Kategori » Palestin

Sumbangan Berbuka Puasa 435 Anak Yatim Di Gaza

06-08-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

orphans iftar in GAZAAlhamdulillah, saya dapat kumpulkan sedikit wang dari tempat mengajar saya dalam bulan Ramadhan ini sekitar daerah Kemaman untuk disumbangkan kepada umat Islam Gaza. Hasil sumbangan itu digunakan pada 1-3 Ogos baru-baru ini bagi meraikan 435 anak yatim di Gaza, Palestin melalui sebuah NGO di Gaza iaitu Sawaed Association For Relief And Development.

Walaupun jumlahnya tidaklah sebanyak yang dikumpulkan oleh NGO Malaysia lain yang lebih besar, namun saya bersyukur kerana dapat juga berkongsi sedikit kebaikan terutama di bulan Ramadhan ini dan di bumi Gaza itu dan buat anak-anak yatim di sana.

Semoga Allah menerima amal tuan-tuan yang telah menyumbang sebagai amal soleh buat kita bersama, disimpan dalam TABUNG AMAL AKHIRAT.

Terimakasih warga Kemaman.   Beberapa keping gambar (497)


Ulangtahun Peristiwa An-Nakbah

16-05-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | 1 Komen

tahanan palestinBarangkali agak sibuk dengan isu PRU 13 yang belum selesai, hampir terlupa kita dengan isu umat Islam Palestin. Ia diingati semalam 15 Mei. Saya ulang siar artikel ini untuk ingatan kita bersama agar tidak hilang isu ini.

Nakbah membawa maksud malapetaka besar. Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera ‘The Star of David’ dan pada keesokan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diisytiharkan oleh perdana menterinya yang pertama David Ben Gurion.

Kenapa peristiwa Nakbah ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam? Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.

Bagi pengkhutbah Jumaat minggu ini di sini dicadangkan teks yang sesuai dibaca: cadangan teks khutbah Ulangtahun an-Nakbah (180)

(more…)


9 Iktibar Selepas 9 Tahun Syahidnya Sheikh Ahmad Yaasin

24-03-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin, Tazkirah | 1 Komen

sheikh ahmad yaasinPada 22 Mac 2004 sudah 9 tahun perginya Sheikh Ahmad Yaasin sebagai seorang syahid. Secara ringkas, kita mengambil 9 iktibar dari kesyahidannya:

1. Kematian adalah satu kemestian. Semua yang hidup akan mati. Kubur sebagai tempat persinggahan dan laluan ke akhirat adalah pasti. Soalnya, mati itu bagaimana? Ada yang mati sebagai pemimpin zalim yang dibenci. Ada yang mati sebagai selebriti yang ditangisi tetapi hakikatnya ia menangisi dirinya sendiri. Ada yang mati sebagai hamba Allah yang sejati. Dan ada yang syahid, rohnya riang gembira di syurga  walaupun jasadnya berderai merata dan darahnya memenuhi bumi. Assyahid Sheikh Ahmad Yaasin meninggal hari Isnin dalam keadaan berpuasa, awal subuh dinihari.

2. Jika Allah menyayangi anda, Allah akan memberikan husnulkhatimah buat anda. Tiada kesudahan paling baik melainkan mati syahid. Kurang sedikit, mati dalam situasi taatkan Allah secara umum.

3. Kasih sebenar Sheikh Ahmad Yaasin adalah kepada Allah, NabiNya dan Islam. Allah menjadikan kematiannya sebagai suatu yang besar. Lebih 200 ribu mengiringi jenazahnya. Umat Islam seluruh dunia bercerita tentang kematiannya. Majlis Keselamatan PBB mengutuk pembunuhannya. Kerajaan Arab juga demikian. Eropah juga tidak berkecuali bercakap mengenainya. Sheikh Ahmad Yaasin bukannya menteri, tidak juga raja atau pembesar tetapi ketokohannya sebagai pemimpin Islam menjadikan kawan dan lawan memandang hebat kepadanya.

