Kategori » Ulama/Ulama Pelapis

Resolusi Multaqa Ulama Se Malaysia 2015

22-02-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

wakil DUPNT berucap di Multaqa UlamaMULTAQA ULAMAK SEMALAYSIA II BERTEMAKAN TERUS ISTIQAMAH BERSAMA KEPIMPINAN ULAMAK YANG DIADAKAN PADA 21 FEBRUARI 2015 DI STADIUM TERTUTUP MBSJ, SERDANG JAYA SELANGOR TELAH MENGAMBIL KETETAPAN MELALUI RESOLUSI YANG DIRUMUSKAN:

1- Seluruh kepimpinan DUPP dan peserta Multaqa merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas pemergian Allahyarham menemui penciptanya. Segala hasrat dan inspirasi perjuangan Islam Allahyarham yang masih belum terlaksana akan diusaha dan diperjuangkan sehingga dapat direalisasikan menjadi kenyataan.

2- Multaqa Ulama Se-Malaysia ll kali ini menyeru dan menuntut setiap pemimpin dan ahli PAS supaya beristiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam, memandangkan cabaran dan tribulasi perjuangan PAS pada hari ini semakin mencabar dari luar dan dalam.

3- Multaqa Ulamak Semalaysia ll turut mengambil ketetapan untuk menyokong usaha Kerajaan Kelantan bagi mengemukakan rang undang undang persendirian ke Parlimen untuk pelaksanaan hudud di Kelantan meskipun dibantah oleh DAP dan PKR.

(more…)


UCAPTAMA PEMANGKU KETUA DUPP DI MULTAQA ULAMA SEM’SIA 2015

22-02-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

multaqaTERUS ISTIQAMAH BERSAMA KEPIMPINAN ULAMA

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan dengan berkata: “Tuhan kami adalah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang benar, akan turunlah malaikat kepada mereka seraya berkata “Janganlah kamu takut dan janganlah kamu berdukacita, terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. ( Fussilat :30 )

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Allah SWT diatas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita semua dalam memperjuangkan agama-Nya diatas muka bumi ini. Sempena Multaqa Ulama Se-Malaysia yang di anjurkan oleh Dewan Ulama PAS Pusat pada tahun ini, saya mengajak seluruh hadirin dan hadirat untuk mengingati kembali penglibatan awal kita ke dalam Parti Islam Se-Malaysia PAS. Jadikanlah intima kita dalam PAS adalah semata-mata untuk mardhatillah dan buka selainnya.

(more…)


Menangkis Label Buruk Terhadap Ulama Haraki

09-11-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

ulamaUlama pewaris Nabi. Baginda tidak meninggalkan dinar dan dirham tetapi meninggalkan ilmu. Ulama haraki bukan sahaja mencari dan mendalami ilmu tetapi juga menangani isu yang dialami oleh umat Islam. Mereka yang tidak suka kepada ulama haraki sengaja melabelkan mereka dengan pelbagai label buruk. Ia bertujuan menjauhkan umat dari ulama haraki, Saya menukilkan sebuah artikel yang baik untuk dibaca bagi menjawab dan menangkis serangan yang dibuat terhadap ulama haraki.

MENANGKIS LABEL-LABEL BURUK TERHADAP ULAMAK HARAKI DI KALANGAN PENYOKONG PAS DAN PR SENDIRI

Firman Allah, bermaksud, “Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (para ulamak).” Faathir: 28

Sabda Nabi SAW bermaksud, “Ulamak ialah pewaris para Nabi”.Riwayat Imam at-Tirmizi

MUKADDIMAH

Mutakhir ini, ulamak di dalam Pas diserang dgn pelbagai persepsi buruk drpd segenap sudut. Mereka ditohmah sebagai tidak pandai berpolitik, tidak tahu berorganisasi, eksklusif dalam mengeluarkan hukum, gila kuasa dan banyak lagi. Terbaru, mereka dianggap penghalang kepada kelicinan proses tahaluf siyasi Pas di dalam PR.

Bahkan ada pihak yg sanggup pergi lebih jauh sehingga sampai sanggup menggelarkan ulamak Pas sebagai berhala suci yang wajib dihapuskan. Ada juga yang sampai menyamakan ulamak Pas dengan instituisi paderi dlm kristian. Yang lebih menarik, serangan liar ini bukan datang daripada orang luar Pas, tetapi daripada lingkungan penyokong dalaman mereka sendiri.

