Kategori » Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf

Khatamnya Pengajian Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf

06-09-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | 21 Comments

kitab perisai bagi sekalian mukallafKitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf mula dibaca sebagai teks kuliah Maghrib mulai bulan Oktober 2008 di sebuah masjid di Kemaman, Terengganu. Kuliah secara mingguan ini berlangsung sehingga tamat bacaannya pada 4 Sept 2013 (28 Syawal 1434H) baru-baru ini.

Alhamdulillah, kitab yang pernah dipelajari dengan Tuan Guru Haji Najmuddin (Baba Din Fatani) di Pondok Kerandang, Besut sekitar tahun 1991-92 ini selesai diajar dan dibincang.

Saya tidak sempat memuatnaik (upload) kuliah ini sejak awal kerana failnya yang agak besar. Lagipun idea memuatnaik rakaman kuliah ke portal ini dan caranya agak terkemudian. Ia dimuatnaik dalam bentuk terpisah antara satu topik dengan satu topik yang boleh dirujuk di bahagian artikel: Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf.

Rakaman kuliah ini dari awal hingga akhir disimpan dalam laptop saya dengan baik. Sesiapa yang inginkan semua rakaman ini dalam bentuk mp3 boleh berhubung dengan saya.

(Ada beberapa orang yang mahukan kitab Kebagusan Undang-Undang Islam serta nota Nahu saya, belum sempat dikirimkan. InsyaAllah jika ada kesempatan saya akan kirimkan.)


Inilah Aqidah Kami

05-09-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | Tiada Komen

aqidahDalam perenggan terakhir matan kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf, pengarang menyebut tentang aqidah ahli sunnah waljamaah yang dipegang, bermula dari awal kitab sehingga akhirnya. “Inilah agama kami dan aqidah kami, zahir dan batin. Kami berlepas diri dari segala bentuk aqidah yang menyalahi apa yang kami sebutkan. Kami bermohon kepada Allah agar menetapkan kami dalam iman, menyudahkan hidup kami dengannya, memelihara kami dari hawanafsu yang pelbagai serta pandangan yang bermacam-macam dan mazhab yang tercela.” Selain aqidah ahli sunnah waljamaah, pengarang menyebutkan beberapa contoh aqidah yang menyeleweng dari aqidah ahli sunnah waljamaah. Saya kongsikan di sini:

1-Inilah aqidah kami (545) 7 ogos 13

2-Aqidah ini yang kami pegang (478) ,  mazhab aqidah yg rosak (470)  14 ogos 13

3-Qadariah (459) ,  Imamiah (443) 21 ogos 13

4-khawarij, syiah (437) ,  karamiah, nawasib (460) 28 ogos 13

 

 


Bersatu Atas Nama Islam, Agama Sebenar Hanya Islam, Ciri Islam (bil 8)

26-06-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | Tiada Komen

berpegang dgn tali AllahUmat Islam wajib bersatu-padu, tidak boleh berpecah-belah. Bersatu mesti di atas aqidah ahli sunnah waljamaah, di atas nama Islam dan perjuangan yang dibawa oleh Nabi SAW. Tidak boleh bersatu di atas nama bangsa, nasionalism dan lain-lain fahaman. Hanya Islam agama benar di sisi Allah. Islam juga berada pertengahan antara semua bentuk kekurangan, penyelewengan dan melampau. Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf menyebut perkara ini dan saya kuliahkan. Saya rakam untuk perkongsian bersama:

01 bersatu atas nama Islam (568) ,  huraian ayat berpegang dgn tali Allah (531) 1 mei 13

02 huraian ayat Quran ttg manusia berselisih (516) ,  selisih aqidah, cabang hukum (507) 8 mei 13

03 selisih perkara cabang (513) ,  huraian ayat Quran (492) 15 mei 13

04  agama sebenar hanya Islam (524)huraian agama di sisi Allah ialah Islam (502) 22 mei 13

05  Islam adil, pertengahan (510) ,  Islam antara melampau dan kurang (496)  29 mei 13

06  islam antara tasybih dan taktil (480) ,  beriman shj dgn semua yg disampaikan (485) 12 jun 13

