Kategori » Artikel

Pengajian Tatabahasa Arab: Audio MP3

26-04-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | Tiada Komen

Mengaji NahuAtas permintaan beberapa orang yang melayari portal saya www.niknasri.com dan FB saya (Ustaz Nik Muhammad Nasri) untuk mendapatkan pengajaran Tatabahasa Arab dalam bentuk audio yang saya rakam yang saya buat berdasarkan nota yang telah saya muatnaik dalam portal dan FB saya, maka saya kumpulkan semua 820 fail rakaman itu dalam 5 folder.

Ia tidak mengikut susunan kerana tidak sempat menguruskannya dan saya pada awalnya tidak bercadang untuk memuatnaik rakaman itu. Ia hanya dibuat untuk rujukan para pelajar saya yang belajar Tatabahasa Arab dengan saya.

Justeru, bagi yang berminat, dipersilakan memuatturun dari portal dan FB saya. Saya tidak pasti berapa lama ia akan kekal di portal dan FB. Oleh itu, jangan tunggu lama-lama, muatturun dan simpanlah di dalam laptop atau komputer masing-masing. Sebarang kesilapan dalam meng’i'rab’ terutamanya, tolong perbetulkan.

Tatabahasa (Nahu dan Sorof) Arab: 1

Tatabahasa (Nahu dan Sorof) Arab 2

Tatabahasa (Nahu dan Sorof) Arab 3

Tatabahasa (Nahu dan Sorof) Arab 4

Tatabahasa (Nahu dan Sorof) Arab 5

 


Nota Tatabahasa Arab (Nahu & Sorof) PDF. Muatturun Di Sini

18-04-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | Tiada Komen

Pondok-Tuan-Hj-AliSaya banyak menerima email bertanyakan tentang nota bahasa Arab khususnya Nahu Sorof yang saya pelajari (  http://www.niknasri.com/?p=1365)    dengan almarhum Tuan Guru Haji Ali (biodata Haji Ali bin Haji Musa (81)) di Pondok Kg Siliau, Negeri Sembilan pada tahun 1988. Nota itu asalnya pengajian Nahu dan Sorof yang disalin dari papan hijau tulisan almarhum yang biasanya datang hanya bertongkat tanpa buku tetapi terus menulis pada papanhijau. Saya susun balik nota tersebut dengan beberapa perubahan atau tambahan. Nota itu kemudiannya saya jadikan bahan pengajaran kursus Bahasa Arab di Kemaman mulai tahun 2000 hingga sekarang, dengan pelajar yang punya pelbagai latarbelakang pendidikan. Ada jurutera, guru, doktor, juruteknik, bidang farmasi, pensyarah, surirumah dan lain-lain.

Email itu ada yang saya sempat balas dan banyak juga yang terlepas pandang. Ada yang saya sudah poskan nota itu dan ada yang terbiar begitu sahaja. (Sesiapa yang ada membayar untuk nota tetapi tidak dapat nota, sila emailkan kepada saya). Justeru, saya mengambil keputusan menjadikan nota itu dalam bentuk PDF (melalui scan) dan disediakan di sini supaya mudah dimuatturun oleh mereka yang berminat menyimpannya atau menjadikannya sebagai bahan pembelajaran dan pengajaran.

Nota ini tidak jauh bezanya dengan nota lain. Kaedah tetap kaedah. Fakta tetap fakta. Yang berbeza ialah approach atau pendekatan, cara menyampaikan atau cara memberi kefahaman kepada pelajar sehingga mereka dapat apa yang sepatutnya mereka dapat dari pembelajaran Tatabahasa Arab ini. Pengajaran ini saya simpan dalam bentuk MP3.  Juga yang penting ialah Istiqamah dalam belajar. Moga bermanfaat dan menjadi pahala buat saya dan almarhum Tuan Haji Ali dan gurunya di Akhirat.

Nota Tatabahasa Arab1 Ustaz Nik Nasri

Nota Tatabahasa Arab2 Ustaz Nik Nasri

 

 


Kembara Ilmu Ke Jordan 20-27 Mac 2019 (1-4)

31-03-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Kembara Ilmu | Tiada Komen

Masjid Universiti nama Sheikh NuhJordan 1: Ke Jordan Selepas 20 Tahun

Akhir 1999 pulang ke tanahair selepas 7 tahun di Jordan. Kini melihat kembali bumi yang pernah dipijak ini. Imigresen di lapangan terbang Queen Alia agak lembap. Dipenuhi warga Mesir. Ditambah dengan pengurusan orang Arab yang dimaklumi acuh tak acuh.

Hari pertama tiba dibawa ke Laut Mati. Kami berhenti sekejap untuk ambil gambar dan iktibar, bukan untuk suka-suka. Saya teringat pesanan Sheikh Nuh lebih 20 tahun lepas supaya tidak singgah lama di tempat yang pernah dilaknat Allah. Perkampungan Sodom kaum Nabi Lut menjadi kawasan berair masin paling rendah. Golongan LGBT Dan yang menyokongnya patut ambil iktibar dari tempat ini.

