Kategori » Umum

Salam Eid al-Fitr 1431H Buat Semua

09-09-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

eid-card-2

Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan Eid Mubarak (Selamat Hari Raya) dan TaqabbalAllahu Minna wa Minkum (Moga Allah Terima Amal Kami Dan Kamu) kepada semua kaum keluarga, sahabat handai, rakan dan teman seperjuangan serta semua yang melayari portal ini.

(InsyaAllah khutbah Eid al-Fitr saya diupload esok)


‘TV Israel Macam TV Kat Malaysia Aje!’

07-09-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

adsrayatv3Di Jordan, siaran TV negara haram Israel boleh didapati. Channel 1, 2nya jelas. Rekabentuk, set pentas untuk siaran berita, latarbelakang bilik berita, juga pentas bercahaya untuk program forum dan diskusi dan bebrapa aspek penyiaran banyak persamaan dengan sebuah stesen tv swasta yang paling awal beroperasi di Malaysia. Ketika itu RTM sudah lama ketinggalan. Saya tak tahu samada itu semua secara kebetulan atau yang uruskan di belakang tabir TV Israel dan TV swasta itu dari spesis yang sama.

TV swasta inipun sudah bertahun saya tinggalkan. Tidak ada apa sangat yang nak ditonton, termasuk buletin utamanya (ini tak masuk musim pilihanraya lagi ni). Kalau boleh ditumpang sedikit ialah Jejak Rasul dan sekerat dua program yang sepertinya. Yang lain hampeh! Hinggalah muncul iklan raya yang menjadi kontroversi baru-baru ni. Saya tak rasa ia kebetulan. Kreativiti dan imaginasi pencipta iklan itu tinggi, juga punya mesej dan minda yang sudah di’set’kan.

Analisa yang dibuat seperti  di sini mungkin agak detail dengan tafsiran-tafsiran tersendiri yang agak ‘melampau’ mata kasar yang melihat. Tapi ada logik dan kemunasabahannya. (more…)


Kembara Ilmu 19: Pemuda Arab Itu Berkata: ‘Aku Lihat! Aku Lihat!’ LailatulQadrkah?

29-08-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

lailatul qadarDi akhir Ramadhan, masjid Universiti Yarmouk penuh dengan mereka yang solat Terawih, ditambah dengan malam itu adalah malam-malam terakhir dari Ramadhan. Masjid universiti menganjurkan qiam dan tahajjud.

Pernah sekali dalam tahun akhir 90 an, sekitar pukul 2 atau 3 pagi ketika solat malam dilakukan secara berjemaah di masjid Universiti Yarmouk itu, tiba-tiba seorang pemuda Arab di saf hadapan menangis teresak-esak ketika iktidal. Selesai solat, pemuda Arab itu terus meluru menuju imam, Sheikh Ma’mun sambil berkata dengan kuat: ‘Shuftu! Shuftu’ (Aku lihat! Aku lihat!) Beliau memberitahu sesuatu kepada Sheikh Ma’mun. Saya tak tahu apa yang diberitahu. Hanya pada pagi esok saya bertemu Sheikh Ma’mun bertanyakan tentang pemuda Arab malam tadi. Sheikh Ma’mun beritahu pemuda itu nampak cahaya. Setakat itu sahaja. Soalnya cahaya apakah itu? kuliah lailatulqadr: 1 (40) , 2 (24) (more…)


21 Ogos Hari Quds Sedunia: Quds Sedang Di’Yahudi’kan

20-08-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 1 Komen

aqsa21 Ogos adalah hari Quds Sedunia. Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin tetap di dalam hati. Masjid kedua selepas Masjid al-Haram di Mekah, qiblat yang pertama dan tanah haram ketiga yang suci.

Kali ini kedatangannya beriringan dengan Ramadhan. Ramadhan ialah bulan jihad. Bumi Quds juga akan menjadi bumi jihad sepanjang sejarah. Semenjak dahulu sehingga ke akhir zaman, ia menyaksikan pelbagai pertarungan.  Pertarungan sengit antara Dajjal dan Nabi Isa juga akan berlaku di perkampungan Bait al-Lud di Bait al-Maqdis.

Quds sebenarnya sedang di’Yahudi’kan. Pelbagai aktiviti yang mengancam al-Masjid al-Aqsa sedang dilakukan. Barangkali Sheikh Dr Muhammad Mahmud Siyam yang insyaAllah akan tiba ke DarulBayan 29 Ogos ini akan menceritakan panjang lebar tentang isu ini.

mengyahudikan Quds (62)

(more…)


Siasat Salleh Grego Syaitan Jadian Hina Puasa

18-08-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Salleh Grego SyaitanSaya meminta pihak berkuasa Jabatan Agama atau yang mempunyai otoriti dengan bantuan pihak SKMM menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap seorang yang menggunakan nama Salleh Grego Samsa dan rakan facebooknya yang menghina Islam khususnya ibadat puasa yang dijalani oleh umat Islam sekarang. Gunakan peruntukan undang-undang sedia ada di dalam Enakmen Jenayah Syariah berkait dengan menghina Islam. (more…)


Kembara Ilmu 18: 7 Kali Ramadhan Di Jordan

10-08-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 2 Comments

bulan sabit penuh sebelah Masjid Raja Husein bin TalalRamadhan menjelang tiba. Sepanjang 7 tahun di Jordan, bermakna 7 kali berpuasa Ramadhan di sana. Mulai sesama pelajar bujang, hingga bersama isteri dan kemudian terpaksa berpuasa seorang kembali (kerana isteri pulang lebih awal).

Qataif antara jenis makanan yang biasanya dijual pada bulan Ramadhan. Bagi saya, nasi tidak penting. Roti boleh, yang lain-lain pun ok. Yang penting bukan makanan, tetapi penghayatan Ramadhan.

