Kategori » Ulama/Ulama Pelapis
Coretan Peribadi Di Ijtimak Kelantan 2017
29-07-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada KomenTengahari Khamis (20 Jul 17), panjat Banjaran Titiwangsa ke Pengkalan Hulu. Pagi Jumaat (21 Jul 17), sekali lagi panjat Banjaran Titiwangsa ke Kota Bharu, menghadiri Ijtimak Perpaudan Ummah Rantau Asia (IPURA) kali ke4 di Kota Bharu, Kelantan. Kali ini hadir di atas tiket petugas IT, membantu Ust Kamal, mewakili IT Dewan Ulama PAS Pusat, membuat liputan berita sepanjang IPURA tersebut. Saya bertugas dalam Dewan Kelantan Trade Centre (KTC), mengambil peranan mencatat ucapan perasmian Persidangan Ulama oleh DSTG Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Se Dunia (KUIS). Ucapan disampaikan dalam bahasa Arab, saya terjemahkan spontan dan jadikan bahan catatan petang Jumaat itu.
Tok Guru bercakap dengan nada agak perlahan dari kebiasaan, Tubuh juga agak kurus. Kata orang Terengganu ‘seroh’. Barangkali kesan rawatan intensif tempohari masih terasa. Namun semangat tidak pernah pudar. Istiqamah tetap segar. Kesungguhan jangan dicabar. Walaupun imej Tok Guru cuba dicalar, tetapi jiwa Tok Guru tidak gentar.
Ulama Bertanggungjawab Jelaskan RUU 355 Kepada Masyarakat
09-04-2017 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada KomenIjtimak Nuqaba PAS Terengganu 2016
27-12-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen
Majlis Kecemerlangan Akademik UPSRI Kali ke 8 2016
27-11-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada KomenUcapan perasmian Dato’ Husin Awang, Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu
1. Hari ini kita meraikan anak-anak DAR dalam keadaan sederhana, walaupun kita telah mencuba meningkatkan keupayaan untuk mengadakan yang lebih baik
2. Sepatutnya pagi ini ucapan dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat tetapi beliau ada program lain.
3. Sekolah DAR sudah beroperasi lebih 30 tahun, bermula DAR Bt 6 sehingga ada 9 buah sekarang. Setiu dalam proses membuka sebuah DAR.
4.Terengganu satu-satunya negeri yang ada sekolah di bawah pengurusan parti secara menyeluruh.
(Gambar: 3 pelajar Sekolah Rendah Islam DarulTaqwa Kemaman yang mendapat 12A (seorang) dan 11 A 1B (2 orang) bersama ibubapa masing-masing)
5. Pada tahun 2016 DPPP menubuhkan SRITI (Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integriti) di negeri-negeri lain, tetapi di Terengganu, kita kekalkan DAR, cuma untuk tahun akan datang kita akan selaraskan silibus, peperiksaan, pemarkahan antara DPPP dan DUPNT. Subjek agama diambil dari DUPNT, subjek akademik diambil dari DPPP. justeru, cabaran lebih hebat.
Mursyid al-Am PAS, Datuk Dr Harun Din Tinggalkan Legasi
16-09-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada KomenBenarlah Allah yang berfirman, bermaksud: “Satu diri itu tidak tahu di bumi mana dia akan mati.” Datuk Dr Harun Din meninggal di California, satu nama dan satu tempat yang cukup jauh bagi ahli keluarga almarhum, penuntut dan pengamal perubatan Islam DarulSyifa, pemimpin dan penyokong PAS mahu menziarahi kuburnya. Namun itulah takdir dari Yang Maha Kuasa Dan Maha Mengetahui.
Ia bukan suatu yang asing. Nabi Adam dari syurga, wafatnya di bumi. Nabi Ibrahim dari Iraq, wafatnya jauh dari bumi Iraq. Nabi Muhammad SAW lahir di Mekah, wafatnya di Madinah. Para Sahabat dan ulama lahir dan membesar di pelbagai tempat, tetapi maqam mereka juga bertebaran di seluruh pelusuk dunia.
Yang penting bukan di bumi mana kita mati, kerana bumi ini milik Allah, tetapi bagaimana cara kita mati. Kalau mati itu di tepi Kaabah sekalipun, tetapi mensyirikkan Allah seperti kalangan musyrikin Mekah di awal Islam, apa ertinya?