Tidak jauh dari tempat itu, ada bukit yang disebut Jabal Nido. Kononnya, menurut agama Kristian, tempat Nabi Musa mengajak kaumnya masuk ke Palestin. Di atas bukit itu ada diletakkan salib, katanya. Saya hanya melihat dari jauh, dari dalam kereta.

(more…)


Khutbah Jumaat Sahabat Nabi Bela Dan Pertahan Nabi SAW

03-03-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Audio khutbah saya, Khutbah Jumaat: Teks & Audio | Tiada Komen

jangan hina NabiSaya berkhutbah pada hari Jumaat 1 Mac 2019 mengenai isu penghinaan terhadap Nabi SAW dalam bentuk karikatur yang disiarkan oleh seorang kafir di Malaysia. Karikatur yang sangat jelek, jijik dan melampau terhadap tubuh badan Nabi SAW dan pangkat kenabian yang tiada tolok banding. Saya mengupas mengenai para Sahabat yang membela dan mempertahankan Baginda dengan pelbagai cara dalam pelbagai keadaan. Dengarkan:

khutbah Sahabat Bela Dan Pertahan Nabi 1 Mac 19


YB Senator Nuridah: Kemenangan PAS Di Terengganu Menjadi Ubat Kepada Kami

03-03-2019 | Kategori Artikel: Aktiviti PAS Kemaman, Artikel | Tiada Komen

Dewan MuslimatKemaman 2 Mac 2019-YB Senator Hajah Nuridah Salleh hari ini menyingkap balik malam pengisytiharan keputusan Pilihanraya ke 14. Apabila mendengar satu persatu keputusan pilihanraya yang menunjukkan PAS kalah di Selangor, masing-masing berdoa supaya Allah kekalkan kemenangan di Kelantan, dan diberi kemenangan juga di Terengganu. ’Apabila mendengar kedua-dua kemenangan itu, terubat hati kami’ ujarnya.

Beliau nasihatkan supaya pendokong jemaah betulkan niat berjuang kerana Allah, disebabkan dalam keadaan menang di Terengganu ini, tentu banyak cabaran dan ujian yang datang silih berganti.

Beliau juga mengingatkan supaya dimantapkan program tarbiah di kalangan muslimat demi mencapai matlamat 12 ribu tenaga teras jemaah. Ia penting disebabkan sangat banyak fitnah dituju kepada jemaah, termasuk kepada batang tubuh Tuan Guru Presiden sendiri.

Keharmonian rumahtangga mesti dijaga, agar kesibukan tugasan jemaah tidak mengganggu. Isteri wajib taatkan suami, namun dalam masa yang sama suami perlu faham tentang peranan isteri dalam membangunkan umat dan jemaah.

Kekuatan organisasi juga mesti dibina dengan memahami perlembagaan parti, apatah lagi ketika musim pemilihan dalam parti. Kita semua mesti menjadi penolong agama Allah.

Rapatkan saf di antara ahli dengan tali Allah, jaga ukhuwwah, juga dekati kelompok orang Islam lain.

Sentiasa tabayyun (menilai) dalam pelbagai kes, isu. Parti sekarang banyak diserang. Justeru, maklumat mesti difahami dengan betul. Zaman ini fitnah sangat banyak. Jaga dari kemunculan dajjal dengan banyakkan membaca surah al-Kahfi.

Amar makruf nahi mungkar juga tidak boleh diabaikan. Ia sangat penting dalam kehidupan, juga untuk survival generasi akan datang.

Pilih kepimpinan parti yang terbaik, jaga akhlak dan tambahkan ahli PAS. Ambil juga contoh perjuangan dari Khadijah rha yang menginfakkan harta, diri untuk Islam.

(Catatan saya sebagai tetamu dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke 35 Dewan Muslimat PAS Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman.)


Fahami Islam Untuk Mudah Bantu Menteri Besar

03-03-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

pejabat MB TerengganuPagi Rabu (27 Feb 2019) diskusi/usrah bulanan kali ke 2 diadakan di Pejabat YAB MB Terengganu. Walaupun MB tidak bersama kerana ada urusan penting di tempat lain, program tetap berjalan dengan baik.

Saya mengambil teks berkait pemerintahan Abu Bakar ra sebagai bahan perbincangan. Saya mengingatkan kepada staf di Pejabat MB bahawa kekadang mungkin kerana telah biasa turun naik tingkat 16 Wisma Darul Iman, lalu terlupa bahawa bukan sahaja tingkat ini paling tinggi di bangunan ini, tetapi juga staf yang berada di sini sebenarnya berada bersama dengan orang paling tinggi dalam kerajaan negeri Terengganu.

Justeru, bagi melicinkan pentadbiran negeri agar selaras dengan kehendak MB dan parti yang menang dalam PRU14 yang lepas, yang mahu meletakkan Islam di tempat paling tinggi, maka staf di Pejabat MB mesti memahami Islam sebenar.

