Kategori » Ulama/Ulama Pelapis

Dato Harun Taib: Mengangkat Darjat Muslimat, Arkitek Tarbiah PAS, Penegak Hukum Islam

03-05-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

Seminar Pemikiran Harun TaibBedah buku Almarhum Dato Harun Taib

Oleh Prof Kamaruzzaman Yusof
Sempena Seminar Pemikiran Dato Harun Taib

Buku 1: Muslimat Pembangun Umat

1. Almarhum antara orang yang awal perkenalkan pendidikan Islam berinstitusi hingga dapat melahirkan modal insan dan tenaga penting dalam PAS.

2. Almarhum mampu mencerap keadaan semasa dan bertindak tangkas untuk selesaikan isu dalam masyarakat.

3. Beliau antara yang awal menulis buku tentang pendidikan dan tarbiah wanita.

4. Almarhum perkenalkan dan fokus tafsir ayat al-Quran khusus tentang wanita.

5. Almarhum menelusuri kehidupan sahabiah sebagai panduan bagi muslimat PAS.

6. Jelmaan dari buku ini ialah kedudukan wanita diangkat dengan ditubuhkan JK Alimat yang ada ilmu tentang agama, berfungsi sama seperti ulama lelaki.

(more…)


Retreat Lajnah Persekolahan DAR Dewan Ulama PAS Terengganu Perkemas Pengurusan DAR

01-04-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

pesertaDato Husin, YB Ust Md Nor, Ust Ibrahim

Jumaat 1 Apr 2016 Paka-Lajnah Persekolahan DAR di bawah Dewan Ulama PAS Terengganu mengadakan retreat mulai Khamis malam Jumaat 31 Mac 216 sehingga jam 12 tengahari Jumaat 1Apr 2016 bertempat di Rumbia Resort, Paka. Retreat dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Dato Hj Husin Awang.

Dalam ucapannya beliau mengimbau sejarah panjang PAS semenjak dari awal dalam isu berkaitan pendidikan. Institusi pondok, madrasah menjadi benteng bagi perjuangan Islam dan menyuburkan kefahaman dan kesedaran tentang ilmu Islam itu sendiri yang bersifat menyeluruh.

Beliau juga mengimbau pelbagai usaha yang dibuat oleh PAS, samada di peringkat Pusat hinggalah ke bawah untuk menyuburkan pelbagai institiusi pendidikan, bermula dari pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, dan peringkat institusi pengajian tinggi.

Secara lebih khusus, Dato Husin menyentuh sistem pendidikan DAR di Terengganu yang dicetus oleh pemimpin terdahulu seperti almarhum Ustaz Abu Bakar Chik, almarhum Dato Harun Taib dan lain-lain lagi, termasuk Presiden PAS yang masih ada sekarang.

(more…)


Ulama Dan Asatizah Dalam PAS Perlu Faham Peranan

20-03-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

1msyrt agung uupkk 16Urusan Ulama PAS Kemaman telah mengadakan mesyuarat agungnya kali ke 12 di Pasti Nurul Ihsan, Kg Pasir Minal selepas solat Jumaat 18 Mac 2016. Perasmian disempurnakan oleh Ustaz Mukhtar Senik, AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Ulama PAS Pusat. Saya membuat catatan ringkas intisari ucapan perasmian beliau:

1. Apabila Allah kehendaki kebaikan kepada satu kaum, Allah jadikan pemimpinnya orang yang baik.

2. Kita bersyukur kerana Allah letak kita dalam jemaah yang ikut ciri betul

3. Allah pilih kita dalam wadah ulama

4. Bila ulama beramal, dia jadi wali Allah atas bumi. Wali Allah ialah orang yang beriman dan beramal. Dalam hadis qudsi Allah sebut bahawa Allah akan balas orang yang berseteru dengan waliNya.

