Fiqh Puasa Ramadhan

30-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | Tiada Komen

allahumma ballighna ramadhanHari ini 18 Syaaban. Ramadhan semakin hampir. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh para assalafussoleh kian dekat. Memasuki Ramadhan mesti dengan persediaan-jiwa, mental, fizikal dan ilmu. Saudara/i tentu sibuk dengan urusan kerja seharian, tetapi jangan hingga mengabaikan  persediaan memasuki Ramadhan kali ini. Upgredkan kualiti diri di sisi Allah melalui kualiti puasa dan amal ibadah di bulan Ramadhan nanti. Saya bantu saudara/i mengulangkaji tentang fiqh puasa Ramadhan ini. Moga bermanfaat bagi mereka yang mahu mengambil manfaat.

kuliah puasa Ramadhan: fiqh puasa1 (14) , fiqh puasa2 (13)3 (14)4 (12)


 

BN Yg Sediakan Suasana Kondusif Utk Buang Bayi

26-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

bayi-12Wajarkah semua masalah berlaku dalam negara diletakkan di atas bahu kerajaan yang memerintah? Mungkin ada yang berkata, ia keterlaluan. Semua pihak sepatutnya mengambil tanggungjawab. Saya setuju. Tapi saya juga meyakini kata-kata Saidina Usman ‘Sesungguhnya ada perkara yang boleh dibuat oleh kuasa, perkara yang tidak boleh dibuat oleh Quran’. Saya juga faham bahawa ‘Rakyat menurut agama pemerintah’ dan tentunya mafhum ayat al-Quran ‘Mereka yang Kami berikan kuasa…antaranya menyuruh perkara yang baik, melarang mungkar’.

Dalam konteks Malaysia sekarang, BN telah memerintah Malaysia lebih 50 tahun. Dari lambang kapal layar hingga lambang alat penimbang usang. Kalau di negara lain, pemerintah bertukar tanpa sempat mereka menebang semua balak di hutan dan menyedut semua minyak dalam bumi. Di Malaysia, hanya BN itukah yang mampu mentadbir negara ini? Baca seterusnya »


 

Kembara Ilmu 17: Sambung MA: Comparative Law Atau Al-Fiqh Wa Usuluhu?

25-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

al-alBayt UnivSelesai pengajian 4 tahun peringkat sarjana muda Syariah di Univ Yarmouk, saya solat Istikharah untuk menyambung pelajaran. Ada 2 pilihan. Sarjana di UIAM dalam bidang Comparative Law. Ia dicadang oleh bapa saudara. Atau Sarjana di Univ al-alBayt, Mafraq, Jordan dalam bidang Syariah, pengkhususan Fiqh dan Usul. Ia adalah pilihan sendiri. Isteri bersama anak akan pulang ke Malaysia setelah isteri selesai belajar peringkat BA Syariah. Selepas Istikharah, kecenderungan ialah menyambung pengajian di Univ al-alBayt, Mafraq, Jordan. Masih tinggal di Irbid bersama seorang sahabat Arab yang menyambung pengajiannya peringkat Sarjana dalam bidang ekonomi di Univ Yarmouk, Irbid, Jordan. Berulang dengan bas hampir setiap hari ke Mafraq. Pemandangan yang sama sahaja setiap hari. Rumah-rumah orang Arab yang simple, sekadar tempat berteduh. Sesekali melintasi beberapa buah rumah yang kelihatan agak mewah dari yang lain. Pokok-pokok Zaitun dan pokok beriklim Mediteranean dan kawasan tanah lapang menjadi penghias pandangan mata. Baca seterusnya »


 