07  ahli sunnah bukan jabariah (493) ,  ahli sunnah bukan qadariah (453) 19 jun 13

08   Islam antara sentosa dan putus asa (456)  26 jun 13


Jangan Benarkan Tukang Nujum, Tilik

09-05-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | Tiada Komen

bomohDalam kuliah berikut berdasarkan kitab Perisai bagi Sekalian Mukallaf, dihuraikan perkara berkenaan syirik yang boleh berlaku dengan sebab membenarkan tukang nujum, tukang tilik atau bomoh dan lain-lain yang boleh membawa kepada syirik:

01- jgn benarkan tukang nujum, tilik (436) ,  tukang tilik (434) 17 apr 13

02- kena larang org dari percaya nujum, tilik (449)  24 apr 13


Tanda-Tanda Kiamat Kecil Dan Besar (bil 5)

10-04-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | 2 Comments

tanda-kiamat-kecil-dan-besarPerbahasan di dalam kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf yang berikutnya ialah mengenai tanda-tanda kiamat. Kita wajib beriman dengannya. Dalam kitab tersebut dinyatakan tanda besar kiamat: keluar Dajjal, turunnya Nabi Isa as, matahari naik di sebelah Barat, keluar binatang dari bumi. Sebelum saya mengupas tanda-tanda besar itu, saya huraikan dahulu tanda-tanda kecil yang sangat banyak itu: bangkitnya Nabi SAW, orang biasa tiada apa-apa menjadi pemimpin, bangunan tinggi, perang besar antara 2 golongan besar, banyak kaum dajal berdusta, hilang ilmu dengan matinya ulama, banyak gempabumi, masa hampir, banyak fitnah, banyak pembunuhan, harta melimpah dan lain-lain. Saya kongsikan di sini:

01-tanda kecil kiamat (675) ,   tanda kecil kiamat-gempa bumi dan lain-lain (576) 13 mac 13

02-hadis tanda qiamat ketika Perang Tabuk (503) ,  6 tanda qiamat (487) 20 mac 13

03-tanda qiamat spt tegaknya negara barbar, sufyani, israel (506) ,  huraian hadis 10 tanda qiamat (498)  27 mac 13

04-binatang dari dlm bumi dll (473)  ,  matahari naik dari Barat, Dajjal dll (502)  3 apr 13

05-ciri-ciri dajjal (498)  ,  turunnya Nabi Isa dari langit (477)  10 apr 13


Muliakan Alim Ulama, Orang Soleh, Nabi

10-03-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | Tiada Komen

alim ulamaUlama Salaf dari kalangan generasi terdahulu, samada para Sahabat, Tabiin dan selepasnya, demikian juga ulama hadis, fiqh, tasauf dan ilmu lain adalah mereka yang punya kelebihan masing-masing. kita menyebut mereka dengan kebaikan. Sentiasa bersangka baik dan tidak menyangka yang bukan-bukan terhadap mereka. Dalam keadaan begitu, kita tetap beriktikad para Nabi mengatasi para ulama dan wali. Sheikh Abdul Qadil al-Mandalay mengupas perkara ini dalam kitabnya Perisai bagi Sekalian Mukallaf. Saya huraikannya seperti di bawah:

1 alim ulama ikut Nabi, takwil hadis (607) ,  alim ulama lebih baik dari kita (551) 30 jan 13

2 doa utk org dahulu yg soleh (536) ,  kita tak lebihkan wali dari Nabi (547)  6 feb 13

3 huraian ayat kasih Allah kena ikut Nabi (533) ,  ikut sunnah Nabi (498)  13 feb 13

4 karamah wali, bbrp contoh (518) ,  huraian karamah kpd wali (507)  20 feb 13

5 kisah karamah Umar dll (484) ,  istiqamah lbh baik dari seribu karamah (488)  6 mac 13


