Kategori » Khutbah Jumaat: Teks & Audio

Khutbah Jumaat: Konsep Merdeka, Perjuangan Nabi Ibrahim

26-08-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

kata-kata UmarSaya berkhutbah Jumaat hari ini (26 Ogos 2016) di Masjid Lama Kg Sura, Dungun.

Saya fokus kepada 2 perkara yang akan disambut: hari kemerdekaan Malaysia 31 Ogos 2016 dan Eid al-Adha.

Saya kupas mengenai perjuangan Nabi Ibrahim tegakkan tauhid, hubungan dengan anak-cucnya Nabi Muhammad SAW yang menegakkan tauhid dan syariat serta konsep kemerdekaan menurut Islam.

(Gambar: Kata-kata Umar al-Khattab ‘Bila kamu jadikan manusia sebagai hamba? sedangkan ibu mereka lahirkan mereka dalam keadaan merdeka’

khutbah konsep sebenar merdeka 26 Ogos 16 (11)


Khutbah: Sesal Di Akhirat Tiada Gunanya

01-08-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya | Tiada Komen

Ya LaitaniSaya berkhutbah Jumaat (29 Julai 2016) di Masjid Kg Pasir Minal dengan tajuk ‘Sesal Di Akhirat Tiada Gunanya’ berdasarkan ayat-ayat al-Quran berkenaan pengiktirafan orang kafir dan mereka yang berdosa dengan ungkapan ‘ Ya Laitana’ atau ‘Ya laitani’.. (alangkah baiknya kalau…).

Khutbahnya seperti di bawah:

Sesal di akhirat tiada guna 29 Jul 16 (119)

 


Khutbah Eid al-Fitr 1437 H

10-07-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya | Tiada Komen

raya 2016Saya solat Eid al-Fitr 1437H di Surau Kg Jabur Kubur, Cukai, Kemaman, berdekatan dengan rumah.

Saya sampaikan khutbah Eid al-Fitr seperti rakaman di bawah:

khutbah Eid AlFitr 1437H (60)


Khutbah Jumaat: Di Penghujung Ramadhan 1437H

01-07-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

akhir RamadhanSaya berkhutbah pada hari ini (Jumaat 1 Julai 2016 / 26 Ramadhan 1437 H) di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman.

Saya baca syair dalam bahasa Arab yang ditulis tentang akhir Ramadhan. Kata-katanya sangat menarik, menggambarkan hakikat Ramadhan, pengisiannya dan  bagaimana keadaan mereka yang masuk ke dalam Ramadhan itu.

Saya kongsikan:

Di Penghujung Ramadhan (59)


Khutbah Jumaat: Al-Quran, Perlembagaan Yg Ditinggalkan

20-06-2016 | Kategori Artikel: Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

Perlembagaan Malaysia(kemaskini 21 Jun 16) Allah menurunkan al-Quran pada bulan Ramadhan. Sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia. Kemudiannya secara berperingkat menurut suasana, keadaan, keperluan dari semasa ke semasa dalam tempoh 23 tahun. Al-Quran adalah petunjuk, tapi bukan sebarang petunjuk. Petunjuk yang telah mengubah suasana jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW kepada satu keadaan masyarakat bertamaddun tinggi sangat hebat dalam sejarah kemanusiaan. Mereka hebat kerana menuruti al-Quran. Namun, manusia kini jatuh semula ke dalam lubuk jahiliyyah moden apabila al-Quran ditinggalkan. Allah berfirman, bermaksud: “Dan Rasul (Nabi Muhammad SAW) bersabda: Sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini sebagai sesuatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai.” al-Furqan: 30.

Bagaimana bentuk al-Quran ditinggalkan? Ada beberapa bentuk al-Quran ditinggalkan (Ibn Kathir j3 ms 423):

khutbah Jumaat: AlQuran: Perlembagaan yang ditinggalkan (669)

(more…)


Khutbah Nabi Akhir Syaaban: Memasuki Ramadhan

30-05-2016 | Kategori Artikel: Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

marhaban ya ramadhan(kemaskini 30 Mei 16): Saya berkhutbah Jumaat di Masjid Pasir Minal Jumaat akhir Syaaban. Terlambat sedikit uploadnya kerana masalah teknikal. Saya membacakan khutbah yang dibaca oleh Nabi di akhir Syaaban sebelum masuknya Ramadhan. Saya juga mengaitkan tarbiyyah Ramadhan yang menyediakan pelbagai peluang untuk membersihkan diri dengan pembersihan sistem yang ada. Diri yang telah bersih dek Ramadhan mesti melampaui orang lain, bukan untuk peribadi sahaja.

