Kategori » Kembara Ilmu

Kembara Ilmu 23: Perang Arab-Israel Oktober 1973

05-10-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | Tiada Komen

Perang Okt 73(kemaskini 5 Okt 2013) Hari ini 5 Oktober 2013. Hampir terlupa dengan perang yang pernah berlaku di antara negara Arab dan negara haram Israel dalam bulan Oktober 1973. Ketika lawatan saya sekeluarga bersama rombongan pelajar Jordan ke Mesir sekitar tahun 1998, kami melawat ‘Panorama Perang oktober 1973′. Ia menempatkan pelbagai monumen, peralatan perang dan lukisan berkaitan dengan Perang Oktober 1973 itu, termasuk bagaimana negara Arab dapat menawan Semenanjung Sinai dari tangan Yahudi melalui replika patung kecil askar dan kelengkapan perang. Kami juga berkesempatan masuk ke dalam bekas kubu tentera Israel yang ditinggalkan di Semenanjung Sinai. Almarhum Mufti Jordan, Sheikh Nuh, guru saya pernah menceritakan bahawa ada di antara tentera Jordan yang masuk berperang dengan niat fi sabilillah dan syahid, wallahu’alam. (Gambar: Isteri bersama anak sulong Nisreen berumur 2 tahun di hadapan bangunan Panorama Perang okt 1973)

ceramah berkaitan:  Perang 6 Oktober (1072)

Buat mereka yang tidak mengetahui mengenai Perang Oktober ini, saya petik cerita mengenainya dari wikipedia Bahasa Melayu dan beberapa sumber lain:

Perang Yom Kippur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

(more…)


Catatan Peribadi Mengenali Dr Bouti

24-03-2013 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 2 Comments

Dr BoutiTiada siapa menyangka Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti akan meninggal dunia dengan cara dibom tetapi penuh misteri. Pelbagai cerita, berita, pandangan diberi. Macam-macam pendapat tentang siapa yang mengebom atau membunuhnya dan mereka di dalam masjid Iman dengan pelbagai versi. Namun, hakikatnya taqdir Allah jua yang mengatasi. Barangkali ada hikmah tersembunyi. Boleh jadi juga niat Dr Bouti yang benar dengan Ilahi. Tiada siapa yang mengetahui. Namun, kebenaran tetap akan terbongkar nanti.

Saya tidak yakin pengeboman dibuat oleh anasir FSA atau aktivis revolusi. Kalau masih ada iman di dalam dada tidak tergamak membunuh diri dan membunuh ulama sedang mengajar dan muridnya yang mengaji. Tidak mustahil kalau diandaikan talibarut regim Basyar yang membuat operasi. Tidakkah Dr Bouti berada dalam kawalan ketat di Damsyik yang tidak mudah anasir FSA menyelinap masuk membawa bom pada diri? Apatah lagi apabila dikatakan Dr Bouti sudah mempunyai kecenderungan untuk tidak menyokong Bashar lagi.

(more…)


Kembara Ilmu 22: Sheikh Nuh: Biografi, Khutbah/Kuliah Dan Sikap

01-01-2011 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 4 Comments

nuhTopik ini sepatutnya ditulis dalam siri kembara ilmu ketika berbicara tentang Sheikh Nuh. Tetapi tiada siapa yang menyangka bahawa ajalnya telah tiba. Justru, catatan ini dibuat bagi berkongsi info tentang biografi beliau, beberapa petikan khutbah dan kuliah serta beberapa sikap melalui temuramah dengan anaknya Dr Muhammad.

Tarikh lahir: 1939

Tempat lahir: ‘Ain Jannna, Muhafazah ‘Ajlun, Jordan.

Bapanya: Syeikh ‘Ali al-Qudha adalah faqih mazhab Syafie.

. (more…)


