Kategori » Aktiviti PAS Kemaman

Ziarah Pesakit Di Hospital Memang Sentiasa Menginsafkan

04-06-2019 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

ziarah Hospital Kemaman

Nabi SAW bersabda:

” Tidak ada seorang lelaki yang menziarahi pesakit pada waktu petang melainkan keluar bersamanya 70 ribu malaikat yang meminta ampun untuknya sehingga pagi esok dan baginya kebun di dalam syurga. Dan sesiapa yang menziarahinya pada waktu pagi, keluar bersamanya 70 ribu malaikat yang meminta ampun untuknya sehingga petang, dan baginya kebun di dalam syurga.’

Saya mengikut sama menyantuni para pesakit dan kakitangan Hospital Kemaman dalam lawatan mahabbah peringkat parlimen Kemaman pada hari Sabtu 1 Jun 2019.

Seramai 171 orang pesakit menerima kuih dan duit raya, manakala 110 kakitangan hospital dan 20 orang pengawal keselamatan menerima kuih raya daripada Parlimen Kemaman.

YB Ustaz Che Alias Hamid (Ahli Parlimen Kemaman) mengetuai lawatan dan turut serta ialah saya, YB Hj Hanafiah (exco kerajaan Terengganu), YB. Cikgu Razak Ibrahim (ADUN Air Putih), YB. Ir. Saiful Azmi Suhaili (ADUN Kemasik), Ust. Hj. Hazri Jusoh (Pegawai Penyelaras DUN Kijal), Ust. Ramlan Mahmood (Pengarah Akademi Duat Terengganu), Dr Mat Noh Karim (Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Kemaman), Hj. Johan Ismail (Ahli Majlis Perbandaran Kemaman), Md Hafiz Adam (Penyelaras I-MITs Parlimen Kemaman), Ustazah Fainah (Penolong Penyelia I-MITs DUN Chukai) serta para isteri wakil rakyat.


YB Senator Nuridah: Kemenangan PAS Di Terengganu Menjadi Ubat Kepada Kami

03-03-2019 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

Dewan MuslimatKemaman 2 Mac 2019-YB Senator Hajah Nuridah Salleh hari ini menyingkap balik malam pengisytiharan keputusan Pilihanraya ke 14. Apabila mendengar satu persatu keputusan pilihanraya yang menunjukkan PAS kalah di Selangor, masing-masing berdoa supaya Allah kekalkan kemenangan di Kelantan, dan diberi kemenangan juga di Terengganu. ’Apabila mendengar kedua-dua kemenangan itu, terubat hati kami’ ujarnya.

Beliau nasihatkan supaya pendokong jemaah betulkan niat berjuang kerana Allah, disebabkan dalam keadaan menang di Terengganu ini, tentu banyak cabaran dan ujian yang datang silih berganti.

Beliau juga mengingatkan supaya dimantapkan program tarbiah di kalangan muslimat demi mencapai matlamat 12 ribu tenaga teras jemaah. Ia penting disebabkan sangat banyak fitnah dituju kepada jemaah, termasuk kepada batang tubuh Tuan Guru Presiden sendiri.

Keharmonian rumahtangga mesti dijaga, agar kesibukan tugasan jemaah tidak mengganggu. Isteri wajib taatkan suami, namun dalam masa yang sama suami perlu faham tentang peranan isteri dalam membangunkan umat dan jemaah.

Kekuatan organisasi juga mesti dibina dengan memahami perlembagaan parti, apatah lagi ketika musim pemilihan dalam parti. Kita semua mesti menjadi penolong agama Allah.

Rapatkan saf di antara ahli dengan tali Allah, jaga ukhuwwah, juga dekati kelompok orang Islam lain.

Sentiasa tabayyun (menilai) dalam pelbagai kes, isu. Parti sekarang banyak diserang. Justeru, maklumat mesti difahami dengan betul. Zaman ini fitnah sangat banyak. Jaga dari kemunculan dajjal dengan banyakkan membaca surah al-Kahfi.

Amar makruf nahi mungkar juga tidak boleh diabaikan. Ia sangat penting dalam kehidupan, juga untuk survival generasi akan datang.

Pilih kepimpinan parti yang terbaik, jaga akhlak dan tambahkan ahli PAS. Ambil juga contoh perjuangan dari Khadijah rha yang menginfakkan harta, diri untuk Islam.

(Catatan saya sebagai tetamu dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke 35 Dewan Muslimat PAS Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman.)