(more…)


Dewan Ulama PAS Pusat Anjur Tamrin Qiadi Ulamak Peringkat Kebangsaan

29-11-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

tamrin qiadi DUPPMachang, 27hb November – Dewan Ulamak PAS Pusat di bawah Lajnah Tarbiahnya menganjurkan Tamrin Qiadi Ulamak Peringkat Kebangsaan. Ianya merupakan program kedua terbesar yang dianjurkan Lajnah Tarbiah DUPP selepas Ijtimak Nuqaba sebelum itu.

Program tamrin ini yang diadakan di MADU Machang telah dihadiri oleh semua perwakilan ulamak dari semua peringkat dewan tersebut di setiap negeri.

Dalam ucapan aluan oleh Ketua Lajnah Tarbiah Dewan Ulamak PAS Pusat, al fadhil Dato Hj Husin Awang  merakamkan ucapan terima kasih kepada Dewan Ulamak PAS Kelantan yang menjadi tuan rumah kepada Program Tamrin Qiadi tersebut. Menurut beliau lagi,  objektif utama program ini ialah menghimpunkan seluruh ulamak di seluruh negara untuk menyelaraskan fikrah dan tindakan mereka .

“Ianya penting untuk melahirkan ulamak yang mampu menjadi lidah rasmi kepada jemaah untuk menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan perjuangan PAS” ujar beliau lagi di hadapan perwakilan ulamak yang memenuhi dewan MADU.

Serangan Terhadap PAS Gagal Hakis Gelombang Sokongan Yang Kian Meningkat

(more…)


Kemaman Tuanrumah Hari Kecemerlangan DAR (Sek Ren Islam)

25-11-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

majlis kecemerlangan DARChendor 25 Nov 15-Dewan Ulama PAS Terengganu melalui Lajnah Persekolahan mengadakan hari kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) peringkat negeri pada hari ini.

Sekolah Rendah Islam Darultaqwa Kemaman yang menjadi tuanrumah pada tahun ini memilih sebuah resort di Chendor bagi memberi keselesaan kepada semua.

Seramai 45 pelajar menerima anugerah kecemerlangan UPSRI, dari 12A, 11A dan seterusnya.
30 orang pelajar dari Sekolah Rendah Islam Darultaqwa Kemaman juga menerima sijil khas.

(more…)


Tuan Guru Dan Ulama Pondok Seluruh Kelantan Ikrar Pertahan PAS Dari Musuh

18-10-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

ijtimak ulama pondokKELANTAN, 16hb Oktober 2015 : Perhimpunan seluruh para ulamak dan guru pondok semalam memberikan satu penghormatan yang besar bagi PAS. Sempena Ijtima‘ Ulama dan Guru-Guru Pondok Negeri Kelantan yang berlangsung semalam menyaksikan kesungguhan ulamak dalam mendokong perjuangan Islam . Pondok Pasir Tumbuh menjadi saksi tekad dan ikrar mereka untuk memberikan peringatan kepada musuh Islam, sama ada merancang menghancurkan Islam serta memusnahkannya.

Antara intipati ikrar mereka , akan terus istiqamah dalam perjuangan Islam, memberikan wala’ kepada pimpinan selagimana dasar serta pegangannya Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Mereka juga berjanji , komited menyokong kepimpinan ulamak menjadi teras utama memimpin gerakan Islam ini. Tidak akan bertolak ansur dengan  mana-mana pihak untuk menghancurkan Islam.

Menghapuskan segala entiti asing, dengan hanya berkiblatkan matlamat memecah belahkan jemaah dan menyuntik fahaman songsang dalam minda aktivis Islam. Memperanankan institusi pondok dalam melahirkan ilmuwan Islam yang membantu gerakan dakwah serta menyampaikan wajah fikrah Islamiyyah sebenar.

Berikut adalah ikrar penuh ulama-ulama pondok :

(more…)


Dato Husin Awang: Nuqaba Ulama Mesti Terus Istiqamah

11-10-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

Ijtimak nuqaba DUPP1Saya menghadiri Ijtimak Nuqaba Peringkat Kebangsaan Dewan Ulama PAS Pusat yang diadakan di Taman Melewar, Gombak pada hari Sabtu 10 Oktober 2015. Perasmian dan Ucaptama disampaikan oleh Dato Hj Husin Awang, Ahli Majlis Syura PAS, AJK DUPP, Ketua Lajnah Tarbiah DUPP dan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu. Saya membuat catatan selari ucapan tersebut. Saya kongsikan dengan saudara:

1. Semua pihak sepakat dan setuju  tentang peranan tarbiah kerana tarbiahlah sebagai medium penting untuk memastikan kelangsungan jemaah.

