Kategori » Tazkirah

Menelusuri Ayat Al-Quran Berkenaan Puasa Ramadhan

23-05-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

ramadhan 1433H(kemaskini 23 Mei 2017) Allah menyebut tentang puasa Ramadhan pada ayat 183-187 surah al-Baqarah. Ada beberapa katakunci dari ayat-ayat tersebut yang saya jadikan bahan kuliah Subuh Sabtu 4 Ramadhan 1431H. Saya kongsikan dengan pelayar portal saya sempena kedatangan Ramadhan 1438H kali ini sebagai ulangkaji. Di antaranya:

-Harapan untuk mendapat taqwa bagi orang mukmin, bukan semua orang Islam yang berpuasa

-Hubungkait ayat puasa yang mendidik tahan nafsu dengan ayat tentang Qisas pada beberapa ayat sebelumnya serta isu buang bayi.

-Islam mahukan kemudahan kepada umatnya-perintah Allah masih dalam lingkungan kemampuan manusia.

-Doa yang menjadi senjata ampuh mukmin sepanjang berpuasa dan beberapa perkara lain.

Kuliah: 1 (1142)2 (1000)


Genap Setahun Pemergian Bapa

28-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Nik Malek Nik MudaMasa begitu cepat berlalu.

Seakan bapa masih berada di sisi ibu.

Walaupun kesihatannya agak mengganggu.

Namun, ibu terus mengurus bapa dengan kasih tanpa ragu.

 

Setahun pemergian bapa yang dikasihi.

Doaku, agar bapa terus dirahmati.

Di alam barzakh, hanya mereka yang sudah tiba benar-benar mengerti.

Hakikat iman, amal soleh dan juga bakti.

 

“Wahai Tuhan! Ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan rahmati mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidikku semenjak kecil”  


Selamat Dari Kaum Dan Sistem Zalim Adalah Satu Nikmat

10-10-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

puasa-sunnah-tasua-dan-asyura-9-10-muharramPeristiwa Asyura (10 Muharram) mengingatkan kita tentang selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun, kaum dan kezalimannya, serta tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya di dalam laut yang menandakan berakhirnya sebuah pemerintahan yang zalim.

Ini ditunjukkan oleh  orang Yahudi di Yathrib yang berpuasa pada 10 Muharram. Nabi SAW tanya mereka tentang puasa tersebut. Lantas mereka beritahu bahawa pada 10 Muharram itulah Musa diselamatkan dan Firaun tenngelam, lalu mereka berpuasa sebagai tanda syukur. Nabi SAW menyebut bahawa ‘kami lebih berhak dengan Musa dari kamu’. Nabi perintah para Sahabat berpuasa 10 Muharram dan 9 Muharram supaya tidak sama dengan Yahudi.

Peristiwa di atas memberi pengajaran kepada kita dalam beberapa perkara:

(more…)


Berpuasalah 9 (Tasu’a) Dan 10 Muharram (Asyura)

07-10-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

puasa AsyuraImam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata: Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’.

Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)

artikel Laut terbelah utk Nabi Musa


Iktibar 5P Dari Peristiwa Hijrah

01-10-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Hijrah(kemaskini Ahad 1 Okt 16). Hari ini Ahad 1 Okt 2016 (1 Muharram 1438H). Kita melangkah ke tahun baharu 1438H. Saban tahun peristiwa hijrah Nabi SAW menjadi ingatan dan pengajaran. Saya kuliahkan 5 pengajaran dari peristiwa hijrah Nabi SAW dengan fokus kepada 5P:

1-Penuh Strategi

2-Pengorbanan

3-Persaudaraan

4-Positif dan pro-aktif

5-Perpindahan

5P Dari Peristiwa Hijrah Nabi SAW (748)


Haji: Madrasah Tarbiyyah Selepas Ramadhan

09-09-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

haji(kemaskini 9 Sept 2016) Ibadat haji semuanya taabbudiy, iaitu kita pasrah menerima ketentuan dan perintah Allah tanpa banyak soal. Ada juga ulama yang menyebutkan hikmah di sebalik amalan-amalan haji itu. Di antaranya seperti yang disebut dalam kitab arRaudh al-fa’iq fi al-mawaiz war-raqaiq bahawa Ibn Abbas ditanya tentang hikmah dalam amalan-amalan haji.

Katanya: Tidak ada dalam amalan haji dan perkara berkaitan dengannya melainkan ada padanya hikmah yang dalam, nikmat yang besar, berita dan rahsia yang kelu lidah mengungkapkannya. Lalu disebut beberapa amalan haji dengan melihat hikmah di sebaliknya itu: Menanggalkan pakaian biasa dan berpakaian ihram, mandi ketika ihram, Talbiah, mengambil batu di Muzdalifah, Tawaf, Wukuf di Arafah.

kuliah berkaitan: 1 (631) , 2 (648)

(juga kuliah tentang ibadat haji dari kitab Muhazzab Ihya’ Ulumiddin di bahagian kuliah audio MP3)