(more…)


PAS Dibuli, HAMAS Disantuni

23-01-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

palestinePerdana Menteri Malaysia ziarah Gaza buat pertama kali. Perdana Menteri HAMAS Ismail Haniyyah ditemui. Cuma lawatan kemanusiaan (?) hanya sehari. Cakna Palestin sungguh ke atau bina imej semula sebelum PRU 13 nanti? Bagaimana dengan Apco dan ‘rangkaian’ halus Zionis melalui pelbagai aktiviti?

Palestin diziarah selepas pergi ke Kelantan tabur janji. Sedangkan janji-janji lepas belum dipenuhi. Royalti Kelantan tidak diberi. Kerajaan PAS Kelantan dimusuhi. Peruntukan untuk Kelantan penuh birokrasi. Projek minyak dan gas syarikat nasional dibuat macam hak sendiri.

PAS berjuang Islam di sini. HAMAS berjuang Islam di Palestin hingga kini. PAS dan HAMAS seperti adik-beradik dalam satu famili. Saya masih ingat, ketika mantan Imam Masjid al-Aqsa Sheikh Mahmud asSiyam datang berceramah di Malaysia di Kemaman, beliau berkata PAS dan HAMAS adalah sama parti. Hanya tempat yang menjarakkan kami. Justeru, kenapa PAS dibuli sedangkan HAMAS disantuni?

(more…)


Filastin Fi Qulubna Da’iman

08-07-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

save palestineTerjemahan tajuk di atas: ‘Palestin sentiasa di hati’. Dalam doa selepas solat fardhu atau pada khutbah Jumaat kedua, seringkali doa buat umat Palestin diucap. Artikel-artikel di portal ini (Rejab Bulan Palestin, Ulangtahun Peristiwa anNakbah,  8 Iktibar Selepas 8 Tahun Syahidnya Sheikh Ahmad Yaasin dan lain-lain), sticker di cermin belakang kereta, bendera Palestin di cermin bahagian hadapan kereta tidak lekang dari mempromosikan Palestin.

Bumi umat Islam, bukan sahaja rakyat Arab atau Palestin. Ia adalah bumi barakah. Bumi yang dijanjikan kemenangan buat umat Islam. Bumi itulah yang dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi dari tentera Salib. Dan di sekitar bumi itulah akan berlaku pembunuhan Dajjal oleh Nabi Isa as.

Baru-baru ini berkesempatan makan bersama Sister Alaa’ (dengan diiringi bapanya ‘Ahed) yang datang dari Gazza mewakili NGO Palestin yang menjadi koordinator projek di Hayfa Medical Center dan Sawaed Association For Relief & Development dalam rangka lawatan beberapa hari ke Kelantan, Terengganu dan KL. Bagi mereka yang prihatin, boleh membantu rakyat Palestin ini melalui banyak pertubuhan termasuk NGO di atas. klip video mengenai Hayfa Medical Center dan Sawaed


Dr Fadhl Hasan Abas: Mata Buta, Hati Tidak- Kembali Ke Rahmatullah

10-02-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | 1 Komen

Dr Fadhl Hasan AbasSaya mendapat berita dari seorang sahabat lama tentang kematian seorang ulama besar kelahiran Safuriah, Palestin pada tahun 1932 dan menetap di Jordan sejak sekian lama. Dr Fadhl Abas dikatakan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju Mekah menunaikan umrah. Ketika di Jordan, saya sempat beberapa kali mengikuti kuliah dan ceramah beliau di Universiti Yarmouk, Irbid, Jordan. Dr Fadhl lebih banyak berada di Universiti Jordan, Amman. Hanya sesekali datang ke Universiti Yarmouk. Saya masih ingat dua perkara yang dikupas oleh beliau: tentang khusyuk solat dan tentang kekuatan tentera Israel.

Tentera Israel sebenarnya sangat penakut. Mereka takut kepada batu walaupun senjata mereka canggih. Kekuatan mereka bergantung kepada Amerika, tidak kekuatan mereka sendiri. Kalau mereka menyerang, hanya dari belakang tembok dan penghadang. Allah ceritakan perkara ini di dalam al-Quran.