2. Tarbiah membentuk sikap, akhlak pendokong, membina peribadi peminpin dan ahli. Semua sifat ini menjadi syarat untuk mendapat kemenangan dari Allah.

3. Dalam arus perjuangan yang kita lalui, dalam pasang surut perjuangan, Islam tetap terpelihara sebagai janji Allah. Kemenangan pasti dari Allah. Soalnya bila? Kita serah kepada Allah. Kita wajib percaya dengan janji Allah. Kita juga wajib percaya pertembungan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur akan berterusan. Semua ini menuntut kita terus istiqamah supaya tetap atas dasar, prinsip dan perjuangan.

(gambar: bersama Ustaz Nazri Yusuf, sahabat lama sama-sama belajar di Pondok Tuan Hj Ali Hj Musa, Kg Siliau, NS)

(more…)


Intisari Ucapan Perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke 54 Dato Dr Harun Din:

10-06-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

Ust Nik Abdu, Ust Hasan MdSaya membuat catatan selari ucapan Dato Dr Harun Din. Intisarinya seperti di bawah:

1. Kita bermuktamar dgn penuh iltizam, hayati arahan, panduan Nabi:

‘Wajib kamu berjemaah, hati2 jgn sampai berpecah. Syaitan goda seorg, kalau dua org susah goda. Kalau nak mewah syurga mesti dlm jemaah.’
Mafhum hadis.

2. Perjuangan PAS bukan hanya utk berjaya di dunia shj. Kalau perjuangan x berteras kpd wahyu, tentulah dunia akan jadi mtlmt.  Allah sebut:

Sesiapa yg mahu berjaya di dunia shj, kami segerakan utknya di dunia. Sesiapa yg Kami kehendaki..’

(more…)


Taklimat EKJS II Kelantan 1993 (Pindaan 2015): Ucapan Presiden PAS

04-04-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

Tok Guru dlm taklimat EKJS IISaya juga membuat catatan selari, memetik intipati ucapan Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS dalam ucapan perasmian penutup:

1. Memulakan ucapan dgn ayat al-Quran mengenai msyrkt majmuk di Madinah & respon mereka mengenai hukum syarak.

2. Byk hukum dlm Quran, sama dgn Taurat. Antaranya hudud dan qisas.

3. Ahli kitab keluarkan kenyataan yg menyakitkan hati Nabi & mukmin.

4. Org Yahudi yg beriman spt Abdullah b Salam buktiktan benarnya hukum syarak.

(more…)


Taklimat Enakmen Kanun Jenayah Syariah EKJS II Kelantan 1993 (Pindaan 2015)

04-04-2015 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

taklimat EKJS IISaya membuat catatan selari dalam kehadiran saya di program tersebut di atas. Di bawah adalah intisari ucapan Dato Dr Fadhli Hasan, Exco Kelantan:

1. Dimulai dgn ayat Quran ttg kewajipan taat kpd perintah Allah, jgn cari alasan utk engkar.

2. Kita tiada alasan tolak hukum Allah walaupun msyrkt Malaysia telah dihidangkan dgn hukum Inggeris sedia ada yg sebenarnya sgt asing dgn Melayu, India, Cina.

3. Undang2 Inggeris ganti undang2 adat Melayu, juga undang2 adat cina.

4. Common law of England ini diimpot ke Tanah Melayu walaupun sangat asing dan tiada kaitan dgn semua bangsa di Malaysia.

5. Undg2 Inggeris sudah lebih 250 tahun diguna di Malaysia, dan sudah byk kali dipinda.

(more…)


« Older Entries   Newer Entries »