(more…)


Seminar Penghayatan Hududullah: Ucapan Penutup Oleh Presiden PAS

26-10-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

penutup seminar penghayatan hududullahSaya mencatat butiran ucapan penutup Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Seminar Penghayatan Hududullah pada 26 Okt 2014 (2 Muharram 1436 H) di Kuala Terengganu:

Saya mahu tarik perhatian kepada beberapa perkara sahaja kerana pembentangan kertaskerja sejak dari pagi tadi telah jelas.

Ayat al-Quran yang dibaca mengenai hukum jenayah menunjukkan Islam adalah agama lengkap dan syumul, bukan agama peribadi sahaja, bahkan Islam yang didaulatkan dalam bentuk negara dan pemerintahan.

Inilah seruan dan dakwah para Rasul, terutama Nabi Muhammad SAW.

Kejayaan Islam perintah dari Timur hingga Barat, di saat tiada alat teknologi, masyarakat yang  sangat majmuk menghasilkan tamadun yang sangat hebat.

Islam yang dikudung, dipotong, dirobek oleh penjajah bukanlah Islam yang sebenar.

(more…)


Seminar Penghayatan Hududullah: K.kerja 1: Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993

26-10-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

perasmian Seminar HududullahSaya membuat catatan selari dalam Seminar Penghayatan Hududullah yang berlangsung di Permai Inn, Kuala Terengganu pada hari Ahad 2 Muharram 1436 H (26 Okt 2014). Kertas kerja 1: Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993: Rang Undang-Undang Persendirian- Selangkah ke Arah Perlaksanaan disampaikan oleh YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli bin Dato’ Hj Hassan. Di bawah beberapa point yang sempat saya catat:

-Jenayah syariah terdiri dari hukum hudud, qisas, takzir

-Hukum hudud datang dalam bentuk qat’i dilalah, qat’i thubut. Tiada khilaf di kalangan ulama.

-Hukum Allah berkait puasa, ibadat boleh diterima tetapi kenapa hukum berkait jenayah ditolak.

(more…)


Mini Forum: Islam Dijulang, Ummah Gemilang

25-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

mini forumSehari sebelum Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Kulaijaya, Johor tempohari, Surau Ibn Sina di sana mengadakan mini forum dengan tajuk ‘Islam Dijulang, Ummah Gemilang’ selepas solat Isyak . Ahli panel hanya saya seorang dengan dibantu oleh moderator yang juga banyak memberi taujihat. Saya kongsikan rakaman audionya di bawah:

forum1 (319) forum2 (307) forum3 (308)


Ucapan penggulungan Dato’ Dr Haron Din Dlm Muktamar Tahunan PAS ke 60:

22-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

haron dinCatatan ini dibuat ketika Timbalan Murshidul Am PAS, Dato Dr Harun Din membuat penggulungan di akhir Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 60. Semoga saranan dan nasihatnya dipatuhi oleh semua pihak.

Kita datang ke muktamar untuk perbetulkan keadaan, muhasabah, maka tidak boleh bertelingkah, bertelagah.  Sebab itu saya peringatkan semalam terutama isu Majlis Syura Ulama yang  tidak perlu lagi dipanjangkan

Kasihilah sebanyak mana pun PAS, PR tetapi akhirnya kena ada reserve kemungkinan kita berpisah dengan PAS, samada dipecat, kita tinggalkan perjuangan, mati. Begitu juga kena ada reserve kemungkinan PAS  terkeluar atau dikeluarkan dari PR, ibarat talaq terhadap isteri. Ada syarat dan rukun tentang tahaluf, termasuk Majlis Syura Ulama sediakan kertaskerja kaji positif negatif tahaluf.