‘Belajarlah Bersungguh-sungguh’ Dan ‘Berharaki’lah

23-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Tazkirah | 4 Comments

ilmu1Seorang bekas anak murid menghantar sms dari Yaman: ‘Selamat sampai ke Yaman Ustaz. Doakan ana.’ Saya balas: ‘Moga selamat. Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga alim.’ Beliau adalah bekas pelajar sebuah politeknik. Masuk belajar setahun lebih di Pondok Pasir Tumbuh. Sempat belajar dengan saya beberapa kali tatabahasa Arab menurut kaedah yang pernah saya belajar di pondok dahulu sebelum menyambung pelajaran ke Yaman. Cepat juga nampak ‘tangkap’nya. Saya nasihatkan beliau supaya pegang dengan prinsip. Apa yang dipegang sekarang dalam beragama itulah yang diamal dan dipegang. Jangan mudah terpengaruh dengan pelbagai aliran yang asing dari aliran teras dan majoriti ulama muktabar. Dalamasa yang sama, jangan lupa juga untuk meningkatkan kefahaman dalam gerakan Islam. Masa 4-5 tahun di luarnegeri manfaatkan sungguh-sungguh untuk ilmu dan kefahaman yang benar. Baca seterusnya »


 

Coretan Peribadi Di Muktamar PAS Ke 56

20-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

11bersama tuan ibrahim, nik zawawi dll(Event ini sudah lebih sebulan berlalu, tapi ada baiknya untuk dikongsi) Saya ke Pekan menghantar separuh jalan isteri dan anak-anak pulang ke kampung kerana urusan perkahwinan adik isteri saya. Adik ipar ambil di Pekan bawa balik ke kampung. Dari Pekan ke Kuala Terengganu mengambil seorang rakan ustaz ke muktamar, kemudian terus ke Macang, Kelantan. Perjalanan bermula seawal jam 7 petang hingga awal Subuh. Memandu seorang. Ustaz Che Harun di sebelah. Ada beberapa subtopik secara kronologi yang ingin disentuh dan dikongsi berdasarkan apa yang dilalui secara ringkas: Baca seterusnya »


 

Khutbah: Alignment Kiblat Dalam Dan Luar Solat

16-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Umum | Tiada Komen

rhosdul_kiblat_kompascasa_pakarfisikaPeristiwa berpalingnya kiblat dari Bait al-Maqdis ke Kaabah adalah salah satu peristiwa penting mewarnai bulan Rejab dan Syaaban. Ayat 142-150 surah al-Baqarah menceritakan kisah ini. Yang penting ialah kesediaan iman menerima perintah Allah walaupun perubahan arah kiblat itu berlaku ketika sedang solat. ‘Dengar dan taat’ itulah slogan mukmin. Kebetulan hari ini Jumaat 16 Julai jam 5.28 petang juga adalah masa bayang matahari searah kiblat. Boleh betulkan arah kiblat (29) ketika itu. Bukan sahaja betulkan kiblat untuk solat dan ketika solat, tetapi di luar solat. Jangan berkiblatkan nafsu, Timur atau Barat dan ideologi yang datang dari Timur dan Barat .

khutbah Jumaat: alignment kiblat dalam dan luar solat (39)


 

Petrol/Diesel Naik 5 Sen: Ratib 33x ‘Rakyat Didahulukan’

16-07-2010 | Kategori Artikel: Artikel, Ta'liq Siasi | Tiada Komen

barang naik2Harga petrol RON 95/Diesel diNAIKkan 5 sen. Kesemuanya 5 bahan. Hampir semua akhbar arus perdana dan berita TV menyebut ia adalah ‘pelarasan’, bukan’ kenaikan’. Saya tertanya sendirian. Artikel terbaharu Malaysiakini menjawab teka-teki dalam kepala saya. Semuanya seperti sebuah skrip drama yang hanya diturut oleh media. Bahasa selembut (baca: seTIPU) mungkin digunakan untuk menunjukkan bahawa apa yang berlaku adalah untuk manfaat rakyat dan kebaikan negara kononnya. Rakyat bawahan tak faham ‘herotan dalam dagangan’. 3 perkara penting yang dikatakan menjadi asas penyelarasan itu benarkah demikian, atau hakikat sebenarnya ialah BN dah tak mampu urus negara lagi? Bukan sahaja politik, ekonomi bahkan seluruhnya.

poster minyak naik 1 (6)Baca seterusnya »