Kategori » Palestin

Fakta Tentang An-Nakbah (15 Mei 1948)

15-05-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

NakbahUlangtahun Peristiwa Nakbah Ke 69 (15 Mei 1948)

Fakta Dalam Angka

* Jumlah penduduk Palestin pada tahun 1948 :      1.4 juta penduduk
* Jumlah kampung dan bandar yang didiami :  1300 buah kampung dan bandar
* Jumlah penduduk yang terpaksa lari meninggalkan kampung halaman: 800 ribu penduduk
* Jumlah kampung dan bandar yang diserang dan dikawal Zionis: 774 buah, 531 daripadanya musnah 100%
* Jumlah pembunuhan besar-besaran: 70 peristiwa yang diiktiraf
* Jumlah syuhada’ dalam peristiwa pembunuhan: 15 ribu syuhada’
* 78% tanah Palestin dirampas, 50% penduduk Palestin kini berada di luar Palestin, jumlah penduduk Israel telah mencecah 51% daripada jumlah penduduk Palestin.


Rejab Bulan Palestin

26-04-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | 3 Comments

 

palestin(kemaskini 26 Mei 2017) Di antara peristiwa penting di bulan ini ialah Isra’ Mikraj. Pelbagai pengajaran boleh diambil darinya. Di antara yang penting tetapi jarang disingkapi dengan wajar ialah hubungkait Isra’ Mikraj dengan isu Palestin. Ketika kecil-kecil dahulu, ustaz atau tok guru berkata: ‘Bulan Rejab dah masuk. Kita baca Isra..’ Lalu disebut peristiwa-peristikwa yang dilalui Nabi Muhammad SAW tanpa dihubungkaitkan dengan hikmah dan falsafah di sebaliknya. Masa itu telah lama berlalu. Ramai ustaz, penceramah kini yang menghuraikan Isra’ Mikraj dan bulan Rejab dan falsafahnya termasuk kaitannya dengan bumi Palestin itu sendiri. Dr Fadl Hasan Abas, seorang ahli akademik pakar ilmu tafsir berasal dari Palestin, matanya buta, hatinya tidak, menulis sebuah buku berjodol Nafahat Min al-Isra wal Mikraj. Di antara kupasannya menyebut Isra’ Mikraj ialah hari Palestin. Kita tidak perlu menunggu akhir Rejab untuk menyambut hari Palestin ini.

Rejab Bulan Palestin 1 (1007)2 (913)powerpoint (1453)

kupasan dari kitab nafahat min al-Isra wal mikraj: 1 (931)2 (872)

khutbah Jumaat Ust Ridhuan Md Nor, exco DPPP Masjid Pasir Minal (978)

Surah al-Isra’ turun selepas surah al-Qasas. Surah al-Qasas berkenaan para Nabi terdahulu. Hampir kesemuianya berkisar di bumi Palestin atau yang berhampiran dengannya. Selepas surah al-Qasas, surah al-Isra’ menyusul. Fokus peristiwa Isra’ terhadap Palestin boleh disimpulkan dalam beberapa point seperti di bawah (melalui ringkasan buku Nafahat min al-Isra’ wal Mikraj):

(more…)


Salahuddin Al-Ayyubi Bebaskan Bait al-Maqdis Akhir Rejab

05-05-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | 1 Komen

salahuddinRamai yang lupa di akhir Rejab ada satu peristiwa penting berlaku dalam sejarah umat Islam. Selain Isra’ Mi’raj yang berlaku kepada Nabi SAW, Bait al Maqdis yang menjadi transit Nabi sebelum Mikraj ke langit juga telah dibebaskan oleh panglima Islam yang hebat iaitu Salahuddin al-Ayyubi.

Bait al-Maqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab ra di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, tentera Salib telah melakukan serangan demi serangan ke atas Bait al-Maqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci itu setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam.

Tentera Salib menduduki Bait al-Maqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh Salahuddin Al-Ayubi. Beliau berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan akhirnya pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pula menawan Bait al-Maqdis dan Palestin lalu menamakan negara baru mereka dengan Israel.

Bagus juga kiranya kita meneliti balik sejarah Salahuddin al-Ayyubi ini agar generasi sepertinya dapat dilahirkan kembali.

khutbah Jumaat 31 Mei 2013: Salahuddin al-Ayyubi bebaskan al-Aqsa (537)

(more…)


Sumbangan Berbuka Puasa Utk Anak Yatim Di Gaza

21-07-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

3Alhamdulillah, saya dapat mengumpulkan sedikit sumbangan wang dari penduduk sekitar daerah Kemaman pada bulan Ramadhan 1436H baru-baru ini bagi membantu keluarga anak yatim di Gaza untuk berbuka puasa.

Terimakasih kepada Yayasan Amal Malaysia (Terengganu), Persatuan Cinta Gaza dan NGO Sawaed sehingga sumbangan tersebut yang tidak seberapa dapat dimanfaatkan oleh keluarga yatim di Gaza Ramadhan tempohari.

Moga Allah menjadikan sedikit sumbangan tersebut sebagai pahala bagi mereka yang menyumbangkan wang ringgit untuk tujuan tersebut.

(more…)


Korban Di Sudan Dan Gaza

07-10-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

GazaTahun ini saya cari mereka yang mahu masuk bahagian korban di Sudan dan Gaza. Di Sudan melalui Yayasan Amal Malaysia dan di Gaza melalui sebuah NGO di sana.

