Kategori » Artikel

Hati Pastor Terry Jones Sebenarnya Yang Terbakar

09-09-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

Syaitan Terry JonesPada 11 Sept ini iaitu 2 Syawal 1431H, satu gereja kecil di Florida akan mengadakan “International Burn a Quran Day” dari pukul 6 p.m-9 p.m. Ia kononnya bersempena dengan Tragedi 11 Sept. Melalui facebooknya, Pastor Terry Jones menjemput semua penganut Kristian ikut serta dalam upacara penuh provokasi itu.
-
Ada beberapa komentar awal daripada saya:


Salam Eid al-Fitr 1431H Buat Semua

09-09-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

eid-card-2

Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini mengucapkan Eid Mubarak (Selamat Hari Raya) dan TaqabbalAllahu Minna wa Minkum (Moga Allah Terima Amal Kami Dan Kamu) kepada semua kaum keluarga, sahabat handai, rakan dan teman seperjuangan serta semua yang melayari portal ini.

(InsyaAllah khutbah Eid al-Fitr saya diupload esok)


‘TV Israel Macam TV Kat Malaysia Aje!’

07-09-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

adsrayatv3Di Jordan, siaran TV negara haram Israel boleh didapati. Channel 1, 2nya jelas. Rekabentuk, set pentas untuk siaran berita, latarbelakang bilik berita, juga pentas bercahaya untuk program forum dan diskusi dan bebrapa aspek penyiaran banyak persamaan dengan sebuah stesen tv swasta yang paling awal beroperasi di Malaysia. Ketika itu RTM sudah lama ketinggalan. Saya tak tahu samada itu semua secara kebetulan atau yang uruskan di belakang tabir TV Israel dan TV swasta itu dari spesis yang sama.

TV swasta inipun sudah bertahun saya tinggalkan. Tidak ada apa sangat yang nak ditonton, termasuk buletin utamanya (ini tak masuk musim pilihanraya lagi ni). Kalau boleh ditumpang sedikit ialah Jejak Rasul dan sekerat dua program yang sepertinya. Yang lain hampeh! Hinggalah muncul iklan raya yang menjadi kontroversi baru-baru ni. Saya tak rasa ia kebetulan. Kreativiti dan imaginasi pencipta iklan itu tinggi, juga punya mesej dan minda yang sudah di’set’kan.

Analisa yang dibuat seperti  di sini mungkin agak detail dengan tafsiran-tafsiran tersendiri yang agak ‘melampau’ mata kasar yang melihat. Tapi ada logik dan kemunasabahannya. (more…)


Biarlah Eid al-Fitr ditunjuk oleh hadis, bukannya artis

07-09-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

eidKetika Nabi SAW tiba di Madinah, penduduknya meraikan satu perayaan. Nabi SAW bertanya tentang perayaan itu dan diberitahu ia adalah perayaan yang diwarisi dari nenek moyang. Nabi SAW menyebut bahawa Allah telah menukarkan perayaan itu dengan 2 perayaan lain iaitu Eid al-Fitr dan Eid al-Adha.

Dengan itu kita fahami bahawa perayaan Eid al-Fitr dan Eid al-Adha ini bukan rekaan Nabi sendiri, bukan rekaan 1Malaysia dan bukan rekaan sesiapa melainkan ia diberi oleh Allah kepada Muhammad SAW dan umatnya. Justru, cara sambutannya mestilah berdasarkan petunjuk Quran dan hadis, bukannya yang diada-adakan oleh media terutama TV dan para artis.

Kuliah (audio) berkaitan: 1eid 16 sep 09 2eid 16 sep 09

(more…)


Besarkan Ramadhan Melebihi Hari Raya

07-09-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 1 Komen

surah alqadrRamadhan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding Hari Raya. Justru, para salafussoleh cukup gembira apabila datangnya Ramadhan, cukup dukacita apabila Ramadhan berlalu. Mereka menyambut Hari Raya pun dengan cukup sederhana. Yang penting Ramadhan telah dilalui dengan cara paling dikehendaki oleh Allah. Hati telah dibersihkan. Jiwa lebih hampir kepada Allah. Bekalan Akhirat sudah dibawa semampu mungkin.

Kita masih berada di bulan Ramadhan, dalam 10 hari terakhir. Tetapi segala moodnya telah bertukar kepada mood Hari Raya. Justru, masa ini ialah masa yang kritikal. Agar kita tidak terseleweng dari landasan syarak dalam meraikan Ramadhan dan Syawal, kita membandingkan kedua-duanya seperti di bawah:

(more…)


Rasa hati di akhir Ramadhan..

03-09-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 3 Comments

lailatulqadarKemunculanmu baru sahaja dirasai. Anak bulanmu seakan baru semalam ku tatapi.

Solat Terawih hanya seperti baru sahaja dihadapi. Pejam celik, pejam celik, engkau sudah berada disepuluh terakhir. Begitu cepat masa berlalu. Amalan tidak banyak yang dapat dilakukan. Kelebihan-kelebihan Ramadhan masih terlalu banyak yang belum direbut.