Di antara petunjuk itu ialah apa yang dapat diambil dari pemerintahan Saidina Abu Bakar As-Sidiq ra dalam pelbagai sudut.


Ulamak Mentarbiah Diri Di Jeram Mengaji

24-02-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Ulama/Ulama Pelapis | Tiada Komen

mukhayyam tarbawiSabtu 23 Feb 2019-Dewan Ulamak PAS Pusat melalui Lajnah Tarbiahnya menganjurkan Mukhayyam Tarbawi di Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Putih, Kelantan pada hari Jumaat dan Sabtu (22-23 Feb 19). Ia dihadiri oleh 260 peserta seluruh negara dari kalangan pimpinan ulama PAS.

Ia diisi oleh beberapa pembentangan kertaskerja. Di bawah tajuk tarbiah siasiah yang dibentang selepas Isyak, sekaligus sebagai perasmian, Dato’ Dr Nik Zawawi, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat menjelaskan konsep politik Islam yang digunapakai oleh PAS serta isu politik mutakhir di peringkat nasional.

Qiamullail bermula seawal jam 4.30 pagi, diselangi dengan hadithurruh (ceramah tentang jihad) oleh Ustaz Abu Bakar Umar yang mengajak hadirin menggunakan seluruh tenaga, harta dan nyawa diarahkan kepada menegakkan Islam. Ia diikuti ma’turat selepas solat Subuh, kemudian kuliah mengenai tazkiatunnafs (membersihkan jiwa) dan kepentingannya oleh YB Ustaz Zuridan Daud, di samping menceritakan isu politik semasa di Pahang.

(more…)


Jadilah Pejuang Islam Di Alam Siber

16-02-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

_20190216 ijtimak siberMaksudnya: “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh, dan dia berkata: “Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang Islam”.

Kita adalah umat yang bertangungjawab meneruskan perjuangan menyampaikan Islam ke seluruh alam.

Dunia akhir zaman, diberi ilmu yang sedikit berbanding Ilmu Allah tetapi begitu canggih dan hebat.

Cukup di akhir zaman dengan seorang rasul kerana maklumat mengenainya dapat diketahui. Segala berita, hukum-hakam, tentang alam dilaporkan oleh Quran dengan benar.

Juga teori pemikiran dan lain-lain yang gagal menunjukkan benarnya Quran.

Allah mencabar manusia supaya datangkan seperti Quran tetapi gagal.

Islam tidak mati dengan wafatnya Nabi, tetapi ajarannya mesti disampaikan.

Teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, langit terbuka, boleh digunakan untuk serang Islam atau sampaikan Islam.

(more…)


Tunaikanlah Amanah Itu

14-02-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

anNisa 58Saya berkuliah Maghrib malam tadi (Rabu 13 Feb 2019) di Masjid Jamek Binjai, Kemaman. Fokus saya ialah kepada kerajaan negeri Terengganu yang mesti dibangunkan menurut neraca Quran: Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur dan sifat amanah yang mesti ada kepada semua termasuk di peringkat bawah seperti MPKK dan lain-lain. Asas perbincangan dari ayat An-Nisa: 58.

Atas sebab teknikal, hanya kuliah dalam bentuk audio MP3 sahaja yang dapat dibuat:

tunaikan amanah1 13 Feb 19

tunaikan amanah2 13 Feb 19


‘Negeri yang baik, dan Tuhan Yang Maha Pengampun’: Rakaman Audio Siri 5 (1 Feb 19)

05-02-2019 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur Nik Nasri‘Negeri yang baik, dan Tuhan Yang Maha Pengampun’ , itulah tajuk yang dikemukakan kepada saya untuk dikupas yang disiarkan oleh radio Manisfm sepanjang tahun 2019 setiap Jumaat jam 8-9 pagi. Siri ini yang dibuat secara rakaman menyentuh tentang asal frasa ‘baldatun tayyibatun’ itu, kisahnya, kemudian ciri penting negeri yang baik, contoh pemerintahan negeri yang baik dari Nabi dan khulafa arRashidin (Abu Bakar, Umar, Usman, Ali radhiallahu anhum).

Saudara boleh mendengar kupasan ini di radio Manisfm pada jam tersebut. Saya juga menyertakannya di sini bagi siri yang sempat saya rakam dari Manisfm itu bagi sesiapa yang tidak sempat mengikutinya langsung dari Manisfm.

Kita mendoakan kebaikan negeri Terengganu Darul Iman ini dan negara Malaysia yang tercinta ini.

002-baldatun-konsep Adil 11 Jan 19

003-baldatun-berlaku Adillah 18 Jan 19

004-baldatun-sifat adil 25 Jan 19

005-baldatun-bbrp kisah dahulu ttg niat utk zalim 1 Feb 19

 


« Older Entries   Newer Entries »