Ramadhan Bulan Bersih (323)

Salman al-Farisi meriwayatkan, Nabi SAW berkhutbah:

“Wahai sekalian manusia! Telah muncul kepada kamu bulan yang mulia, yang berkat, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam lebih bernilai dari seribu bulan. Bulan Allah memfardhukan ke atasmu berpuasa di siang hari, mendirikan malam ( solat tarawih) sebagai sunat di malam hari.

(more…)


Khutbah: Pengajaran Dari Perang Bani Mustaliq/Al-Muraisi’ Dan Hadith al-Ifk

14-05-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

Masjid Kg Pasir MinalSaya berkhutbah Jumaat di Masjid Kg Pasir Minal pada 13 Mei 16 (6 Syaaban 1437H).

Isi khutbah mengenai 2 peristiwa yang berlaku dalam sirah Nabi SAW iaitu Perang Bani Mustaliq atau Perang al-Muraisi’ dan hadith al-ifk (fitnah terhadap Aisyah).

Saya mengambil beberapa pengajaran dari 2 kisah tersebut:

khutbah pengajaran dari Perang Muraisi3 dan hadith al ifk 13 Mei 16 (58)


Khutbah: 7 Point Dari Isra’ Mikraj

05-05-2016 | Kategori Artikel: Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

Dr Fadhl Hasan Abas(kemaskini 5 Mei 2016) Isra’ Mikraj mempunyai pelbagai iktibar, pengajaran dan falsafahnya. Tulisan, kupasan dan huraian mengenainya boleh menjangkau sehelai kertas sehingga sebuah buku. Dalam khutbah Jumaat hari ini di Masjid Pasir Minal, saya menyebut secara ringkas 7 pengajaran dari Isra’ Mikraj berdasarkan tulisan almarhum Dr Fadhl Hasan Abas dalam kitabnya Nafahat Min al-Isra’ wal Mikraj:

-Hari Nabi SAW, Hari Umat Islam, Hari Aqidah dan Prinsip, Hari Kemanusiaan, Hari Alam Semesta, Hari Sains, Hari Palestin.

khutbah Jumaat: 7 point dari Isra' Mikraj (936)


Khutbah Jumaat: Iktibar Isra’ Mikraj

29-04-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

khutbah JumaatSaya berkhutbah Jumaat pada hari ini (29 Apr 2016) di Masjid Kg Pasir Minal.Kemaman.

Topiknya berkisar sekitar iktibar dari peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku kepada Baginda Nabi Muhammad SAW.

Antara isi penting khutbah-kemuliaan Nabi, kemuliaan umat, hubungan 2 buah masjid, asas perjuangan yang sama dengan Nabi terdahulu, keimanan yang tiada tolok banding dan kata-kata Imam Rafie tentang Isra’ Mikraj:

khutbah-iktibar isra mikraj 29 Apr 16 (83)


Khutbah Jumaat: Jangan Tertipu Dengan ….

08-04-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

kata-kata Hatim Al-AsomSaya berkhutbah Jumaat hari ini 8 Apr 2016 di Masjid Kg Pasir Minal, Kemaman. Saya petik kata-kata Hatim Al- Asom (Antara ulama Ahli Sunnah abad ke 3, asal Balkh, Khurasan, bersahabat dengan Shaqiq al-Balkhi, meninggal 237H): ” Jangan tertipu dengan tempat yang baik. Tiada tempat paling baik dari syurga, sedangkan Adam telah menemui apa yang dia temui. Jangan tertipu dengan banyaknya ibadah, kerana iblis-selepas lamanya beribadat-dia bertemu dengan apa yang dia temui. Jangan tertipu dengan banyaknya ilmu, kerana Bal’am tahu nama Allah Yang Mulia, tetapi lihatlah apa yang dia temui. Jangan tertipu dengan dapat melihat orang soleh, kerana tiada seorang lebih tinggi darjatnya di sisi Allah melebihi Nabi SAW, malangnya kaum kerabat dan musuhnya tidak mengambil manfaat dari bertemunya mereka dengan Baginda.”

khutbah Jumaat: Jangan Terttipu Dengan .... 8 Apr 16 (131)

 


« Older Entries