Kembara Ilmu 21: Sheikhku Dr Nuh,Mufti Jordan Kembali Ke Rahmatullah

21-12-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 1 Komen

nuh salman al-QudhaSelepas 11 tahun meninggalkan bumi Jordan, saya teringin benar kalau dapat bertemu kembali dengan sheikh dan murabbi saya, Dr Nuh Ali Salman al-Qudha. (Pengalaman saya lebih 6 tahun bersamanya diabadikan dalam Kembara Ilmu 7 dan beberapa siri selepasnya) Dalam fikiran, dicongak-congak kalau dapat menunaikan umrah, singgah di Jordan, bertemu dan menjemputnya ke Malaysia. Di Malaysia nanti, boleh disusun pelbagai aktiviti ceramah dan lawatan untuk Sheikh Nuh. Itulah impian saya. Lagipun, tak ramai yang mengenali beliau kecuali para pelajar Malaysia yang pernah belajar di Jordan (yang cakna ilmu) atau mereka yang mengikuti perkembangan ulama Islam. Namun Allah Yang Maha Mengasihi lebih mengasihi Sheikh Nuh. Beliau kembali ke rahmatullah pada pagi Ahad 19 Dis 2010 (13 Muharram 1432) dalam usia 71 tahun  (74 tahun Hijrah) selepas menjalani pembedahan dan rawatan di Austria selama 3 bulan dan kembali ke Jordan tetapi masih dirawat di hospital di Amman. Sabtu malam Ahad saya bermimpi sedang bermain satu permainan, tiba-tiba air besar seperti Tsunami mengatasi bukit muncul. Saya bersyahadah dan azan. Air itu menerpa ke bawah saya tetapi tidak mengenai saya. Saya terjaga. Apa tafsir mimpi itu? Permainan tidur, syaitan atau apa? Ada kaitan dengan kematian itu? Wallahua’lam. rakaman solat jenazah dan pengkebumian (more…)


Kembara Ilmu 20: Matrikulasi SESMA 1985

02-10-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | Tiada Komen

Matrikulasi SESMA85Dalam Kembara Ilmu 1, saya ceritakan mengapa saya tinggalkan UKM dan masuk ‘channel’ lain. Sedikit sahaja saya sebutkan tentang pembelajaran saya di peringkat Matrikulasi UKM di Sekolah Sultan Mahmud, (SESMA) KT. Oleh kerana laman berkaitan rakan-rakan lama di Matrikulasi SESMA itu baharu dibangunkan, maka saya coretkan juga sedikit tentangnya. Tempoh berada di matrikulasi UKM di SESMA dipenuhi masanya dengan belajar. Masa yang agak padat dengan akademik. Ruang masa untuk aktiviti lain tidak banyak. Melihat gambar-gambar lama memang meninggalkan nostalgia. Namun masa yang telah berlalu sepatutnya mengingatkan tentang masadepan yang masih panjang. Masa hanya ada 3. Yang berlalu takkan kembali, yang akan datang belum diketahui, yang sekarang carilah bekal sendiri. Kepada rakan-rakan lama Matrikulasi SESMA yang terserempak dengan portal saya, jemputlah menikmati juadah-juadah ilmu darinya. Terimakasih.


Kembara Ilmu 19: Pemuda Arab Itu Berkata: ‘Aku Lihat! Aku Lihat!’ LailatulQadrkah?

29-08-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | Tiada Komen

lailatul qadarDi akhir Ramadhan, masjid Universiti Yarmouk penuh dengan mereka yang solat Terawih, ditambah dengan malam itu adalah malam-malam terakhir dari Ramadhan. Masjid universiti menganjurkan qiam dan tahajjud.

Pernah sekali dalam tahun akhir 90 an, sekitar pukul 2 atau 3 pagi ketika solat malam dilakukan secara berjemaah di masjid Universiti Yarmouk itu, tiba-tiba seorang pemuda Arab di saf hadapan menangis teresak-esak ketika iktidal. Selesai solat, pemuda Arab itu terus meluru menuju imam, Sheikh Ma’mun sambil berkata dengan kuat: ‘Shuftu! Shuftu’ (Aku lihat! Aku lihat!) Beliau memberitahu sesuatu kepada Sheikh Ma’mun. Saya tak tahu apa yang diberitahu. Hanya pada pagi esok saya bertemu Sheikh Ma’mun bertanyakan tentang pemuda Arab malam tadi. Sheikh Ma’mun beritahu pemuda itu nampak cahaya. Setakat itu sahaja. Soalnya cahaya apakah itu? kuliah lailatulqadr: 1 (914) , 2 (875) (more…)


Kembara Ilmu 18: 7 Kali Ramadhan Di Jordan

10-08-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 2 Comments

bulan sabit penuh sebelah Masjid Raja Husein bin TalalRamadhan menjelang tiba. Sepanjang 7 tahun di Jordan, bermakna 7 kali berpuasa Ramadhan di sana. Mulai sesama pelajar bujang, hingga bersama isteri dan kemudian terpaksa berpuasa seorang kembali (kerana isteri pulang lebih awal).

