Kategori » Tazkirah

Salam MaulidurRasul 1437H: Contohi RasulAllah Dlm Beristiqamah

23-12-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Maulid 2015TINTA ULAMA ( Siri 38 ) Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (21 Disember 2015M / 9 Rabiul Awwal 1437H)

Contohi Rasulullah SAW Dalam Beristiqamah

Allah berfirman:

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang ya sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” Al-Ahzab:21)

MaulidurRasul tidak hanya meraikan sebuah kelahiran. Ia menjadi rahmat bagi sekalian alam. Muhammad SAW lahir di saat dunia dalam kegelapan segala aspek kehidupan.

Memulakan hidup sebagai kanak-kanak kecil yang sudah menampakkan kelainan. Membesar sebagai remaja yang dikenali sebagai Muhammad al-amin, satu gelaran yang tidak ditagih, tidak dibeli, tetapi sebuah pengiktirafan.

Dilantik menjadi Nabi dan Rasul membawa mesej agama akhir zaman.

(more…)


Anak PASTI, Ibubapa Tak Pasti

15-11-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

nadhirahAlhamdulillah, sambutan ibubapa terhadap PASTI sangat baik. Saat ini PASTI di seluruh negara sedang sibuk mengadakan majlis ihtifal masing-masing. Melihat kepada anak-anak, dengan pakaian labuh  bertudung nampak cantik dan sangat sopan.

Soalnya ibubapa yang membawa anak-anak itu. Kadang-kadang kelihatan seolah-olah si ibu itu yang akan buat persembahan di pentas. Kalau mahu dibincang isu aurat, konsep tabarruj (perhiasan) barangkali hanya beberapa orang ibu sahaja yang menepati kehendak sebenar Islam. Kalau markah penuh 10 barangkali hanya beberapa orang yang mendapat 8/10. Silap-silap yang gagal pun ramai. Kalau ada ustazah selebriti pun belum tentu lepas lagi.

Nabi SAW sebut tentang perempuan yang ‘kaasiaat aariaat’, berpakaian tetapi bertelanjang yang tidak mudah masuk syurga. Si suami pula yang dayyus juga sukar masuk syurga dengan sebab tidak menunjuk ajar isterinya, sedangkan si anak di pentas penuh bergaya bercerita tentang dosa pahala, syurga neraka.

Ini hanya dari sudut pakaian yang jelas di hari keraian PASTI, belum semak al-Quran ibubapa, ilmu agama dan amalan.

Biarlah pendidikan anak-anak itu kena juga tempiasnya kepada ibubapa. Al Qurannya, adabnya, pakaiannya, ilmunya dan amalannya. “Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka”.

(Gambar: Nik Naurah Nadhirah sedang membaca surah al-Mulk di hari Ihtifal PASTI)


Iktibar Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail

16-09-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

korban Gaza(kemaskini 16 Sept 2015) Eid al-Adha akan muncul. Antara syiar penting ialah sembelihan korban. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah menjadi contoh teladan hebat dalam perkara ini. Ia dicontohi oleh umat yang datang kemudian. Kita mengambil semangat dan iktibar dari peristiwa besar ini sempena kedatangan Eid al-Adha nanti.

Ikuti kuliahnya:

1 semangat korban dari nabi ibrahim 05 nov 09

2 semangat korban dari nabi ibrahim 05 nov 09

kuliah terbaharu (4 Nov 2010) : 1 (731)2 (733)

Allah berfirman, maksudnya:

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”.

(more…)


Dalam Jemaah Islam, Belajarlah Untuk Taat Dan Patuh

02-09-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

allahSaya sertakan satu artikel tulisan Hj Zainudin Abu Bakar mengenai taat dan patuh dalam gerakan Islam. Ia perkara penting dalam sebuah gerkana dan jemaah Islam. Silakan membacanya:

Sekarang ini ada segelintir ahli-ahli dan  pemimpin PAS peringkat cawangan, kawasan dan negeri yang dilihat seolah-olah berlumba-lumba mengisytiharkan mereka keluar PAS dan ada yang keterlaluan membubarkan PAS di peringkat masing- masing bagaikan PAS ini milik mutlak mereka. Mereka menganggap tanpa mereka, Pas akan berkubur.