Deklarasi Keadilan & Persamaan Dlm Khutbah Haji Wada’ Nabi SAW

08-09-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

haji wada(kemaskini 10 Sept 2016) Umat Islam akan menyambut Eid al-Adha. Ia mengingatkan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail as dan ibadah haji yang diwarisi dari Baginda dan Nabi Muhammad SAW. Dalam khutbah sempena ibadah haji ketika berada di Arafah, Nabi Muhammad SAW membuat beberapa deklarasi dan penegasan penting yang berkait dengan keadilan, persamaan, tanggungjawab dan hak yang menjadi antara intipati penting dalam ajaran Islam yang suci ini. Khutbah ini sangat penting kerana ia berlaku pada 9 Zulhijjah, hari Arafah dengan disertai himpunan besar para Sahabah radhiAllahu anhum yang julung-julung kali dalam ibadah hebat ini.

iktibar khutbah Haji wada’: 1 (668)2 (651) ,  3 (638)

(more…)


Siri Tazkirah Sempena Ramadhan 1437H (Asalnya Tazkirah Ramadhan 1432H)

10-06-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah, Ulama/Ulama Pelapis | 2 Comments

Ramadhan Kareem(kemaskini 5 Ramadhan 1437H) Lajnah Penerbitan dan Penyelidikan DUPNT dengan kerjasama Lajnah Penerangan DUPNT  menerbitkan siri tazkirah sempena Ramadhan 1432H. Saya selaku Ketua Lajnah Media Baharu DUPNT bagi sesi 2015-17 menerbitkannya sekali lagi di sini untuk manfaat bersama, sementelah tazkirah Ramadhan memang sentiasa relevan sepanjang masa.

Bagi mereka yang berminat atau terlibat dengan urusan ulama peringkat kawasan boleh memuat turun siri tazkirah ini dalam bentuk PDF yang disediakan:

siri tazkirah 1 (3088) ,

siri tazkirah 2 (2080) ,

siri tazkirah 3 (2282) ,

siri tazkirah 4 (1768) ,

Siri Tazkirah 5 (1283)


Meniti Usia 49 Tahun: Muhasabah Buat Diri

18-02-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

49 tahunSeperti orang lain, ramai yang mengucapkan sanah helwah bila tarikh lahir, bulan lahir muncul kembali. Namun, tentunya tahun sudah berbeza. 18 Februari tetap 18 Februari, tetapi ia tidak lagi menjadi 1967, sebaliknya 2016. Tempoh 49 tahun tidaklah lama sangat sebenarnya. Bangun, bekerja, tidur habis satu hari, kemudian seminggu, selepas itu sebulan, akhirnya tahun.

Di akhirat, seseorang akan rasa hidupnya di dunia amat singkat berbanding hidup di akhirat. Mungkin hanya beberapa saat, minit atau jam. Di saat itu, dia menghadapi suasana mahsyar yang amat dahsyat, tidak ada tolok bandingnya. Bagi orang kafir yang syirikkan Allah, tidak bertuhankan Allah, merasa amat lama di mahsyar, tenggelam dalam peluh, dalam azab yang tak tertanggung. Bagi seorang mukmin, hidup di akhirat tenag, relax, tidak lama. Yang terpilih, rehat di bawah naungan Arasy Allah Taala.

Kehidupan di akhirat boleh dilihat melalui carahidup seseorang di dunia. Kalau dia ada ilmu, iman, amal, insyaAllah dia akan tenang di sana, walaupun tanpa ucapan ‘sanah helwah’ atau ‘happy besday’ (birthday). Kalau  tiada ilmu (khususnya ilmu bermanfaat untuk dunia dan akhirat), tiada iman (atau iman yang senipis kulit bawang), tiada amal (atau amal yang sedikit), belum tentu dia selamat di sana.

Hari ini cukup 49 tahun dengan kiraan tahun Masehi. Kalau tahun Hijrah, sudah melebihi 50 tahun barangkali. Ayah sudah pergi lebih dahulu. Ibu masih hidup dengan umur 69 tahun. Masing-masing membawa amal dan bekalan masing-masing. Insaflah wahai diri.


Mengimamkan Jenazah Mangsa Lemas Pantai Teluk Lipat, Sura

12-02-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

unit Amal2Saya berkuliah bulanan di Masjid Lama Sura, Dungun malam tadi, membacakan 40 Hadis Akhir Zaman, hadis yang ke 36. Pukul 8 lebih sebelum masuknya waktu Isyak, satu jenazah dibawa masuk ke dalam masjid. Saya dimaklumkan sebelum kuliah Maghrib itu, malam ini ada solat jenazah berumur 17 tahun yang lemas petang Khamis 11 Feb 2016 di Pantai Teluk Lipat, Sura, Dungun.

Ramai anak muda unit Amal termasuk pimpinan Jabatan Amal Terengganu, di antaranya saudara Sauji hadir bersama menyembahyangkan jenazah tersebut. Julung-julung kali peristiwa sebegini berlaku ketika saya berkuliah Maghrib. Semoga Allah merahmati roh adik Firdaus Sulong yang menemui ajal di usia muda.


« Older Entries   Newer Entries »