Lebih Dari 10k Orang Hadiri Sambutan Eid al-Fitr PAS Kemaman

22-06-2018 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

raya8PAS Kemaman selesai mengadakan Sambutan Eid al-Fitr pada hari Khamis 21 Jun 2018 di tapak parkir kereta, sebelah Pejabat Daerah Kemaman, yang juga merupakan tapak Bazar Ramadhan atau ekspo. Jangkaan awal tetamu sekitar 10 ribu orang. Juadah nasi minyak, gulai daging, acar, nasi himpit, sate, ayam pusing, lemang, kuih-muih dijangka mencukup untuk tetamu. Program yang dijangka dimulakan seawal jam 11 pagi, rupanya sudah dipenuhi tetamu mulai jam 10.20 pagi lagi. Rakyat pelbagai lapisan, dari pegawai kerajaan, swasta sehingga rakyat biasa berpusu-pusu datang tanpa henti, menyebabkan juadah habis lebih awal sekitar jam 2 petang. Itupun masih ada yang datang selepas itu.

Saya biasa memberikan duit raya bagi pihak PAS Kemaman pada tahun-tahun yang lepas, tetapi kali ini ‘aliran keluarnya’ sangat laju dan pantas. Ramai kanak-kanak 12 tahun ke bawah menerima sedikit sumbangan duit raya dan habis stok yang disediakan sekitar jam 1 tengahari.

Saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan diharap ia dapat dijadikan jambatan antara PAS Kemaman dan semua agensi kerajaan dan swasta, sementelah PAS sekarang menjadi kerajaan di Terengganu.


Pelbagai Aktiviti Sepanjang Ramadhan 1439H

22-06-2018 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

raya10Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang memberikan kesempatan untuk terus berada di bulan Ramadhan. Selain aktiviti ibadat harian- puasa, Quran, Terawih, Witir, sedekah dan lain-lain, diizinkan untuk membuat beberapa aktiviti lain. Antaranya:

-Tamrin Qiadi peringkat PAS Terengganu di awal Ramadhan.

-Tazkirah sempena Nuzul Quran serta majlis khatam Quran di Tahfiz al-Muqarrabin, Kerteh.

-Tazkirah sempena program Ihya Ramadhan oleh Dewan Muslimat PAS Kemaman di Masjid Kg Pasir Minal

-Pembahagian bubur lambuk oleh PAS Gong Limau

-Iftar di Sekolah Rendah Islam Darultaqwa serta sedikit sumbangan kepada anak yatim

-Tamrin Qiadi PAS Kemaman di Surau Sekolah Rendah Islam Darultaqwa, Kemaman

(more…)


PAS Menang Di Kemaman Hadiah Buat Tuan Guru

15-05-2018 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

menang kemamanTUAN Guru Presiden PAS masih bersedia datang ke Kemaman pada hari terakhir kempen, Selasa 8 Mei 2018 tempohhari walaupun barangkali sudah terlalu penat mengelilingi Malaysia dalam siri kempen PRU14. “Santai bersama Ayah Chik’ itu dibuat di Banggol Square, Chukai dengan kehadiran angka ribuan orang.

Dun tumpuan di Kemaman adalah Kemasik dan Chukai. Dalam kepala saya sendiri secara peribadi, Dun Kijal dan Air Putih agak sukar dimenangi, apatah lagi Parlimen Kemaman yang diwakili oleh Menteri Pertanian.

Pukul 4.50 petang hari Rabu, saya melihat senarai keluar mengundi yang rendah di bangsal panas, juga dengan majoriti yang lebih rendah dari PRU13 dahulu. Macam mana ni?

(more…)


Kemenangan Yang Ditunggu

19-03-2018 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

Nik Nasri Mesyuarat AgungIntipati Ucapan YB Ust Sallehen Mukhyi dalam perasmian Mesyuarat Agung PAS Kemaman ke 58
.
1. Pilihanraya umum ke 14 mencabar. Hanya yang kukuh aqidah dapat menghadapinya. Pergantungan mesti kepada Allah yang menjadi sumber kemenangan dan sumber kekuatan.
.
‘Jika Allah menolong kamu, tiada siapa yang dapat mengalahkan kamu.’
.
2. PAS parti siasah, dakwah, tarbiah. PAS tak pernah berhenti bekerja walaupun bukan di musim pilihanraya. Setiap ahli mesti terlibat dengan program tarbiah dan menjadi agen dakwah.
.
3. Hayati tujuan PAS yang mahu tegakkan Islam dalam bentuk menyeluruh. Tujuan ini tak pernah diubah. Sumber kita tetap Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Mereka yang lari dari perjuangan, kononnya kerana PAS lari dari perjuangan, merekalah yang sebenarnya lari dari perjuangan.