Mereka ini tidak pernah diberikan kuasa oleh perlembagaan PAS untuk membubarkan mana-mana entiti PAS.
Anehnya, mereka tanpa segan silu dan dengan bangganya mengisytiharkan pembubaran entiti PAS diperingkat mereka.

Apakah tujuan mereka berbuat demikian? Adakah mereka hendak menyakiti kepimpinan dan ahli-ahli PAS yang setia? Adakah kerana mereka tidak faham atau mereka tidak sabar? Untuk menjawab persoalan seperti ini adalah lebih baik kita merujuk kepada Al- Quran. Di sana terdapat  banyak panduan untuk dijadikan pedoman dan sempadan.

(more…)


7 Pemimpin Akhir Zaman

20-08-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

pemimpinManusia ada yang memimpin dan dipimpin. Mereka yang memimpin sebenarnya memikul amanah besar dari Allah. Kesan pimpinannya tidak terhenti di dunia tetapi akan dibawa hingga ke akhirat. Justeru, sangat penting kita mengambil peringatan dari Nabi SAW tentang pelbagai jenis pemimpin terutama kita yang hidup di akhir zaman ini, melihat pemimpin-pemimpin negara dan dunia dengan pelbagai ragam, agar kita selamat di dunia dan di akhirat.

1. Para pemimpin sesat:

Daripada Aus, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Aku tidak takut (ujian yang akan menimpa) pada umatku, kecuali (ujian) para pemimpin sesat.” (HR. Ibnu Hibban). Sufyan as-Tsauri menggambarkan mereka dengan mengatakan: “Tidaklah kamu menemui para pemimpin sesat, kecuali kamu mengingkari mereka dengan hati, agar amal kamu tidak sia-sia.”

(more…)


Di Penghujung Ramadhan..

15-07-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 3 Comments

lailatulqadarKemunculanmu baru sahaja dirasai. Anak bulanmu seakan baru semalam ku tatapi. Solat Terawih hanya seperti baru sahaja dihadapi. Pejam celik, pejam celik, engkau sudah berada disepuluh terakhir. Begitu cepat masa berlalu. Amalan tidak banyak yang dapat dilakukan. Kelebihan-kelebihan Ramadhan masih terlalu banyak yang belum direbut.

Sahabat, bagaimana Quranmu? Bagaimana Terawihmu? Bagaimana Qiamullailmu? Bagaimana hati dan jiwamu? Bagaimana tawakkal, harap dan takutmu kepada Penciptamu?

Kalau ada perubahan ke arah yang lebih baik, Alhamdulillah. Bererti Ramadhan yang dilalui tidak sia-sia. Tetapi kalau perubahannya sedikit, bermakna masih banyak yang perlu diselesaikan. Kalau langsung dirasai tidak ada perubahan, jawabnya ada masalah besar yang sedang melanda anda wahai sahabat. Carilah di mana silapnya. Silap makankah, silap minumkah, silap mulutkah, silap hatikah?

(more…)


Besarkan Ramadhan Melebihi Hari Raya

13-07-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 1 Komen

surah alqadrRamadhan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding Hari Raya. Justru, para salafussoleh cukup gembira apabila datangnya Ramadhan, cukup dukacita apabila Ramadhan berlalu. Mereka menyambut Hari Raya pun dengan cukup sederhana. Yang penting Ramadhan telah dilalui dengan cara paling dikehendaki oleh Allah. Hati telah dibersihkan. Jiwa lebih hampir kepada Allah. Bekalan Akhirat sudah dibawa semampu mungkin.