Qataif antara jenis makanan yang biasanya dijual pada bulan Ramadhan. Bagi saya, nasi tidak penting. Roti boleh, yang lain-lain pun ok. Yang penting bukan makanan, tetapi penghayatan Ramadhan.

(Gambar: Bulan Sabit Sebelah Masjid Raja Husein bin Talal di Amman, Jordan)

Alhamdulillah, al-Quran sentiasa dikhatam sepanjang Ramadhan. Iman kurang, sekali khatam. Iman naik, 2 kali khatam. Fenomena menarik di Jordan ialah ramai di kalangan Arab Jordan membuka al-Quran sepanjang Ramadhan. Cuma cara membacanya tanpa berbunyi, hanya kumat-kamit. Guru saya, Sheikh Dr Nuh sentiasa mengingatkan supaya kalau baca al-Quran bukan hanya lihat (walaupun sudah dapat pahala) tetapi keluar dari mulut walaupun perlahan. (more…)


Kembara Ilmu 17: Sambung MA: Comparative Law Atau Al-Fiqh Wa Usuluhu?

25-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 2 Comments

al-alBayt UnivSelesai pengajian 4 tahun peringkat sarjana muda Syariah di Univ Yarmouk, saya solat Istikharah untuk menyambung pelajaran. Ada 2 pilihan. Sarjana di UIAM dalam bidang Comparative Law. Ia dicadang oleh bapa saudara. Atau Sarjana di Univ al-alBayt, Mafraq, Jordan dalam bidang Syariah, pengkhususan Fiqh dan Usul. Ia adalah pilihan sendiri. Isteri bersama anak akan pulang ke Malaysia setelah isteri selesai belajar peringkat BA Syariah. Selepas Istikharah, kecenderungan ialah menyambung pengajian di Univ al-alBayt, Mafraq, Jordan. Masih tinggal di Irbid bersama seorang sahabat Arab yang menyambung pengajiannya peringkat Sarjana dalam bidang ekonomi di Univ Yarmouk, Irbid, Jordan. Berulang dengan bas hampir setiap hari ke Mafraq. Pemandangan yang sama sahaja setiap hari. Rumah-rumah orang Arab yang simple, sekadar tempat berteduh. Sesekali melintasi beberapa buah rumah yang kelihatan agak mewah dari yang lain. Pokok-pokok Zaitun dan pokok beriklim Mediteranean dan kawasan tanah lapang menjadi penghias pandangan mata. (more…)


Kembara Ilmu 16: Erbakan Dan AnNursi

09-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 2 Comments

istanbul

(Kembara Ilmu 15) Ketika melancung di Turki, suasana hampir pilihanraya. Dalam bas, pemandu bas pasang siaran radio berkait dengan pilihanraya. Tak faham kerana dalam bahasa Turki tetapi kedengaran meriah. Hasil dari pemerhatian selama di Turki saya dapat buat kesimpulan bahawa ahli perniagaan Turki terbahagi dua. Satu kumpulan terang-terang sokong Najmudin Erbakan dan satu lagi yang sekular. Dr Irfan bawa kami ke satu majlis. Saya dapati ramai dari kalangan mereka adalah tokoh akademik dan korporat. Kelihatan mereka cukup islamik. Barangkali kesan dari tulisan dan kesedaran yang dibangkitkan oleh Badiuzzaman Said anNursi melalui Risalah anNurnya masih terkesan sehingga ke dunia moden sekarang walaupun sekular di Turki begitu pekat dan lama. (more…)


Kembara Ilmu 15: Ziarah Turki, PMnya Najmudin Erbakan

29-05-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | 3 Comments

ziarah turkiSelepas melintasi Syria, bas yang dinaiki memasuki sempadan Turki. Antara tempat pertama yang ditempuhi ialah Antakiyyah, bandar kecil yang diceritakan Allah dalam surah Yaasin ceritanya iaitu kisah Habib anNajjar, lelaki yang beriman kepada 3 orang rasul yang diutus ke kampungnya tetapi didustakan oleh penduduk kampung tersebut. Maqam Habib anNajjar berada di bahagian bawah masjidnya. Sepanjang perjalanan ke Istanbul, pemandangan di kiri kanan jalan cukup indah. Mukabumi Turki cukup menarik. Bukit-bukau, lembah, pelbagai rupa mukabumi menghiasi Turki. (more…)


« Older Entries   Newer Entries »