Dewan Harian PAS Kemaman Tinjau Pembinaan Bangunan SRIDAR

12-02-2018 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

SRIDARKerteh, Isnin 12 Feb 18- AJK Dewan Harian PAS Kemaman hari ini membuat lawatan rasmi ke premis sementara Sekolah Rendah Islam Dar ArRahman (SRIDAR) di Kerteh yang menempatkan 16 orang pelajar sulung madrasah tersebut.

Sesi perbincangan dan bertukar fikiran dibuat di antara pengurusan SRIDAR dan AJK Dewan Harian bagi menambahbaik sistem pengurusan dan mengambil pengalaman DarulTaqwa di Chukai, Kemaman yang sudah lama beroperasi.

Rombongan kemudiannya dibawa ke tapak premis kekal tidak jauh dari situ yang sedang dalam pembinaan yang menempatkan 3 tingkat bangunan dengan 20 kelas.

Rombongan PAS Kemaman diketuai Ustaz Alias Hamid selaku YDP PAS Kemaman, Ustaz Nik Nasri selaku TYDP yang juga Pengerusi ALP Darultaqwa Kemaman, Hj Johan selaku Bendahari, Md Hafiz Adam, Setiausaha PAS Kemaman dan saudara Wan Razali.

Pihak SRIDAR pula diketuai oleh saudara Amri Mamat selaku Pengarah MTD Kemasik, Ustaz Mahadi, Pengerusi SRIDAR, Ustaz Asri Kadir, Mudir SRIDAR, Ir Saiful, Bendahari SRIDAR dan Wan Faisal.


Tamrin Qiadi PAS Kemaman: Ibrah Perjuangan Dari Surah As-Saf

03-02-2018 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

1PAS Kemaman melalui Lajnah Tarbiahnya mengadakan Tamrin Qiadi bagi AJK PAS Kemaman, Urusan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimatnya pada hari Jumaat (2 Feb 18) dan Sabtu (3 Feb 2018) di tanah saudara Amri yang berhampiran dengan kolam ikannya di Kampung Chabang, Kerteh. Tempat di tepi bukit dan anak sungai itu sangat sesuai untuk diadakan kem atau aktiviti luaran.
Perasmian dilakukan oleh YB Ustaz Rosli Jabar, Pesuruhjaya PAS Pahang dalam kuliah Maghribya yang bertajuk ‘Ibrah Perjuangan Dari Surah As-Saf’ sebagai persediaan awal menghadapi PRU 14 akan datang.
Ia juga diisi dengan munajat pilihanraya, solat hajat dan qiam serta kuliah subuh oleh Ustaz Nik Nasri selaku ketua Lajnah Tarbiah sendiri yang bertajuk ‘TazkiatunNafs dalam diri pejuang.’
Program 2 hari 1 malam itu dihadiri 42 orang peserta dari kepimpinan PAS Kemaman.
Catatan: Ibrah Perjuangan Dari Surah As-Saf
YB Ustaz Rosli Jabar


Madrasah DarulTaqwa Bina Bangunan 4 Tingkat (insyaAllah)

03-02-2018 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

dtaqwaMadrasah Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa memerlukan sumbangan dana RM 2.8 juta bagi pembinaan bangunan baharu 4 tingkat. Untuk itu, satu majlis makan sambil menderma dan solat hajat sempena pembinaan tersebut.
Majlis dirasmikan oleh YDP PAS Kemaman, Ustaz Alias Hamid, dengan diisi ucapan juga oleh Pengerusi ALP SRIDT, Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek. Solat Zuhur dan hajat kemudiannya diadakan di surau SRIDT. Kehadiran ibubapa dan hadirin sangat menggalakkan.
Sumbangan boleh disalurkan menerusi nombor akaun Maybank 563028615148 ( Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa ) atau Bank Islam 13026020421257 ( Tabung Kebajikan Darul Taqwa )
Sebarang pertanyaan, hubungi: Ustaz Zahari , 011-37529678 atau Ustaz Shukri, 019–9855895.


« Older Entries