(more…)


Ulangtahun ke 23 HAMAS: Kami Meneruskan Perjuangan

21-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

ismail haniyyaHAMAS menyambut ulangtahun ke 23 penubuhan dan perjuangannya. Ia terus menekankan perjuangan yang mesti diteruskan. Ia didahului oleh perjuangan pengasasnya Sheikh Ahmad Yaasin, Dr Abdul Aziz ar-Rantisi dan mereka yang telah mendahului syahid seperti Dr Ibrahim al-Muqadamah, Solah Syahadah, Jamal Mansur, Jamal Salim, Yahya Ayyasy dan lain-lain. Pemimpin utama, Ismail Haniyya mennggegarkan pentas dengan ucapan bersemangatnya. Sempena sambutan ulangtahun ini, satu kenyataan rasmi HAMAS dikeluarkan mengandungi 10 perkara. Saya terjemahkan secara ringkas: (more…)


Wartawan Rasai Derita Palestin Walaupun Singkat

03-06-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | 2 Comments

ashwadSukar mencari anak muda Melayu bersedia ke Palestin, terutama atas nama wartawan. Apalagi dalam satu misi yang bukannya jejak Rasul tetapi risikonya tinggi. Kalau NGO membantu Palestin, tak pelik. Kefahaman mereka tentang isu Palestin jelas. Saya mengingat-ingat Ashwad Ismail yang mengulang-ulang ayat ’24 hingga 28 jam dalam tragedi yang dialami, tetapi merasai derita 6 dekad rakyat Palestin.’ Melalui peristiwa perit hasil kejahatan komando Israel yang akan menjadi ingatan sepanjang hidup. (more…)


Mulut: ‘Celaka Yahudi!’, Tgn Bantu Yahudi

31-05-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin, Ta'liq Siasi | 1 Komen

boikot0001Tragedi terbaharu di perairan antarabangsa di luar pantai GAZA dalam isu serangan ke atas kapal misi keamanan ke GAZA membuktikan tentera Yahudi dan negara haram Israel tidak pernah peduli tentang undang-undang dan kemanusiaan. Lantas semua mengutuk kekejaman komando tentera Yahudi itu. Dan sememangnya mereka layak dikutuk. Allah telah menyifatkan lebih awal dalam al-Fatihah yang kita baca dalam solat terutamanya golongan ini sebagai ‘almaghthubialaihim..’ mereka yang dimurkai. Dimurkai kerana segala bentuk kedurjanaan tindak-tanduk mereka sepanjang zaman. Adakah Allah mahu kita ‘mencelakakan’ mereka sahaja atau lebih dari itu? Selain mulut yang mengutuk mereka, tangan mesti membuktikan bahawa ucapan mulut dan tangan mesti selari. Apa erti kalau mulut berbuih mengutuk kekejaman Yahudi, tangan bergelumang dengan produk Yahudi, bantu ekonomi Yahudi, panggil syarikat APCO bantu naikkan imej, berperangai macam Yahudi dan berakhlak seperti Yahudi. (more…)


Doa Buat Misi Talian Hayat LL4G, Laknat Atas Negara Haram Israel!

31-05-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

turki mavi palestin

Misi Bantuan LL4G berterusan. Menuju ke Gaza tak sama menuju ke tempat lain. Berdepan dahulu dengan tentera Israel-musuh Allah, musuh Nabi dan musuh manusia dan kemanusiaan. Apa yang boleh saya lakukan dan anda patut lakukan ialah DOA buat mereka, moga Allah pelihara dari kejahatan Israel, selamat sampai ke GAZA dan selamat pulang. Nyawa menjadi pertaruhan bagi mereka yang berani ke sana. Dalam masa yang sama, kita doakan agar mereka yang bukan Islam terbuka hati melihat Islam dan menerima Islam, bukan sahaja atas nama kemanusiaan, tetapi mereka kembali kepada fitrah kejadian mereka.

rujuk, antaranya:

http://palestinkini.info/

http://www.livestream.com/insaniyardim

http://www.lifeline4gaza.org/

http://www.freegaza.org/

dan lain-lain.


« Older Entries   Newer Entries »