Kita masih berada di bulan Ramadhan, dalam 10 hari terakhir. Tetapi segala moodnya telah bertukar kepada mood Hari Raya. Justru, masa ini ialah masa yang kritikal. Agar kita tidak terseleweng dari landasan syarak dalam meraikan Ramadhan dan Syawal, kita membandingkan kedua-duanya seperti di bawah:

(more…)


17 Ramadhan Nuzul Al-Quran

03-07-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

quran karim(kemaskini 17 Ramadhan 1436H/4 Julai 2015) Hari ini Jumaat 17 Ramadhan 1434 H bersamaan 26 Julai 2013. ‘Sesungguhnya Kitab Allah Tabaraka wa Taala, di dalamnya ada berita sebelum kamu, perkhabaran selepas kamu, hukum di antara kamu. Ia sungguh, bukannya gurauan. Sesiapa di kalangan orang yang sombong meningalkan al-Quran, Allah akan membalasnya. Sesiapa yang mencari petunjuk dari selain al-Quran, Allah akan menyesatkannya. Al-Quran adalah tali Allah yang teguh. Ia adalah peringatan yang penuh hikmah. Ia adalah jalan yang lurus. Al-Quran tidak dapat diselewengkan oleh hawanafsu. Lidah tidak payah menuturkan al-Quran. Ulama tidak pernah kenyang dari al-Quran. Keajaiban al-Quran tidak pernah habis. Sesiapa yang bercakap berdasarkan al-Quran, dia benar. Sesiapa yang beramal dengannya, dia diberi pahala. Sesiapa yang berhukum menggunakan al-Quran, dia adil. Sesiapa yang menyeru kepada al-Quran, dia diberi petunjuk ke jalan yang lurus.”

Saya tazkirahkan topik ini seperti di bawah:

1 huraian mengenai al-Quran (443) ,  2 huraian mengenai al-Quran (411) ,  3 huraian mengenai al-Quran (405)


‘Muliakan akalmu dengan ilmu’

05-05-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

hadis qudsi ilmuHadis qudsi ini menyebutkan kelebihan mereka yang alim, berilmu terutamanya dalam ilmu yang bermanfaat di dunia dan akhirat.

Budaya ilmu tidak menjadi budaya yang subur di kalangan masyarakat kita. Malas membaca. Malas menimba ilmu terutama ilmu akhirat. Hanya mahu enjoy, relax, santai, berhibur.

Allah memberi kita akal. Akal yang cerdik sahaja tidak memadai. Akal menjadi mulia apabila diisi dengan ilmu bermanfaat.

Muliakanlah akal kita dengan ilmu. Saya menghuraikan hadis qudsi ini di sini. (terutama pada bilangan 274-279)


Mak Wan (Wan Fatimah), berihatlah sekarang!

08-04-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 4 Comments

Mak Wan FatimahIsnin 6 Apr 2015, jam 5 ptg seperti biasa saya mengajar muslimat kitab Minhaj al-Abidin dan terjemahan al-Mukhtasar al-Mufid di sebuah rumah muslimat di Cukai.

Petang itu Mak Wan (Wan Fatimah) tak datang. Biasanya dia duduk di bahagian bertentangan dengan saya. Beliau sekelas dengan ibu saya ketika di Sekolah Al-Falah, Kemaman. Datang belajar dengan mengayuh basikal. Di mana ada ustaz/ah mengajar, di situ dia ada. Saya tak pasti banyak mana program ilmu yang diikuti, tetapi dengan keadaan usianya begitu, masih bersedia mengayuh basikal menambah ilmu.
Seorang muslimat lain beritahu, dia kemalangan pagi itu dengan sebuah pacuan 4 roda. Basikal motosikal yang baru diperolehi bertembung dengan 4×4. Tayar belakang 4×4 di atas kakinya. Saya dimaklumkan pendarahan berlaku dalam kepala, kaki patah.

(more…)


« Older Entries   Newer Entries »