Hukum tertinggi kita Quran, Hadis, Ijmak Ulama, Qias, bukan muktamar, Dewan Ulama atau yang lainl

Majlis Syura Ulama ada kuasa buat keputusan kesinambungan tahaluf samada terus atau tidak

Perkasakan Majlis Syura Ulama dengan cara patuhi keputusan yang telah dikeluarkan

(more…)


Ucapan Dr Abdul Mu’ti wakil HAMAS dalam Muktamar Dewan Ulama ke 53:

22-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

ex jordanian di muktamar ulamaWakil HAMAS, DR Abdul Mu’ti Zarqut berucap dan berkongsi pengalaman sempena Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali ke 53 baru-baru ini. Ucapan tersebut dalam bahasa Arab, tanpa diterjemah. Saya catat beberapa intipati ucapannya untuk perkongsian bermanfaat kita bersama:

(Gambar: Sahabat-sahabat sepengajian di Jordan suatu masa dahulu di Muktamar DUPP kali ke 53)

Allah yang beri nikmat iman, nikmat persaudaraan

Kalau tidak kerana nikmat ini, tentulah nikmat lain lebih kecil lagi

Moga Allah berkati segala usaha yang dicurahkan untuk Islam dan umat.

Saya sampaikan salam daripada umat Palestin terutama daripada Khalid Misyaal, Ismail Haniyah dan lain-lain dari Gaza.

Bumi Gaza dan sekitarnya ialah bumi Isra dan Mikraj yang mulia. Ada beberapa ayat al-Quran yang sebut tentang bumi yang berkat itu. Banyak kelebihan Masjid Al-Aqsa dalam hadis.

Inilah tempat yang kami perjuangkan, dari Sheikh Izzuddin Al-Qassam hingga sekarang,juga Amin Al-Husin, Sheikh Ahmad Yasin yang uzur dan orang kurang upaya, hanya lidah sahaja yang mampu berjihad, meninggalkan di belakangnya Kataib Al-Qassam yang dididik dengan ibadat, solat berjemaah, hidup yang payah, jihad kerana pertahankan bumi Palestin.

(more…)


Intipati Ucap Utama Pemangku Ketua DUPP Dato Ust Haji Ahmad Yakob:

22-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

Pertegas Prinsip PerjuanganMuktamar Dewan Ulama PAS Pusat Kali ke 53 baru-baru ini berlangsung dengan tema “Pertegas Prinsip Perjuangan’. Seperti biasa, saya mengambil peluang mengutip beberapa intipati ucaptama perasmian untuk dikongsikan dengan saudara-saudara yang mahu bersama dengan kepimpinan ulama, yang mungkin tidak sempat membaca, mendengar atau mengikuti ucap utama tersebut:

Moga Allah terima amal soleh almarhum Dato Harun Taib

Adakah kita sudah tunaikan segala amanah selepas muktamar tahun.lepas?

250 ulama berkumpul pada tahun 1951, tubuh parti Islam..

Sejarah disingkap supaya hayati perkara ini. Walaupun banyak parti lain ditubuh, tetapi tidak kekal. Ketahanannya ialah kerana dasar al-Quran, Hadis, Ijmak, Qias dan kepimpinan ulama dalam PAS.

Dengan Islam kita perjuangkan, dengan Islam kita cari kawan. Kita tidak tertarik kepada ideologi lain dari Islam walapun nampak hebat

(more…)


Ucapan Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat kali ke 53 oleh TG Dato Dr Harun Din:

21-09-2014 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

NSTPSaya mencatat patah-patah ucapan (dalam bentuk point) Dato Dr Harun Din ketika beliau merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS kali ke 53 baru-baru ini. Saya kongsikan dengan saudara moga dapat manfaat untuk dibuat panduan dari seorang yang alim:

Alhamdulilah kerana Allah letak kita dlm harakah islamiah

Moga muktamar ini dapat mencairkan yang beku, mengumpul yang berselerak untuk menghadapi hari yang lebih baik, bukan sebaliknya

Kena isi dengan agenda ummah

Kalau lebih buruk, mesti dilipatgandakan untuk atasi yang buruk

Mesti berpegang dengan prinsip

Petikan kata: ‘umat hadapi pelbagai masalah, isu dan krisis. Reaksi ummah itu berbeza, yg lemah akan tunduk kpd masalah. Umat yang kuat tegak, tidak menyerah dan terus harungi hingga menang.’

PAS yang dipelopori oleh ulama hingga kini menjadi tunggak parti, tempat rujukan ahli

(more…)


« Older Entries   Newer Entries »