Kategori » Artikel

‘Negeri yang baik, dan Tuhan Yang Maha Pengampun’: Rakaman Audio Siri 5 (1 Feb 19)

05-02-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur Nik Nasri‘Negeri yang baik, dan Tuhan Yang Maha Pengampun’ , itulah tajuk yang dikemukakan kepada saya untuk dikupas yang disiarkan oleh radio Manisfm sepanjang tahun 2019 setiap Jumaat jam 8-9 pagi. Siri ini yang dibuat secara rakaman menyentuh tentang asal frasa ‘baldatun tayyibatun’ itu, kisahnya, kemudian ciri penting negeri yang baik, contoh pemerintahan negeri yang baik dari Nabi dan khulafa arRashidin (Abu Bakar, Umar, Usman, Ali radhiallahu anhum).

Saudara boleh mendengar kupasan ini di radio Manisfm pada jam tersebut. Saya juga menyertakannya di sini bagi siri yang sempat saya rakam dari Manisfm itu bagi sesiapa yang tidak sempat mengikutinya langsung dari Manisfm.

Kita mendoakan kebaikan negeri Terengganu Darul Iman ini dan negara Malaysia yang tercinta ini.

002-baldatun-konsep Adil 11 Jan 19

003-baldatun-berlaku Adillah 18 Jan 19

004-baldatun-sifat adil 25 Jan 19

005-baldatun-bbrp kisah dahulu ttg niat utk zalim 1 Feb 19

 


World Hijab Day: Pelajarilah surah an-Nur

01-02-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

world hijab dayRAMAI wanita bernama Nur atau Nor atau Noor. Ditambah pula dengan nama-nama lain dibelakangnya. Nur itu cahaya. Cahaya membawa erti menerangi, bersinar, menunjuk. Tapi tidak ramai yang bernama Nur itu mempelajari surah an-Nur dan menghayatinya. Nabi memberitahu para Sahabatnya ‘..ajarkan surah an-Nur itu kepada perempuan di kalangan kamu..’.

Saya menyokong World Hijab Day dan semua program Terengganu Hijab Day. Hijab bukan sekadar menutup atau membalut tetapi ia mempunyai sifat dan syaratnya. Kalau tidak masa kan datang hadis yang menyebut ‘Perempuan yang berpakaian tapi bertelanjang’ (yang menjadi penghuni neraka).

Hijab juga adalah lambang kehormatan seorang wanita, yang menjadi sebab juga untuk masyarakat menjadi baik.

Saya telah mengambil inisiatif mengajar surah an-Nur ini. Mengambil inisiatif pula merakamkannya sendiri. Mengambil inisiatif lagi dengan menguploadkannya di portal ini. Tugas dan inisiatif dari diri anda hanyalah mendengar atau mendownload surah ini dan memahaminya.

Ringkasan surah an-Nur:

Dinamakan surah an-Nur kerana ia menerangi jalan kehidupan bermasyarakat, dengan diterangkan adab-adab dan kelebihan perkara tertentu, memperundangkan sesuatu hukum, ditambah dengan ayat ‘Allah itu Cahaya langit dan bumi..’ (iaitu cahaya dengan makna menerangi).

Kandungannya:

Surah ini mengandungi hukum-hakam penting tentang kekeluargaan. Membina sistem keluarga di atas landasan yang teguh. Memeliharanya dari perkara yang merosakkannya. Memfokuskan supaya menyusun keluarga dengan betul dan menjaganya dari runtuh.

(more…)


Julung Kali Usrah Di Pejabat MB Terengganu

28-01-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

diskusi pejabat MB TerengganuPAGI Ahad 27 Januari 2019, buat kali pertama diskusi dalaman (yang juga boleh disebut usrah dalam gerakan Islam) melibatkan staf Pejabat Menteri Besar dibuat di bilik mesyuarat, Pejabat MB Terengganu di Wisma Darul Iman.

Cadangan asal ialah menggunakan buku tulisan DSTG Presiden PAS mengenai pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, bermula dari Saidina Abu Bakar. Namun, oleh kerana buku tersebut yang sukar didapati di pasaran sekarang, maka satu tulisan akademik mengenai bentuk pemerintahan Abu Bakar dibincangkan.

Saya ucap terima kasih kepada YAB Dr Ahmad Samsuri, MB Terengganu yang bersedia meluangkan masa untuk bersama-sama walaupun dalam keadaan jadual yang sangat padat. Antara pandangan yang dikongsi oleh YAB MB ialah bahawa undang-undang tubuh negeri ini menjadikan Quran, hadis, Ijmak dan Qias sebagai teras.

