Kategori » Audio khutbah saya

Khutbah Jumaat: Iktibar Isra’ Mikraj

24-04-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

khutbah Jumaat(kemaskini 24 April 2017) Saya berkhutbah Jumaat pada (29 Apr 2016 di Masjid Kg Pasir Minal.Kemaman.

Topiknya berkisar sekitar iktibar dari peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Antara isi penting khutbah-kemuliaan Nabi, kemuliaan umat, hubungan 2 buah masjid, asas perjuangan yang sama dengan Nabi terdahulu, keimanan yang tiada tolok banding dan kata-kata Imam Rafie tentang Isra’ Mikraj:

khutbah-iktibar isra mikraj 29 Apr 16 (176)


Khutbah: 7 Point Dari Isra’ Mikraj

24-04-2017 | Kategori Artikel: Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

Dr Fadhl Hasan Abas(kemaskini 24 April 2017) Isra’ Mikraj mempunyai pelbagai iktibar, pengajaran dan falsafahnya. Tulisan, kupasan dan huraian mengenainya boleh menjangkau sehelai kertas sehingga sebuah buku. Dalam khutbah Jumaat di Masjid Pasir Minal, saya menyebut secara ringkas 7 pengajaran dari Isra’ Mikraj berdasarkan tulisan almarhum Dr Fadhl Hasan Abas dalam kitabnya Nafahat Min al-Isra’ wal Mikraj:

-Hari Nabi SAW, Hari Umat Islam, Hari Aqidah dan Prinsip, Hari Kemanusiaan, Hari Alam Semesta, Hari Sains, Hari Palestin.

khutbah Jumaat: 7 point dari Isra' Mikraj (1053)


Khutbah Jumaat: Kisah Adi bin Hatim, RUU355

09-04-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

taubah 31Saya berkhutbah Jumaat pada 7 Apr 2017 di Masjid Lama Sura, Dungun dengaan memfokuskan kepada kisah Adi bin Hatim, seorang Nasrani yang berpengaruh dalam kaumnya, bertemu Nabi dan berlaku dialog dengan Nabi.

Di antaranya Nabi membacakan ayat al-Quran yang bermaksud: ‘Mereka (Yahudi dan Nasara) mengambil pendita dan paderi sebagai tuhan selain Allah.” Saya mengupasnya dalam khutbah di bawah:

kisah Adi b Hatim, RUU355 mp3 (34)


Khutbah Jumaat: Perginya Murabbi Ummah (Sempena 2 Tahun Pemergiannya)

12-02-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | 1 Komen

Tok Guru Nik Azizkemaskini: 12 Feb 2017: Tulisan lama sebelum ini, diterbitkan kembali sempena 2 tahun pemergian murabbi ummah.

Saya tidak dapat ke Kelantan menyertai pengebumian almarhum Tok Guru atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun hati dan perasaan tetap bersama keluarga Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Hari ini (Jumaat 13 Feb 2015), saya berkhutbah Jumaat di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman mengenai perginya Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz, murabbi ummah. Kami juga solat jenazah ghaib untuknya.

(gambar hiasan: Tok Guru di Markas Kg Bukit Mentok, ketika datang berceramah sempena Sambutan 60 tahun PAS Kemaman beberapa tahun lepas)

Moga Allah menempatkannya di kalangan para Nabi, Siddiqin, Shuhada dan Solehin:

perginya murabbi ummah (627)


Khutbah: RabiulAkhir: Turunnya Surah Al-Hasyr

28-01-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

surah al-hasyr ayat 21-24Beberapa peristiwa berlaku dalam sejarah Islam sempena bulan RabiulAkhir.

Di antaranya turunnya surah Al-Hasyr. Ia mengandungi 24 ayat, turun di Madinah.

Ia berkait dengan berhimpunnya musuh Islam untuk memerangi Nabi, sehingga Allah memerintahkan Nabi supaya mengusir Yahudi yang berniat jahat terhadap Nabi.

Begitu juga ayat-ayat lain dalam surah tersebut yang menyentuh beberapa perkara lain.

