Kategori » Tafsir al-Fatihah

Isti’azah: Tafsir Dan Hukum

31-05-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Tafsir al-Fatihah | Tiada Komen

anNahl 98-100Allah berfirman yang bermaksud: ” Apabila kamu (ingin) membaca al-Quran, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk. Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya ke atas orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya. Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah ke atas orang yang mengambilnya menjadi pemimpin dan ke atas orang yang menyekutukannya dengan Allah.” an-Nahl:98-100.

Dalam kuliah kali ini saya menghuraikan perkara berkaitan isti’azah-tafsiran dan hukum-hukum mengenainya.  Bermula dari huraian ayat di atas mengenai meminta perlindungan dari Allah, syaitan dan tipudaya syaitan. Kuliah surah alFatihah


Istiazah: Berlindung Dgn Allah Drpd Syaitan Yg Direjam

20-05-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Tafsir al-Fatihah | 1 Komen

doa pendindingDiriwayatkan bahawa Muhammad bin Wasi’ membaca doa berikut setiap pagi selepas solat Subuh:

” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau menaqdirkan kami menghadapi musuh yang sangat memahami kelemahan kami. Ia dan kumpulannya melihat kami sedangkan kami tidak melihat mereka. Ya Allah! Engkau jadikan mereka putus asa menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari rahmatMu. Haramkan ia bagi kami sebagaimana Engkau haramkannya dari keampunanMu. Jauhkan kami darinya sepertimana Engkau jauhkan mereka dari rahmatMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.”

Beliau menyebut pada suatu hari sewaktu beliau hendak ke masjid, muncul Iblis di hadapannya. Iblis berkata: “Wahai anak Wasi’! Engkau kenal aku?” Muhammad menjawab: “Siapa engkau?” Jawab Iblis: “Aku Iblis” Muhamad bertanya: “Apa yang kamu mahu?” Jawab Iblis: “Aku mahu engkau jangan ajarkan sesiapa doa pendinding itu dan aku berjanji tidak akan mengganggumu.” muhammad bin Wasi’ menjawab: “Demi Allah! Aku tidak akan halang sesiapa pun hendak mempelajarinya. Buatlah apa yang engkau mahu.”

(petikan dari Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, Fathi Yakan ms 91-92)

Saya kuliahkan tajuk ini dalam huraian surah al-Fatihah


Fatihah Sebagai Cahaya, Rukun Utama Solat

07-04-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Tafsir al-Fatihah | Tiada Komen

fatihahDaripada Ibn Abbas ra katanya: Ketika Rasulullah SAW bersama Jibril, tiba-tiba Jibril mendengar suara dari atas. Jibril mengarahkan pandangannya ke langit lalu berkata: ‘Itulah pintu telah dibuka dari langit yang belum pernah terbuka sebelumnya.’ Ibn Abbas ra berkata: ‘Dari pintu itu turun malaikat dan kemudian menemui Nabi SAW lalu berkata: ‘Sampaikan berita gembira kepada umatmu mengenai 2 cahaya. Kedua cahaya itu diberikan kepadamu, yang belum pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelum dirimu iaitu Fatihatulkitab dan beberapa ayat terakhir surah al-Baqarah. Tidaklah engkau membaca satu huruf darinya melainkan diberi pahala kepadamu.’

Dalam satu hadis qudsi, Allah menerangkan bahawa fatihah itu dibahagi dua antaraNya dan hambaNya. Lalu dijelaskan pembahagian itu.

Fatihah juga adalah rukun utama dalam solat. Ia wajib dibaca. Ada perbezaan pendapat mengenainya. Huraian mengenai perkara ini dalam kuliah audio fatihah.


Tafsir al-Fatihah: Surah Agung Dan Ruqyah

17-03-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Tafsir al-Fatihah | Tiada Komen

quran-very-oldAbu Said bin al-Mualla berkata: ‘Aku pernah solat di masjid. Rasulullah SAW memanggilku tetapi aku tidak menyahut sehingga aku selesai solat. Selepas itu aku datang kepada Baginda. Nabi SAW bertanya: ‘Apa yang menghalangmu datang kepadaku?’ Aku menjawab: ‘Wahai Rasulullah! Aku solat tadi.’ Nabi bersabda: “Bukankah Allah berfirman:

Al-Anfaal 24

“Wahai orang beriman! Sambutlah seruan Allah dan Rasul apabila ia menyerumu kepada perkara yang memberi kehidupan kepadamu” al-Anfal:24

Kemudian Nabi SAW bersabda: “Aku akan ajarkan kamu satu surah paling agung dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid ini.” Nabi pegang tanganku. Ketika hendak keluar dari masjid, aku berkata: ‘Wahai RasulAllah! Tadi engkau berkata akan mengajarkan aku surah paling agung dalam al-Quran.’ Nabi menjawab: “Benar! iaitu Alhamdulillahi RabbilAlamin ia adalah as-Sab’ul-Mathani dan al-Quran al-Azim yang diturunkan kepadaku.”

Al-Fatihah juga disebut sebagai ar-Ruqyah. Ia berdasarkan satu hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab Fadhail al-Quran yang menceritakan kisah para Sahabat yang musafir, kemudian ketua sebuah kampung sakit dan meminta dibacakan ruqyah. Seorang sahabat membaca al-Fatihah dan diberikan 30 ekor kambing. Huraian mengenai surah agung dan ruqyah ini dikupas dalam kuliah audio mengenai surah al-Fatihah