(more…)


Prinsip ‘Rahmatan lil Alamin’ dalam Siasah Syariyyah

13-01-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Rahmatan lil AlaminSaya membuat sedikit catatan dari pembentangan kertaskerja oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dalam Liqa Fikri PAS Pusat di bawah tajuk di atas.
Tema Islam silih berganti. Slogan ini tidak kosong, ada agenda bertindak di sebaliknya. Justeru, ahli PAS mesti faham perkara ini.
Istilah rahmat disebut oleh Allah dalam Quran. Makna sebenar hanya diketahui oleh Allah dan Rasul. Tafsiran ulama merujuk kepada sumber asal. Tafsiran terbaik ialah Quran menafsirkan Quran, kemudian Hadis dan lain-lain.
Dalam Quran, rahmat bermaksud dan merujuk kepada:
1-sifat2 Allah-pengasih, penyayang.
2-kenabian
3-ajaran Islam
4-Quran
5-kebaikan di dunia dan akhirat utk org beriman-lapang, senang, selamat, rezeki, menang atas musuh, selamat dari susah, hujan, kasih sayang yg ikat antara mereka, pemberian, syurga, keampunan, taufiq, keimanan, hikmah
6-kebaikan utk org tak beriman dgn mendapat perlindungan yg dijamin oleh kerajaan Islam.


Audio MP3 Lengkap Kitab Al-Muhazzab min Ihya i Ulumiddin Jilid 1 Dan 2

07-01-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Al-Muhazzab min ihya-ulumiddin jiid 1-211x300almuhazzab-min-ihya-i-ulumiddin-jilid-2-204x300Kitab Ihya i Ulumiddin ( Ihya-Menghidupkan, Ulum-pelbagai ilmu, adDin-Agama Islam) adalah antara karya hebat Imam al-Ghazali. Pro dan kontra tentang kandungan, termasuk hadith-hadith di dalamnya melahirkan banyak kitab syarahan, ta’liq dan takhrij hadith, komentar dan ringkasan darinya.

Kuliah MP3 Al-Muhazzab min Ihya jilid 1 lengkap

Kuliah MP3 Al-Muhazzab min Ihya jilid 2 lengkap

Di antaranya ialah al-Muhazzab min Ihya i Ulumiddin (Ringkasan dari Ihya) yang diusahakan oleh Sheikh Saleh Ahmad as-Shami semenjak tahun 1911M. Beliau membuat ‘pembersihan ‘ terhadap penulisan Imam al-Ghazali itu dengan memfokuskan kepada kandungan, ayat al-Quran, hadis dan penerangan yang dipersetujui oleh para ulama teramai. Akhirnya lahirlah ringkasan itu dalam 2 buah jilid. Setiap satu jilid dengan sekitar 500 mukasurat.

Saya menjadikan kitab ini sebagai teks kuliah pagi di sebuah syarikat di Kemaman. Jilid 1 sebanyak 237 siri diajar mulai  9 Oktober 2009 hingga selesai pada 23 Mei 2012 jam 10.20 pagi. Sementara jilid ke 2  mulai 30 Mei 2012 hingga 19 Sept 2018 dengan 319 siri . Alhamdulillah. Saya kongsikan dengan anda yang berminat mendengar dan memahami kitab ini.


Lama Tak Update Portal Ini, Namun Program Terus Berjalan Di Sana-Sini

18-12-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

Ustaz Nik Muhammad NasriSaya bangunkan portal ini, antara tujuan asalnya ialah untuk muatnaik pelbagai kuliah yang saya sampaikan di merata tempat, agar dapat dikongsi bersama oleh mereka yang mahu mendengar sekalipun tiada di tempat kuliah tersebut disampaikan. Selain itu, tujuannya ialah untuk muatnaik khutbah Jumaat saban minggu yang disampaikan oleh Tok Guru Presiden PAS. Bakinya ialah tentang aktiviti atau artikel yang saya tulis sendiri.

Dengan adanya fb saya: Nik Nasri Nik Malek, yang lama tidak berfungsi, kemudian diaktifkan balik dan di’merge’kan dengan fb: Ustaz Nik Muhammad Nasri, serta adanya Instagram maka aktiviti saya diupdate di media tersebut. Kuliah maghrib saya secara langsung boleh diikuti di fb tersebut, sementara kuliah-kuliah tafsir, hadis, tauhid, fiqh, tasauf, sirah dan lain-lain dalam bentuk MP3 boleh diikuti melalui portal ini di bahagian kuliah MP3.

Ramai yang bertanya saya tentang beberapa kuliah yang saya terpaksa delete dengan sebab storage yang disangka tidak muat menampungnya. InsyaAlah jika ada kesempatan, saya akan muatnaik kembali. Begitu juga ada beberapa permintaan terhadap nota bahasa Arab dan lain-lain, tidak sempat saya tunaikan. Program, aktiviti bertambah dan agak padat, masa agak singkat, tulang hanya ada 4 kerat.