Sahabat, bagaimana Quranmu? Bagaimana Terawihmu? Bagaimana Qiamullailmu? Bagaimana hati dan jiwamu? Bagaimana tawakkal, harap dan takutmu kepada Penciptamu?

(more…)


“Dik, Awal Beli Air Untuk Berbuka Tengahari Ni”

03-09-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

taqwaRamadhan hampir ke hujung. Pengalaman peribadi, sudah 3 kali saya bertemu dengan anak muda yang tidak berpuasa atau menunjukkan tanda-tanda tak berpuasa. Pengalaman pertama ialah apabila sedang memberi kuliah di pagi Ramadhan. Seorang pekerja anak muda lelaki masuk. Bau asap rokok ketara hinggap di hidung. Saya rasa kurang enak. Sambil berkuliah, saya menegur dan memberi nasihat secara umum: ‘Hidung saya tak sedap ni. Bau asap rokok. Samada ada yang tak puasa, atau ada pelanggan bukan Islam hisap rokok depannya sehingga melekat bau asap pada baju.’ 2 orang pekerja lelaki spontan mencium bau baju masing-masing. Pendekkan cerita, saya dapatkan kepastian dari majikan tentang pekerjanya. (more…)


Sempena 31 Ogos: Merdekakan diri anda dari neraka!

30-08-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

bendera(artikel ini telah diterbitkan untuk sambutan kemerdekaan tahun lepas-2009. Ada yang relevan dan ada yang tidak. Ambil isi penting yang relevan dengan suasana semasa untuk sambutan 2010.)

Mujur 31 Ogos kali ini berada di dalam Ramadhan. Mujur juga apabila manusia sedikit sedar tentang ujian Allah melalui H1N1. Lantas, sambutan 31 Ogos dikatakan akan disambut secara sederhana di Dataran Parlimen sekitar 40 minit.

tzkrh terawih merdeka 30 aug 09

Tiada sambutan di ambang merdeka. Meraikan Ramadhan? Alhamdulillah. (Bid’ah dhalalah apakah jenis sambutan ini sebenarnya? Bercampur-gaul, berseronok dan berhibur, kemudian membilang jarum jam. Bahkan lebih melampau apabila sambutan itu disertai arak. Dan ia berakhir dengan ciri manusia yang tidak merdeka dari nafsunya. Bahasa mudah-zina. Setahun kemudian lahirlah anak-anak zina di hari sambutan kemerdekaan )

(more…)


Kembara Ilmu 19: Pemuda Arab Itu Berkata: ‘Aku Lihat! Aku Lihat!’ LailatulQadrkah?

29-08-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

lailatul qadarDi akhir Ramadhan, masjid Universiti Yarmouk penuh dengan mereka yang solat Terawih, ditambah dengan malam itu adalah malam-malam terakhir dari Ramadhan. Masjid universiti menganjurkan qiam dan tahajjud.

Pernah sekali dalam tahun akhir 90 an, sekitar pukul 2 atau 3 pagi ketika solat malam dilakukan secara berjemaah di masjid Universiti Yarmouk itu, tiba-tiba seorang pemuda Arab di saf hadapan menangis teresak-esak ketika iktidal. Selesai solat, pemuda Arab itu terus meluru menuju imam, Sheikh Ma’mun sambil berkata dengan kuat: ‘Shuftu! Shuftu’ (Aku lihat! Aku lihat!) Beliau memberitahu sesuatu kepada Sheikh Ma’mun. Saya tak tahu apa yang diberitahu. Hanya pada pagi esok saya bertemu Sheikh Ma’mun bertanyakan tentang pemuda Arab malam tadi. Sheikh Ma’mun beritahu pemuda itu nampak cahaya. Setakat itu sahaja. Soalnya cahaya apakah itu? kuliah lailatulqadr: 1 (40) , 2 (24) (more…)


Khutbah Jumaat: Al-Quran, Perlembagaan Yg Ditinggalkan

27-08-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

Perlembagaan MalaysiaAllah menurunkan al-Quran pada bulan Ramadhan. Sekaligus dari Lauh Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia. Kemudiannya secara berperingkat menurut suasana, keadaan, keperluan dari semasa ke semasa dalam tempoh 23 tahun. Al-Quran adalah petunjuk, tapi bukan sebarang petunjuk. Petunjuk yang telah mengubah suasana jahiliyyah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW kepada satu keadaan masyarakat bertamaddun tinggi sangat hebat dalam sejarah kemanusiaan. Mereka hebat kerana menuruti al-Quran. Namun, manusia kini jatuh semula ke dalam lubuk jahiliyyah moden apabila al-Quran ditinggalkan. Allah berfirman, bermaksud: “Dan Rasul (Nabi Muhammad SAW) bersabda: Sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini sebagai sesuatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai.” al-Furqan: 30.

Bagaimana bentuk al-Quran ditinggalkan? Ada beberapa bentuk al-Quran ditinggalkan (Ibn Kathir j3 ms 423):

khutbah Jumaat: AlQuran: Perlembagaan yang ditinggalkan (28)

(more…)


« Older Entries