(Gambar: Bulan Sabit Sebelah Masjid Raja Husein bin Talal di Amman, Jordan)

Alhamdulillah, al-Quran sentiasa dikhatam sepanjang Ramadhan. Iman kurang, sekali khatam. Iman naik, 2 kali khatam. Fenomena menarik di Jordan ialah ramai di kalangan Arab Jordan membuka al-Quran sepanjang Ramadhan. Cuma cara membacanya tanpa berbunyi, hanya kumat-kamit. Guru saya, Sheikh Dr Nuh sentiasa mengingatkan supaya kalau baca al-Quran bukan hanya lihat (walaupun sudah dapat pahala) tetapi keluar dari mulut walaupun perlahan. (more…)


Imam Muda: Berapa Ramai Penonton?

02-08-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 2 Comments

imammudaTahniah kepada semua yang menjayakan program Imam Muda, satu penemuan dan pembaharuan dalam dunia penyiaran yang sudah begitu lama didominasi program fasiq. Ust Hasan Mahmud memang seorang yang agak kreatif, semenjak mengajar tahfiz di Pusat Islam, demikian beritahu isteri saya yang pernah belajar dengannya. Juga tahniah kepada Astro yang bersedia mengemukakan program seperti ini, walaupun program ini hanya beberapa persen program al-amr bilmakruf dalam tv. Dalamasa yang sama, sepatutnya program mungkar mula dikurang dan ditiadakan. Program realiti tv yang fasiq hanya mengundang dosa, hilang berkat, remaja yang liar dan masalah kepada seluruh institusi dalam negara. Itulah konsep Islam yang cukup jelas ’suruh yang baik, larang yang mungkar.’

Saya juga bergilir menekan dengan program majlis tilawah antarabangsa dan Akademi al-Quran malam itu. Bukankah ini menunjukkan sebenarnya media kita tidak kering idea mengadakan dan mengemukakan program yang baik? (more…)


Kembara Ilmu 17: Sambung MA: Comparative Law Atau Al-Fiqh Wa Usuluhu?

25-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

al-alBayt UnivSelesai pengajian 4 tahun peringkat sarjana muda Syariah di Univ Yarmouk, saya solat Istikharah untuk menyambung pelajaran. Ada 2 pilihan. Sarjana di UIAM dalam bidang Comparative Law. Ia dicadang oleh bapa saudara. Atau Sarjana di Univ al-alBayt, Mafraq, Jordan dalam bidang Syariah, pengkhususan Fiqh dan Usul. Ia adalah pilihan sendiri. Isteri bersama anak akan pulang ke Malaysia setelah isteri selesai belajar peringkat BA Syariah. Selepas Istikharah, kecenderungan ialah menyambung pengajian di Univ al-alBayt, Mafraq, Jordan. Masih tinggal di Irbid bersama seorang sahabat Arab yang menyambung pengajiannya peringkat Sarjana dalam bidang ekonomi di Univ Yarmouk, Irbid, Jordan. Berulang dengan bas hampir setiap hari ke Mafraq. Pemandangan yang sama sahaja setiap hari. Rumah-rumah orang Arab yang simple, sekadar tempat berteduh. Sesekali melintasi beberapa buah rumah yang kelihatan agak mewah dari yang lain. Pokok-pokok Zaitun dan pokok beriklim Mediteranean dan kawasan tanah lapang menjadi penghias pandangan mata. (more…)


Khutbah: Alignment Kiblat Dalam Dan Luar Solat

16-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

rhosdul_kiblat_kompascasa_pakarfisikaPeristiwa berpalingnya kiblat dari Bait al-Maqdis ke Kaabah adalah salah satu peristiwa penting mewarnai bulan Rejab dan Syaaban. Ayat 142-150 surah al-Baqarah menceritakan kisah ini. Yang penting ialah kesediaan iman menerima perintah Allah walaupun perubahan arah kiblat itu berlaku ketika sedang solat. ‘Dengar dan taat’ itulah slogan mukmin. Kebetulan hari ini Jumaat 16 Julai jam 5.28 petang juga adalah masa bayang matahari searah kiblat. Boleh betulkan arah kiblat (48) ketika itu. Bukan sahaja betulkan kiblat untuk solat dan ketika solat, tetapi di luar solat. Jangan berkiblatkan nafsu, Timur atau Barat dan ideologi yang datang dari Timur dan Barat .

khutbah Jumaat: alignment kiblat dalam dan luar solat (66)


(Klip-Video) Gadis Perancis Tanggal Purdah

14-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | 7 Comments

Perhimpunan Kebangsaan Perancis semalam (13 Julai 2010) meluluskan rang undang-undang yang mengharamkan pemakaian purdah di semua tempat awam. Menurut rang undang-undang tersebut, wanita yang memakai purdah atau pakaian penutup muka lain di tempat awam, bukan sahaja akan didenda sebanyak 150 Euro, malah perlu dihantar mengikuti kursus mengenai nilai kewarganegaraan Perancis. Manakala, mereka yang memaksa wanita memakai purdah, akan dipenjara setahun atau denda sebanyak 30,000 Euro.

Rang undang-undang itu akan diserahkan kepada Senat untuk dibahaskan pada September nanti dan dikuatkuasakan selepas itu. Kini, terdapat lebih 5 juta penduduk Muslim di Perancis. Bagaimanapun, hanya kira-kira 2,000 daripada mereka yang memakai purdah. Sebelum ini, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy pernah menyifatkan purdah sebagai bertentangan dengan harga diri wanita.

Klip-video di bawah menunjukkan reaksi seorang gadis Perancis perkara yang boleh dibuat oleh pemakai purdah di khalayak ramai tanpa menunjukkan muka. Saksikan. (more…)


« Older Entries