Saya khutbahkan kandungan surah Al-Hasyr itu dalam khutbah di bawah di Masjid Kg Pasir Minal pada 27 Jan 2017:

khutbah surah Al-Hasyr (74)


Khutbah Jumaat: Sifat Nabi Di Akhir Ayat Surah atTaubah

23-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

akhir taubahSaya berkhutbah Jumaat hari ini (23 Dis 2016) di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman dengan fokus kepada bulan RabiulAwwal mengenai kelahiran Nabi dan kesinambungan perjuangan Nabi serta peringatan Nabi tentang peristiwa akhir zaman:

 

sifat Nabi di ayat akhir surah atTaubah (110)


Khutbah Jumaat: Halab Dan Hadis Akhir Zaman

19-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

Masjid Lama SuraSaya berkhutbah Jumaat (16 Dis 2016) di masjid Lama Sura, Dungun. Isunya tentang Perang yang dilancarkan oleh regim Asad bersama tentera mulhid Rusia dan sekutu mereka terhadap Halab.

Saya kupas melalui beberapa hadis akhir zaman yang ada kaitan dengan apa yang berlaku.

Silakan mendengarnya:

khutbah Halab (133)

(Gambar: Masjid Lama Sura sebelah malam)


Khutbah: Lahir Rasulullah, Tegak Keadilan Dan Sifat Amanah

10-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

Maulid(kemaskini  12 Dis 2016) Lahirnya Muhammad bin Abdullah. Di saat Semenanjung Tanah Arab dan dunia dipenuhi jahiliyyah. Manusia tidak tahu cara beribadah. Yang kuat menerkam yang lemah. Yang kaya menindas si miskin dan menghisap darah. Pelbagai berhala disembah. Ketika umur Muhammad SAW mencapai 35 tahun, dibina semula Kaabah. Qabilah Arab merasa berhak meletak Hajar al-Aswad lalu berbalah. Nabi menjadi penyelesai masalah. Seorang yang mulia penuh amanah. Keadilan ditegak, kezaliman disanggah.  ’Sesiapa bina kolam tak jaga dengan senjata, kolamnya diroboh. Sesiapa tak buat zalim, dia akan dizalimi’ ini syair jahiliah. Nabi lahir membanteras sistem jahiliah, tegakkan al-hakimiyyah lillahi wahdah. Sempena maulidnya, saya berkhutbah seperti di bawah:

lahir Rasulullah, tegak keadilan dan amanah (691)


Khutbah Jumaat: Konsep Merdeka, Perjuangan Nabi Ibrahim

26-08-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

kata-kata UmarSaya berkhutbah Jumaat hari ini (26 Ogos 2016) di Masjid Lama Kg Sura, Dungun.

Saya fokus kepada 2 perkara yang akan disambut: hari kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 2016 dan Eid al-Adha.

Saya kupas mengenai perjuangan Nabi Ibrahim tegakkan tauhid, hubungan dengan anak-cucnya Nabi Muhammad SAW yang menegakkan tauhid dan syariat serta konsep kemerdekaan menurut Islam.

(Gambar: Kata-kata Umar al-Khattab ‘Bila kamu jadikan manusia sebagai hamba? sedangkan ibu mereka lahirkan mereka dalam keadaan merdeka’

khutbah konsep sebenar merdeka 26 Ogos 16 (137)


Khutbah: Sesal Di Akhirat Tiada Gunanya

01-08-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya | Tiada Komen

Ya LaitaniSaya berkhutbah Jumaat (29 Julai 2016) di Masjid Kg Pasir Minal dengan tajuk ‘Sesal Di Akhirat Tiada Gunanya’ berdasarkan ayat-ayat al-Quran berkenaan pengiktirafan orang kafir dan mereka yang berdosa dengan ungkapan ‘ Ya Laitana’ atau ‘Ya laitani’.. (alangkah baiknya kalau…).

Khutbahnya seperti di bawah:

Sesal di akhirat tiada guna 29 Jul 16 (284)

 


« Older Entries