Usai Pengajian Kitab Al-Muhazzab Min Ihya i Ulumiddin Jilid 2 (30 Mei 2012-19 Sept 2018)

07-11-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

almuhazzab-min-ihya-i-ulumiddin-jilid-2-204x300Alhamdulillah, saya dapat menyelesaikan pengajaran kitab Al-Muhazzab Min Ihya i Ulumiddin jilid 2 (Ringkasan Dari ‘Menghidupkan Ilmu-Ilmu Agama’) yang diusahakan oleh Sheikh Saleh Ahmad as-Shami (semenjak tahun 1911M).

Beliau membuat ‘pembersihan ‘ terhadap penulisan Imam al-Ghazali itu dengan memfokuskan kepada kandungan, ayat al-Quran, hadis dan penerangan yang dipersetujui oleh para ulama teramai. Akhirnya lahirlah ringkasan itu dalam 2 buah jilid. Setiap satu jilid dengan sekitar 500 mukasurat.

Saya menjadikan kitab ini sebagai teks kuliah pagi di sebuah syarikat di Kemaman. Kuliah audio MP3 sepenuhnya di sini.


Usai Pengajian Ad-Durruthamin fi Aqaid Al-Mukminin (6 Sept 2014-17 Nov 2018)

05-11-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

??????????????????????????????????????????????????????????????(Kuliah MP3 penuh di sini

Saya sempat mempelajari kitab AdDurruthamin fi Aqaid al-Mukminin (Mutiara Berharga Mengenai Aqidah Mukmin), karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fattani dari beberapa orang ustaz dan tok guru sekitar tahun 1980an, terutama selepas SPM dan menunggu keputusannya.

Kitab ini dihasilkan pada tahun 1232H/1816M. Secara ringkasnya, kandungan kitab ini boleh dibahagikan kepada lima perkara pokok, iaitu: sifat wajib bagi Allah, dua puluh sifat yang mustahil bagi Allah, sifat harus bagi Allah, kewajipan percaya kepada Rasul Allah, dan mengenai ajal dan perkara-perkara yang bersangkutan dengannya.

Kitab ini bersumberkan tokoh-tokoh Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ a h seperti Syeikh al-Suhaymi dalam syarah al-Hudhudi, Syeikh Najmal-Din al-Nasafi, Syeikh Laqani, Abu Ishaq al-Isfiani serta maklumat-maklumat daripada tokoh-tokoh yang lain.

Kitab ini telah ditahkik oleh Dr Abdul Wahab bin Mohd Saleh dengan namanya Mutiara Berharga Pada Menyatakan Aqidah Orang Yang Beriman. Kitab ini dterbitkan oleh JAKIM pada tahun 2013. Ada beberapa tempat di dalam kitab ini yang perlu kepada pembetulan. Saya menyebutkannya ketika mengajar. Saya mula mengajar kitab ini pada hari Sabtu 6 Sept 2014 dan selesai pada Sabtu 17 Nov 2018. Alhamdulillah.


Usai Kuliah Surah Al-Hujurat 12 Jan 18-4 Mei 18 (Audio MP3 Lengkap)

11-10-2018 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

alhujurat2-300x156Saya kupas surah Al-Hujurat ini selepas selesai surah As-Saf. Kuliah ini bermula Jumaat 12 Jan 2018 hingga 4 Mei 2018 di Balai Istiqamah, Kg Injin Gergaji, Chukai, Kemaman. (Audio MP3 Lengkap)

Surah Al-Hujurat memiliki 18 ayat. Ia surah Madaniyah yang mengandungi manhaj pembentukan dan penyusunan umat beradab. Ia sekaligus menerangkan beberapa nasihat yang bersifat mendidik tentang personaliti dan identiti seorang Muslim agar dipraktikkan di dalam sebuah kumpulan Islam. Ada sarjana yang memperluaskan huraiannya dengan membahagikan penafsiran surah ini kepada beberapa topik;

  • Adab orang beriman terhadap Nabi SAW.
  • Memastikan kebenaran khabar berita.
  • Bersikap damai sesama saudara.
  • Larangan bersikap angkuh, prasangka dan mengumpat.
  • Mereka yang paling mulia adalah yang paling tinggi takwanya.
  • Hakikat iman dan pengukuhannya.
Surah ini mengandungi huraian tentang hakikat keagungan akidah, syariat serta hakikat kemanusiaan, termasuklah hakikat-hakikat yang membuka wawasan yang luhur bagi hati dan akal.



« Older Entries   Newer Entries »