Sikap Kita Terhadap Para Sahabat

15-01-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | Tiada Komen

Saad ibn Abi WaqqasAqidah ahli Sunnah walJamaah memuliakan para Sahabat. Kita menyebut baik tentang mereka. Kita bersangka baik dengan mereka. Kita mentakwilkan dengan cara yang wajar dan beradab dengan mereka. Sheikh Abdul Qadir al-Mandalay menjelaskan perkara ini:

1-sangka baik kpd Sahabat Nabi SAW (565) 2 jan 13,   sebut baik tentang Sahabat (535) 2 jan 13

2-takwil dgn baik terhadap Nabi, Sahabat (491) 9 jan 13,   kisah adi b hatim (514) 9 jan 13

3-kedudukan alim ulama (492) 16 jan 13, ulama pewaris nabi (490) 16 jan 13


Khulafa arRashidin Dan 10 Sahabat Dijanjikan Syurga (bil 15)

13-12-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | 2 Comments

Khalifah yang BenarKitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf kali ini membincangkan Khilafah selepas Kenabian yang bermula dengan Saidina Abu Bakar asSiddiq sehingga Ali. Perbincangan berfokus kepada cara perlantikan dan kelebihan masing-masing. Saya huraikan lebih lanjut dengan mengambil beberapa contoh perkara yang dibuat oleh khalifah di zaman mereka dan peristiwa yang berlaku di zaman masing-masing. Huraian juga dibuat mengenai 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

01-khilafah abu bakar 18 jul 12, thabitnya khilafah abu bakar 18 jul 12

02-nas lantik abu bakar 5 sept 12, khilafah abu bakar 5 sept 12

03-pindah khilafah kpd Umar alKhattab (705) 12 sept 12

04-Abu Bakar lantik Umar jadi khalifah (702) ,  bbrp contoh pemerintahan umar (705) 19 sept 12

05-rgksn pmrnthn Umar (682) , bbrp prstwa pmrnthn Umar (688) 26 sept 12

06-perlantikan Saidina Uthman (661) ,  huraian perlantikan Saidina Uthman (634) 3 okt 12

07-pemerintahan Uthman (623) ,  fitnah dan pembunuhan uthman (616) 10 okt 12

(more…)


Kasihi Para Sahabat Tanpa Cuai Dan Melampau (bil 03)

10-07-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | Tiada Komen

abu bakar assiddiq raMenurut aqidah ahli sunnnah waljamaah, mengasihi para Sahabat radhiallahuanhum adalah tuntutan agama. Mengasihi, membesarkan, menyebut dengan kebaikan, marah kepada mereka yang marahkan para Sahabat Nabi, menyerahkan urusan mereka yang kelihatan seperti satu kesilapan kepada Allah, mencontohi mereka dan tidak melampaui batas membesarkan mereka adalah ajaran Islam yang dituntut. Ayat-ayat alQuran menyebut kebaikan para Sahabat. Huraian ini disebut di dalam kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf ini sebagaimana disebut juga dalam kitab-kitab aqidah yang lain:

01 syiah rafidiy dan nasb 27 jun 12, assabiqunal awwalun 27 jun 12

02 kasih kpd para Sahabat x melampau 4 jul 12

03 jgn benci sahabat 11 julai 12, kasih kpd sahabat tanda iman 11 julai 12


Allah Marah Dan Redha. Cari RedhaNya, Bukan MarahNya

20-06-2012 | Kategori Artikel: Artikel, Kitab Perisai Bagi Sekalian Mukallaf | Tiada Komen

redha AllahAllah marah apabila manusia engkar dan melanggar perintahNya. Dia redha kepada hambaNya yang taat. Marah dan redha Allah tidak sama seperti sifat makhluk/manusia. Dalam hidup ini, carilah keredhaan Allah melalui ketaatan. Jauhilah murka Allah dengan sebab perlanggaran syariat dan hukum. Huraian mengenai perkara ini dalam kuliah berikut:

001 Allah murka,redhacari redha Allah, bukan murkaNya 6 jun 12

002 huraian Allah marah dan redha 13 Jun 12, takwil atau tak 13 Jun 12

003 redha dan marah Allah 20 jun 12, kasih kpd para Sahabat Nabi 20 jun 12


« Older Entries