Moga Allah Rahmati Almarhum Tuan Guru Hj Salleh Musa
23-07-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada KomenNama : Tuan Guru Hj Salleh bin Musa
Tarikh Lahir : 08.02.1929
Ayah : Tuan Guru Hj Musa bin Salleh
Ibu : Khatijah bt Md Saad Mehamad
Tempat lahir : Pekan Sik Kedah
Bil Adik beradik : 8 orang
Anak ke : 3
Pendidikan :
1. Sek Rendah Keb Sik (dan ke Pondok Tuan Hussin Kedah, kemudian ke Pondok Tuan Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah. (ini kurang masyhur kerana Tuan Guru sekejap sahaja di sana)
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah
3.Darul Ulum Mekah dan menamatkan sijil kepujian Aliy
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Mekah bersama syeikh-syeikh terkemuka, di antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Maliki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain.
Sumbangan Sempena Eid al-Fitr 1437H Utk Guru dan Staf DarulTaqwa Kemaman
29-06-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada KomenSelaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Sekolah Rendah Islam Darultaqwa (SRIDT) Kemaman, saya mengambil sedikit tanggungjawab di atas dasar al-adl wal-ihsan untuk mencari sedikit dana bagi memberi sumbangan kepada para guru dan staf SRIDT sempena kedatangan Eid al-Fitr 1437H.
Walaupun jumlah bagi setiap orang tidaklah terlalu besar, tetapi mudah-mudahan ia menjadi tanda ingatan dari seorang pengerusi ALP kepada para guru dan staf di bawahnya.
Majlis serahan sumbangan diadakan di SRIDT pada hari Selasa 28 Jun 2016.
“Ulamak Yang Berada Dalam Tanzim Mampu Lebih Berdisiplin”
29-06-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada KomenUcapan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu (DUPNT), Ustaz Jamaludin Jusoh sempena Majlis Iftar Jamaie Anjuran Urusan Ulama PAS Kemaman pada hari Ahad 26 Jan 2016. Majlis diadakan di sebuah restoran di Cukai, Kemaman.
1. Ayat Al-Quran surah As-Shaff ayat 4.
2. Syukur pada Allah dan kata alu-aluan.
3. Tahniah kepada PAS Kemaman kerana cepat menyahut seruan Dewan Ulamak PAS Pusat supaya menggempur keahlian Dewan Ulamak Peringkat Kawasan.
4. Sheikh Abdullah Fahim mengasaskan Dewan Ulamak untuk menyatukan fikiran dan buah fikiran.
5. Cabaran buat PAS kerana perlu menghimpunkan orang-orang alim dibawah satu dewan.
6. Ulamak bukan merujuk kepada batang tubuh seseorang tetapi ia merujuk kepada gabungan orang-orang alim.
7. Ulamak yang berada dalam tanzim mampu lebih berdisiplin dan meraikan suasana jemaah diatas dasar sami’na wa ato’na.
8. Kita perlu menunjukkan solidariti untuk menarik orang awam untuk duduk didalam organisasi pada tempat masing-masing.
‘Tarbiah Mereka Sebagaimana Kita Ditarbiah’
26-06-2016 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada KomenKerteh Sabtu 25 Jan 2016- Ketua Lajnah Tarbiah Dan Perkaderan PAS Terengganu yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengingatkan para pemimpin kanan PAS Terengganu agar mentarbiah ahli dan generasi baharu dengan fikrah dan kefahaman perjuangan Islam yang sebenar. Apatah lagi dalam situasi semasa yang penuh dengan cabaran.
(Gambar dari kanan: Ustaz Nik Mahadi, Ustaz Nik Muhammad Nasri, YB Ust Satiful)
Kata beliau: ‘Sistem pengurusan jemaah kini mungkin lebih kemas tetapi mencari seperti ketahanan fizikal Nabi tentunya tidak sama. Quran mungkin disusun dengan lengkap di zaman ini tetapi generasi al Quran yang dibina oleh Nabi SAW tentunya tidak sama dengan generasi yang kita bina.’
‘Lajnah Tarbiah mengadakan program tamrin tahunan ini secara rutin. Kita mungkin sibuk dengan pelbagai tugasan jemaah dan parti, tetapi kita boleh memberi ruang masa untuk ditarbiah walaupun masa dan programnya singkat.’ Ujarnya.