama muda masuk UMNO

28-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 7 Comments

ulama terperangkap masuk UMNOUlama muda masuk UMNO? Bila pula UMNO minat dengan istilah ulama muda? Yang baharu dengar program imam muda. Kalau ada istilah ulama muda atau pelapis, maka ia lahir dalam PAS kebelakangan ini. Ada beberapa persoalan di kepala saya yang perlu dijawab oleh mereka yang tahu:

1. Asalnya 100 orang, turun 40, kemudian yang hadir hanya 16 orang. Mengapa angka makin turun?

(more…)


Setuju Judi: Masih Ada Waktu Dr M Ambil BA Syariah

15-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

judiBNMantan Perdana Menteri, Dr M dilaporkan setuju dengan pemberian lesen judi sukan. Beliau juga menyifatkan bantahan pembangkang dalam isu judi bukan kerana agama tetapi politik. Tun! Tun! Ingatkan umur ke hujung makin baik dan cuba fahami Islam, rupanya masih seperti dahulu. Sedikit pembaharuan ialah baru sekarang tahu jahatnya Yahudi.

Dahulu, kalau tak silap, beliaulah yang membawa masuk pasukan kriket negara haram Israel ke Malaysia, kononnya nak beri faham kepada mereka. Tun ada tanya pandangan bekas penasihat agama Tun dahulu sebelum beri pandangan ini? Atau ia hanya semata-mata datang dari akal ‘bijak’ Tun sahaja.

Judi tetap judi, walau apa namanya. PAS bukan hanya menolak judi sukan, bahkan semua judi ditolak. (more…)


Mulut: ‘Celaka Yahudi!’, Tgn Bantu Yahudi

31-05-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 1 Komen

boikot0001Tragedi terbaharu di perairan antarabangsa di luar pantai GAZA dalam isu serangan ke atas kapal misi keamanan ke GAZA membuktikan tentera Yahudi dan negara haram Israel tidak pernah peduli tentang undang-undang dan kemanusiaan. Lantas semua mengutuk kekejaman komando tentera Yahudi itu. Dan sememangnya mereka layak dikutuk. Allah telah menyifatkan lebih awal dalam al-Fatihah yang kita baca dalam solat terutamanya golongan ini sebagai ‘almaghthubialaihim..’ mereka yang dimurkai. Dimurkai kerana segala bentuk kedurjanaan tindak-tanduk mereka sepanjang zaman. Adakah Allah mahu kita ‘mencelakakan’ mereka sahaja atau lebih dari itu? Selain mulut yang mengutuk mereka, tangan mesti membuktikan bahawa ucapan mulut dan tangan mesti selari. Apa erti kalau mulut berbuih mengutuk kekejaman Yahudi, tangan bergelumang dengan produk Yahudi, bantu ekonomi Yahudi, panggil syarikat APCO bantu naikkan imej, berperangai macam Yahudi dan berakhlak seperti Yahudi. (more…)


Menyambung Puisi Datin Seri Wan Azizah

29-05-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | 1 Komen

KakWanAzizahDalam ucapan dasar Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah pada Kongres PKR, di K.Bharu, beliau berpuisi seperti berikut:

Pabila Raja kerenah,
Pabila gundek menabur fitnah,
Pabila pembesar kurang amanah,
Pabila kepercayaan rakyat kian punah,
Itulah tandanya negara akan musnah.

Saya ingin menyambut dan menyambung puisi itu. Dengar ya:

(more…)


« Older Entries