Alhamdulillah dapat cari lebih 10 peserta untuk korban di Sudan dan 3 peserta, walaupun last minute untuk di Gaza. Semoga Allah memberkati dan memberikan balasan setimpal dari korban yang tuan-tuan lakukan.

Firman Allah: “Tidaklah sampai kepada Allah, daging dan darah binatang korban itu tetapi yang sampai ialah taqwa daripada kamu.”


Gaza Masih Perlukan Bantuan

14-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

IMG_7723 (Copy)Alhamdulillah, sedikit kutipan yang dibuat dari penduduk sekitar Kemaman ketika regim Zionis menyerang Gaza baru-baru ini sudah dimanfaatkan oleh NGO di sana bagi membantu para penduduk Gaza yang menderita akibat kepungan, peperangan dan kezaliman dunia terhadap mereka.

Semoga Allah menjadikannya sebagai tabungan amal soleh bagi mereka yang telah menghulurkan derma dan bantuan.

Beberapa keping gambar lagi seperti di bawah:

(more…)


GAZA: Dari Perang Hingga Tempoh 72 Jam Bertenang

08-08-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

boikotSaya berkuliah maghrib di Surau Hijau, Taman Selaseh, Kerteh selepas sehari regim Zionis dan pejuang Palestin sedia berhenti berperang dalam tempoh bertenang selama 72 jam. Kuliah saya berfokus kepada perang regim Zionis terhadap Gaza dan isu-isu sekitarnya. Sekiranya ada fakta yang tersilap dalam kuliah saya ini, sila betulkan.

(Gambar hiasan: Bersama ustaz Alif Mahari menandatangani banner besar boikot produk bantu regim Zionis secara langsung atau tidak di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman, Terengganu selepas solat Jumaat 8 Ogos 2014)

1Gaza dlm tempoh 72 jam (402) ,   2Gaza dlm tempoh 72 jam (414)


Meriahkah Eid al-Fitr Bila Mengenang Gaza?

24-07-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

hiburan rayaTahun lepas Ramadhan dan Eid al-Fitr disambut dengan hiba setelah tragedi Rabiatul Adawiyah tercetus di Mesir. Selepas setahun, penzalim disebalik tragedi itu menjadi Presiden Mesir melalui proses pilihanraya sangat tempang, yang sebelumnya penuh dengan peristiwa tragis buat rakyat Mesir. Selepas Mesir dikuasai oleh para penzalim, musuh nombor satu umat Islam, negara haram Israel membelasah Gaza. Sudahlah Gaza ditindas lama sebelum itu melalui pelbagai aspek, kini perang, bahkan penghapusan etnik oleh regim Zionis memasuki hari ke 18 saat artikel ini ditulis.

Sekali lagi Eid al-Fitr disambut dengan hiba dan terharu tahun ini akibat tragedi malang menimpa Gaza. Itupun kalau kita sebagai umat Islam ada hati perut, ada taqwa hasil tarbiah Ramadhan, ada sensitiviti terhadap umat Islam lain. Kalau kita tidak punya semua itu, maka akhirnya lagu raya yang sudah sekian lama tetap akan didendangkan, hiburan melalaikan akan menjadi hidangan, tarian, muzik dan maksiat atas nama seni juga yang jadi pilihan. Jangan peduli Gaza! Persetankan hal orang lain! Biar mereka yang kena, asal kita tidak kena.

(more…)


Projek Cermin Mata Di Gaza

03-10-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | Tiada Komen

eyeglass projectAlhamdulillah, duit sumbangan para penderma sekitar Kemaman dalam sebulan dua yang lepas telah disalurkan kepada anak-anak penduduk Gaza yang memerlukan cermin mata bagi memulakan sesi persekolahan. Ia dibuat melalui sebuah NGO di Gaza.

Walaupun ditulis dalam gambar sebelah nama saya tetapi sebenarnya wang itu adalah wang rakyat Malaysia di Kemaman. Aktiviti seperti ini insyaAllah akan dibuat dari semasa ke semasa sebagai salah satu aktiviti kebajikan buat umat Islam Palestin terutama di Semenanjung Gaza.

Moga Allah menerima aktiviti ini sebagai amal soleh di sisiNya.


21 Ogos 1969: Masjid al-Aqsa Dibakar

20-08-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Palestin | 1 Komen

AlQuds21 Ogos adalah hari Quds Sedunia. Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin tetap di dalam hati. Masjid kedua selepas Masjid al-Haram di Mekah, qiblat yang pertama dan tanah haram ketiga yang suci.

Kedatangannya tahun ini 1434H/2013M lebih 2 minggu selepas Eid al-Fitr. Ramadhan ialah bulan jihad. Bumi Quds juga akan menjadi bumi jihad sepanjang sejarah. Semenjak dahulu sehingga ke akhir zaman, ia menyaksikan pelbagai pertarungan.  Pertarungan sengit antara Dajjal dan Nabi Isa juga akan berlaku di perkampungan Bait al-Lud di Bait al-Maqdis. Kawasan sekitarnya iaitu Syria sedang sengit bergolak. Nabi Isa akan turun di timur Damsyik menurut hadis akhir zaman.

Mesir yang tidak jauh dari Al-Quds juga sedang bergolak hebat.

Quds sebenarnya sedang di’Yahudi’kan. Pelbagai aktiviti yang mengancam al-Masjid al-Aqsa sedang dilakukan. Sheikh Dr Muhammad Mahmud Siyam yang berkunjung ke Terengganu 29 Ogos 2010  menceritakan tentang isu ini.   Artikel berbahasa Arab pdf: mengyahudikan Quds (996)

(more…)


« Older Entries